Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

310810

Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

53 tahun yang lalu bergema laungan merdeka oleh Tuanku Abdul Rahman menandakan Tanah Melayu telah bebas daripada penjajahan Barat. Semenjak itu Tanah Melayu mempunyai pemerintahan sendiri dan 7 tahun kemudian pada 16 September 1963, terbentuklah Malaysia

Saya ingin berkongsi mengenai MERDEKA.
Merdeka yang ingin aku kongsikan ialah merdeka daripada sesuatu yang lebih besar lagi. Aku titipkan maksud merdeka daripada tazkirah yang aku dengar daripada al-Ustaz Jawad di Surau semasa menunggu waktu berbuka MERDEKA petang semalam. Aku begitu asyik mendengar ustaz menerangkan maksud merdeka itu. Apabila hari raya kita merdeka. Merdeka merayakan sesuatu yang lebih besar daripada Hari Raya.

Beliau mengatakan terdapat 5 tahap kemerdekaan/merayakan iaitu:

1. Merayakan kemenangan/merdeka apabila kita dapat menjawab  soalan Mungkar & Nakir di dalam kubur dengan betul. Maka dengan itu Kita akan merdeka kerana terlepas daripada azab/siksaan kubur yang sangat pedih.

2. Merayakan kemenangan/merdeka apabila dibangkitkan semula di Padang Masyar dengan muka yang ceria/gembira. Tiada panahan matahari yang sejengkal di atas kepala. Tiada lempahan peluh sehingga hampir menenggelamkan kepala

3. Merayakan kemenangan/merdeka apabila semasa timbangan mendapati amalan pahala lebih berat daripada dosa. Seolah-olah kita tidak pernah membuat dosa kerana banyaknya amalan yang mendatangkan pahala kepada kita

4. Merayakankemenangan/merdeka apabila dapat meniti Titian Siratulmustakim . Bayangkan kita dapat meniti dan melepasi Titian  yang lebih halus daripada sehelai rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Berbahagialah  mereka yang dapat melepasi titian itu.

5. Merayakan kemenangan/merdeka apabila dapat masuk ke dalam Syurga Allah. Syurga Firdausi. Maka begembira penghuni syurga di sana selama-lamanya.

Subhanallah, kalau di antra penghuni syurga itu adalah kita............








16 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : Selamat Hari Kemerdekaan

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

salam ramadan

'SELAMAT HARI MERDEKA'

buat anak merdeka

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..tunjukkan semangat ini pada generasi muda sekarang..betapa susahnya untuk memerdekakan negara ini..pada masa tu..

Unknown berkata...

salam AZ...

selamat menyambut hari kemerdekaan..semoga kita dpt beribadah dgn selesa

mama ju berkata...

Salam kemerdekaan AZ

Wah tulisan AZ sekarang menyegarkan! Terimakasih.

atuk berkata...

Salam Kemerdekaan AZ

apakah kita sudah merdeka kalau mengikut garis panduan Al Quran dan Hadish


Insyaallah
kita adalah penghuni Syurga

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Ayah Zain berkata...

salam Nadz

Terima kasih.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah

terima kasih. salam merdeka. Generasi sekarang? kita cuba la untuk memerdekakan minda mereka

Ayah Zain berkata...

salam umi,

Insya Allah. Sebenarnya kita dah terlalu selesa menyebabkan cuai untuk beribadah. Nauzubillah

Ayah Zain berkata...

salam mama ju,

terima kasih. Segar macam mana tu. Semalam yang masuk n3 ni lebih 350. yang paling tinggi di capai setakat az berblog

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

kalau ranya kat az, nampaknya belum merdeka lagi. umur dah separuh abad ni. Tengah berusaha, usaha terus berusaha. Doakan saya yer.

makmuda berkata...

Salam AZ,

sama2 mengharap kemerdekaan yg hakiki dengan berkat malam2 akhir ramadhan. amin. terimakaseh AZ, saya tak ke surau tapi dpt jugak nikmat tazkirah bermakna ni dari AZ. saya juga kongsi bersama ahli keluarga saya.

kak su berkata...

Salam AZ

Hargailah dan kekalkan kemerdekaan ini...Amin.

(Lagi merdeka kalau dapat cuti lebih awal..awat tak diseragamkan???)

Wslm

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Salam Papa Z,

Semalam saya dijemput berceramah sempena merdeka di Surau Al-Falah Mersing.

Antara point utama ialah :

Di Dunia ni x ada kemerdekaan mutlak kerana kita Hamba Allah
Iblis dah janji untuk menyesatkan kita,Nafsu mengoffer kita sebagai Tuhan,yahudi Nasrani takkan berdiam 24jam/7hari/seminggu untuk memusnahkan kita

Seeloknya kita dijajah oleh Allah, barulah mendapat kejayaan & ketenganan untuk mendapat kemerdekaan mutlak di akhirat

Aida Ali berkata...

Salam Merdeka dan Selamat Berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...