200810
Alhamdulillah,
berjumpa lagi di Hari Jumaat ynag indah ini
Penghulu segala Hari
Hari yang banyak memberi kita peluang merebut ganjaran daripada Allah
Tentunya di Pagi Jumaat kita Mandi Sunat Jumaat
katanya kalau air termasuk dalam telinga ketika mandi sunat tidak akan membatalkan puasa
Kemudian ke masjid untuk solat Fardu Subuh berjemaah
tentunya imam akan membaca Surah Sejadah dan Sujud Sajadah
Paling agung ialah waktu tengah hari kita ke Masjid untuk Solat Jumaat.
Subhana Allah,
banyaknya nikmat-nikmat Allah kepada hambanya yang beriman dan bertakwa......
Sesungguhnya Allah terlalu pemurah kepada hamba-hambanya, Dia mengajarkan Al-Quran, menciptakan manusia, membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Dia menciptakan Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. Menciptakan langit dijadikannya (bumbung) tinggi,
Allah mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, Supaya kita tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Membetulkan cara menimbang dengan adil, dengan tidak mengurangi barang yang ditimbang. Paling Agung Allah menciptakan bumi yang rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Sesungguhnya dengan itu, Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (QS:ar-Rahman:55:16)
Antara janji Allah memberikan syurga ialah kepada mereka yang rukuk dan sujud (QS:at-Taubat:9:111-12)
3 ulasan:
salam az
hari2 yang sentiasa indah jika sentiasa mengamalkan tuntutan syariat dan agama
insyallah
Salam Az..
Hari jumaat penghulu segala hari...
Bila kita beramal...setiap hari..
Hari inilah hari yg paling istimewa.
Seronoknya kalau hari2 dalam setahun indah dan damai macam hari jumaat...
Salam ramadhan AZ,
Semoga kita sentiasa berada di landasan yang diredai hendaknya walau bukan di hari Jumaat.
Catat Ulasan