Isnin, 16 Ogos 2010

semalam di melaka

160810
Hari Sabtu yang lalu (14 Ogos) aku berkunjung ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Sudah tentu aku bermalam di sana. Justeru aku berkesempatan menunaikan solat Terawih di negeri Melaka. Kali ini aku memilih sebuah surau di Ayer Molek Melaka.  Solat Terawih di surau ini dimulakan sebaik sahaja selesai Solat Isyak. Tanpa solat sunat ba'diah Isyak, bilal terus mengalunkan bacaan mengajak jemaah bersolat sunat terawih. Imam yang memimpin solat terawih ini seorang yang muda mungkin usianya akhir 20an. Bacaannya nyaring dan tertil sekali. Bacaannya tidak terburu-buru, begitu santai dan jemaah dapat membaca surah Al-Fatihah dengan tenang. Tidak seperti di tempat aku di mana bacaan Imam yang laju hinggakan  kadangkala aku tidak dapat menghabiskan bacaan al-Fatihah. Solat Terawih di surau ini hanya 8 rekaat   dan ditutup dengan 3 rekaat dua salam solat witir. Jam 9.30 kami selesai menunaikan solat sunat terawih. Kalau  di tempat aku solat terawih juga selesai pukul 9.30 malam tetapi kami melaksanakan 20 rekaat solat terawih dan 3 rekaat solat witir (dua salam). Alangkah bagusnya kalau Solat Terawih di tenpat aku ini dapat dilaksanakan kaedahnya seperti di Melaka kerana kita dapat bersolat dengan aman, tenang dan tidak terburu-buru.





12 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : di tempat saya pon 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. selalu nya habis dalam pukul 10 kerana selepas 4 rakaat terawikh tu ade tazkirah plak...

atuk berkata...

Salam Ramadhan AZ

tempat saya 8 rakaat jee
lepas tu ada tazkirah
sambung 3 witir

siapa yg berminat sambung tadarus pula
hampir pukul 12 juga baru sampai kat rumah

Wassalam

kak su berkata...

Salam AZ

Selamat berpuasa.

AZ tak duduk dlm kawasan sekolah ke? So tak jemaah dgn anak2 didik la...ya.

Alhamdulillah.
Ramadhan nii...jemaah tempat saya dah mula menggunakan surau baru.
Kawasan perumahan baru la... katakan. Ramai gak student UiTM bersama.

Nampaknya tahun nii...cikgu-cikgi dapatlah beribadat dgn lebih selesakan. Cuti sekolahkan.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Selalu ziarah tanpa tinta kini ingin menitip sepatah dua kerana terawih punya cerita.

Kalau di JB nie banyak masjid yang menggunakan tahfiz sebagai imam solat. Seronok dan santai tapi lewat sikitlah solat selesai. Tak pe kan sebulan saja dalam setahun kan....

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

salam, saya setuju, dulu masa saya kecilkecil saya selalu confused bila imam baca macam ribut pstu diam titiba rukuk, kita belum habis baca surah lagi.
dia dah abis fatihah , kita masih baca belum habis.

sembahyang macam ribut.. experience di surau dan di masjid. mungkin imam ini lebih mengerti erti surah dan makna segala..maka tidak lah ia berterabur macam dikejar hantu

Ibu Sayang berkata...

Salam Ayah Zain,

Salam ziarah..

Kebanyakan surau mengadakan terawih 8 rakaat diikuti witir 3 rakaat 2 salam kerana mengikut sunah. Ada juga segelintir surau yang buat 20 rakaat & witir 3 rakaat sama spt di masjid-masjid. Di tempat saya 8 rakaat jugak tp 9.20 mlm dah siap, kekadang tu tercungap2 jemaah. Kesian pd orang yg tua2 lah kepenatan

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

alhamdulillah.

Ayah Zain berkata...

salam Rozali,
en Rozali sambung buat tadarus juga kan?

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

setakat hari belum lagi berterawih dengn mereka. insya allah, akan diusahakan juga

Ayah Zain berkata...

salam kak zakie,

wow seronoknya kalau tahfiz yang jadi imam terawih, barulah makmu boleh baca al-fatihah sampai habis

Ayah Zain berkata...

salam tanpanama,

mudah2an tak lama lagi mereka akan buat lapan juga macam yang dibuat di melaka, ns, selangor dan kl.

Ayah Zain berkata...

salam ibusayang,

tu le, kadang2 terpikir juga macam mana yang dah berumur tu yer, tak terkejo mereka tu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...