Khamis, 12 Ogos 2010

Puasa yang sebenarnya

120810
Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari kedua Bulan Ramadan. Bermakna  sudah 2 hari kita menjalmi ibadah puasa. Marilah sama-sama menjaga amalan ini agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Amalan puasa ini mempunyai rahsia antara hamba (manusia) dengan Allah kerana tiada siapa yang tahu anda berpuasa kecuali Allah. Anda boleh  makan dan minum tanpa diketahui oleh mahluk lain tetapi Allah tetap melihat anda makan dan minum pada siang hari dalam bulan Ramadan.

Dalam bulan puasa ini kita kena berpuasa daripada perbuatan - perbuatan berkaitan dengan pertuturan/percakapan/ lisan/oral seperti:-

1. ghibah (membicarakan hal orang a.k.a mengumpat),
2. namimah (mengadu domba),
3. mengeluarkan perkataan keji dan kotor
4.perkataaan lucah
5. senda gurau yang melampau

Kita juga berpuasa daripada perbuatan yang berkaitan dengan tangan seperti:

1. memukul/bertumbuk
2. mencuri
3. rasuah

Kita juga berpuasa daripada perbuatan yang berkaitan dengan kaki seperti:

1. Berjalan ke tempat maksiat/haram/kesesatan dan yang sewaktu dengannya/ tercela/rendah serta hina

Berpuasa daripada perbuatan yang berkaitan dengan telinga seperti:-

1. mendengar nyanyian
2. mendengar perkataan yang kotor dan keji

Dalam bulan puasa kita digalakkan melakukan  amalan  seperti:

1. membaca al-Quran
2. Iktikaf di masjid/surau
3. berzikir
4. bertilawah
5. bertaubat/taubat nasuha
6. Istigfar
7. banyak berdoa
8. banyak bersedaqah
9. membuat kebaikan
10. memberikan senyuman
11. bersilaturahim
12. ziarah menziarahi
13. mengasihi
14. memberi dan membuat pengorbanan
15. bertahlill
16. bertasbih
17. bertahmid
18. memperlajari al-Quran
19. menghidupkan/mengimarahkan masjid
20. meninggalkan yanyian yang menyeronokan dan menyesatkan hati daripada mengingati Allah.


Orang yang berpuasa adalah kekasih Allah.
Puasa adalah madrasah bagi ruh (jiwa), yakni ada kehidupan abadi disii Allah


ihsan daripada Blog Umi Umairah


9 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

SELAMAT BERPUASA

Alhamdulillah
tazkirah yang menarik
mengingatkan kembali perkara2 yang berkaitan dgn puasa kepada saya

Wassalam

ainhany berkata...

salam AZ

subhanalllah..
indahnya puasa jika sering ingt mengingat..insyaALLAH satu checklist juga..terimkasih dan selamat berpuasa AZ dan family

rosli berkata...

Salam AZ,

Tazkirah yang begitu menarik dan tk kerana berkongsi ilmu

Ayah Zain berkata...

salam Rozali,

hasil daripada pembacaan, jadi yang baik itu kita berkongsi bersama

Ayah Zain berkata...

salam ainhanny

semua yang diaturkan oleh Allah memangnya indah dan menarik untuk hamba-hambaNyta yang bersyukur

Ayah Zain berkata...

salam Rosli,

INsya Allah akan kita amalkan bersama untuk mendapatkan keredaan dan keberkatan daripada Allah

KAMATO berkata...

Terima kasih peringatan ini, sama2 kita berusaha mendapatkan keredhaanNya

sonata anak kancil berkata...

terima kasih info untuk dikongsi di sini....

tapi hari ni agaknya kurang kot pahala sebab tangkap budak
( non-muslim ) bawak hp yang ade aktiviti tak sihat ! spot-check lain - lain yang dapat....hanya Allah swt tahu niat kita...

sonata anak kancil berkata...

ade komen di N3 - tag dari afeez...he3x ...terima kasih tersenarai dalam 15 orang tu...gelemer nya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...