Sabtu, 28 Ogos 2010

Buah Kelopong

280810
Jangan tipulanjat arr dengan tajuk di atas
Sengaja diadakan tajuk begitu kerana nak bersantai pada malam ini
Buah ini tak perlu ditanam, dibaja malah di tuai
Namun ia boleh dimakan nyam nyam nyam
memang lazat
Buah Kelopong buatan ibuku memang tiada yang boleh lawan kecuali seseorang la
Ia mestinya seorang special kepadaku
itupun setelah ia melihat dan belajar daripada ibuku
maka hasilnya seakan-akan sama dengan hasil buatan ibuku

Buah kelopong's my faveret

Namanya  memang tidak glamer
tetapi kalau ambil sebutir nak ambil lagi dua ke tiga butir
orang luar kawasan aku  memanggilnya buah Melaka
tidak tahu mengapa dipanggil begitu rupa
jadi Buah Kelopong a.k.a buah Melaka ini bukannya BUAH
tetapi sejenis kueh yang diperbuat daripada beras pulut
intinya gula melaka
mungkin itu disebut Buah Melaka (agaknya)

Untuk membuat kueh ini tidak lah begitu rumit
cuma beras pulut diadun dengan air,  garam secukup rasa kemdian diuli sehingga boleh dibentuk-bentuk sebesar ikut suka kitalah, sedap mata memandang/good looking
Gula Melaka sebagai inti mestilah diletakkan ditengah-tengah butiran tepung yang kental dan kemudian direbus dalam air yang mendidih. Apabila ia terapung maka  masaklah kueh itu dan diangkat kemudian digaulkan dengan kelapa parut.
.Agaknya la kerana  terapung-terapung  di dalam air yang mendidih  maka sebab itulah kueh ini dipanggil buah kelopong kerana ia terapung. kuang kuang kuang.

Menu buah kelopong ini menjadi perkara biasa kepada orang-orang kampungku dalam bulan puasa. Ibuku akan membuatnya apabila ada kelapangan. Dan apabila aku telah beristeri, isteriku pulak mensti membuatnya untuk santapan suaminya di bulan puasa ini. (Memang tidak sedar diri, ........ diabetis ini). Apa ke tidaknya gula melaka itukan manis tetapi kerana ikutkan hati, nak makan juga kerana .......... sendiri mahu ingatlah

ada satu lagi yang aku nak tambah
orang tua-tua kat kampng aku kalau nak cari cucu atau apa-apalah budak muda
dia akan berkata
" mana pulak poie (pergi) eh budak kelopong ni'
dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa
aku tak tahu mengapa di panggil budak kelopong
agaknya dah jenuh mencari tidak berjumpa
atau merujuk kepada mereka yang tak boleh harap (budak2 muda sahaja, orang tua tak pernah dengar pulak di panggil orang tua kelopong)
hehheh teringat nostalgia lama



11 ulasan:

sinomosa berkata...

salam ayahanda,

panggilan buah kelopong tu utk org nogori kot which is sy amat familiar dgn nama nie hihi
selain dipanggil kelopong, buah melaka ianya dikenali juga dgn nama onde2..

sy suka makannya jika gula melaka yg di dlm tue cair hihi, kalau masih bketul..gula melaka tue sy akan buang haha makan tepung je la jwbnya..itu fesyen sy le..ahaks

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Org Nogori semuanya familiar dgn nama kueh ni..favourite di bulan puasa..akak tak mis buat kueh ni masa bulan puasa..buat banyak pun habis..anak2 suka sgt.

atuk berkata...

Salam Ramadhan AZ

anak saya tanya
mengapa kueh ni bila masak
ia naik keatas

jenuh saya nak beri jawapannyerrr

mukin orang nogori boleh bantu

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam syima,
boto la tu. ekau kan organh Ghombau, kan dah bese ngan kueh jeloponh ni.

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah

bestnya kak sidah buek kueh kelopong ni. az ni memnag pantang ngan KK. Pantang jumpa, habis den kejokan

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

hahaha, lupa ulak nak tanya mak saya apasal kueh ni naik ke atas tak jatuh ke bawah hehheh. Dia terapunglah sebab hukum graviti. macam lah orang yang tenggelam lemas. so dah mati, mayat akan terapung ke atas hehhhe.

masa belum masak, dia tumpat - berat, bila dah masak tepung tu jadi rengan. sebab tu terapung. saya agak je jawapannya tu.

afeezz berkata...

salam AZ : wah3 sedap tu buah kelompang... i likee

Mohd Saad Hamid berkata...

Salam AZ,

Memang sodap buah kolopong tu. Rupanya memang sama dengan buah pokok kelepong yang banyak terdapat di tebing-tebing sungai. Den kona bona pokok kolopong sobab memang suko mandi sungai. Hehehe

Ayah Zain berkata...

salam afeez

yup, memang sedap

Ayah Zain berkata...

salam hj

sebab dah lama sangat, eden pun lupa pokok kelopong tu hehehhe

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

Hanyo kona buah kelopong nie selepas kawin. Suami oghang Sori Monanti, Kualo Pilah. Sampai skrg esei tak ghoti nk nyobut eh...solalu nyobut kelompong. Omak mentuo esei buek topung boreh pulut campur keledek. Minggu lopeh dh buek tak cukup. Somalan buek laei.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...