Selasa, 17 Ogos 2010

azan

170810
Apakah yang anda rasakan apabila mendengar azan?
adakah anda terangsang untuk bergegas ke surau atau ke masjid untuk solat jemaah?
atau apabila mendengar azan, kita hanya ingat itu adalah tandanya sudah masuk waksu solat fardu
atau kita terasa apa-apa, hanya sebagai satu halwa telinga atau yang lebih berat lagi  azan hanya berlalu di bawa angin   begitu sahaja.

Aku   mengingatkan diri ku sendiri kerana selama ini tidak peka dengan azan.
Azan adalah panggilan untuk segera ke surau atau masjid untuk solat berjemaah.
Solah berjemaah ini sangat dituntut oleh agama Islam seperti hadis nabi yang berbunyi:


Daripada Abu Hurairah RA mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan ‘Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.” Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjamaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjamaah).”

Justeru marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri kita sempena Bulan Ramadan ini dengan menunaikan solat fardu berjemaah.

Apabila kita mendengar azan, marilah kita memotovasikan diri kita  dengan memahami azan itu seperti berikut:

Allahu akbar Allahu akbar
Allah Maha Besar memanggilku untuk menerima hadiah besar

Asyahadu anlaa illha ilallah
Aku bersaksi tiada yang lebih penting daripada panggian Allah ini

Asyahadu anna Muhammadan Rasululullah
Aku bersaksi Nabi Muhammad adalah  pautan(orang) yang selalu memenuhi panggilan ini

Hayya alashalah
iaitu panggilan solat berjemaah di Masjid/surau

Haiyya alal falah
untuk mengambil hadiah kemenangan  (kenaikan 'gaji' 27 kali ganda, naik darjat, terhapus dosa, dll)!

Allahu akbar Allahu akbar
Allah Maha Besar memanggilku untuk menerima hadiah besar
Laa ilaaha illallah
Tiada yang lebih pendting daripada panggllan Allah yang Agung ini.
bahan rujukan: http://akhmadtefur.com


Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku selama ini
Seunugguhnya aku tidak layak ke SyurgaMu,
tetapi   aku tidak sanggup  menanggung siksa di NerakaMu


 

13 ulasan:

ainhany berkata...

salam AZ,

Selamat berpuasa
ALLAH AKBAR
tazkirah juga muhasabah buat diri..terimaksih ats perkongsiann ini.
Azan juga petanda waktu kemenangan org berpuasa..:)
Amin

atuk berkata...

Salam Ramadhan AZ

dalam bulan Ramadhan ni ramai yg terangsang untuk bergegas ke masjid.
buktinya, saf berganda 4/5 kali drp bulan biasa

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam ainhany,

azan magrib masa bulan ramadan ni, memnag ramai yang tunggu termasuklah yang udah nampak bulan pun sama menunggu azan maghrib

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

alhamdulillah.

tadi pun masa solat zohor kat surau dapat juga satu saf yang panjng.

afeezz berkata...

salam AZ : menara jam kat mekah tu dah ade ker?

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

yup. Khabarnya udah beroperasi.

Unknown berkata...

salam AZ....

banyak fungsi azan ....

bayi baru lahir diazankan...
puting beliung , jika azan berkumandang akan reda....

sekarang ni azan yg dinantikan, waktu berbuka...

semoga kita dpt menghayati hikmah dan fadhilat azan yg sebenar2nya.

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Antara cara bagaimana untuk mendapatkan peluang khusyuk dalam solat sebanyak 70% ialah dengan mendengar Azan dari awal hingga ke akhir dgn penuh tawaduk..Wallahua'alam..[perkongsian dari tazkirah yg sy sertai]

makmuda berkata...

Salam AZ

masa kecik dulu bila dengar azan takut..ingat pasal mati, tanya mak nanti lepas mati boleh jumpa mak lagi tak..
muga rasa takut kembali mengingatkan kepada yg Maha Esa.

Ayah Zain berkata...

Salm Umi,

betul tu, azan adalah trade mark kepada agama Islam. Sepatutnya dari kecil kita udah diajar dan di didk tentang peranan azan ini.

Ayah Zain berkata...

salam syima,

inilah namanya ingat mengingati. Terima kasih atas info yang sangat bernilai ini

Ayah Zain berkata...

salam makmuda

itulah dia heheheh

safiudin.com berkata...

salam ayahzain,

terima kasih menyedarkan saya.

terasa kerdil diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...