Ahad, 29 Ogos 2010

Mandi Junub

290810
Kadang-kadang kita tahu dan arif mengenai sesuatu perkara namun apabila dihalusi rupanya banyak lagi lompang yang perlu kita perbaiki. Justeru artikel yang aku temui ini dapat sedikit sebanyak membantu kita dalam urusan kehidupan kita sehari. Kita perlu muhasabah diri adakah amalan kita selama ini betul atau tidak dengan membaca bingkisan daripada Azarudin Bocheh dalam facebooknya. Beliau mendapat maklumat ini daripada  JAKIM berkenaan dengan Mandi wajib yg betul….. Semoga artikel ini dapat menambahkan lagi kesempurnaan kita dalam urusan mandi wajib ini.



Afeezz n CP , amacam? ada berani?!

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.



Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.



Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..



Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


 jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.



Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

12 ulasan:

Guru Hujung Dunia berkata...

Papa Z,

Terima kasih..tapi semua tu dah blajar masa umur 6 tahun dulu tok guru slalu datang magajar. Diorang ni guna kitab kuning, huraian mmg detail.
Ada satu tambahan, bahagian lubang dubur dikatakan jika kita hanya ratakan air di situ, maka bahagian dalanya tak rata air, cara untuk ratakan ialah meneran sedikit spaya bahagian dlm tu 'terbuka' sedikit
Itulah part yg slalu orang lupa atau blom mgetahuinya..

cara blaja orang dulu2 lain. Blaja bacaan Fatihah shj ambil masa 8 bulan. Penat tapi berbaloi. Bila dengar bacaan kbyakan iman maka automatik dapat tahu ketelitian & penguasaannya..
Cuma saya ni pi solat jemaah di surau kat taman ni 4 bulan skali

mama ju berkata...

Salam AZ

Jumpa lagi. Bagus betul N3 ni...tak semua org berani nak tulis pasal mandi wajib ni,amat menyedarkan.

Saya pun belajar mandi ni dari ust di maktab, jelas dan detail.

Mudah2an hidup kita dalam lindungan Allah juga Amin.

Kat FB pakai nama apa?
TK.

Ayah Zain berkata...

salam GHD

Alhamdilillah pergi jemaah walaupun 4 bulan sekali kat surau tuh daripada tak pergi langsung.

Ayah Zain berkata...

salam mama ju,

sekadar berkongsi, manalah tahu boleh beri manfaat kepada pembaca CHHM. Saya dapat pun daripada FB kawan-kawan. FB saya nama sama juga hehhe. Datanglah, jemputlah ke az punya FB

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Bg isu mewarnakan rambut itulah sering tidak dititikberatkan oleh umat Islam..sebenarnya, apa yg telah digariskan dalam Islam sering berkait dan perlu diperhalusi..tidak Allah jadikan dan haramkan itu tanpa sebabnya..wallahua'alam

Unknown berkata...

salam AZ...

terima kasih ilmu yg manfaat ...kadang2 kita ter alpa n lalai , dpt ler rujuk semula kt info ni ,mohon copy yer....

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Benar apa yang dipaparkan dlm N3. Sebab itu dalam kursus haji biasanya ustaz akan terangkan bagaimana cara mandi wajib kerana ia melibatkan amalan-amalan kita yang lain-lain hingga boleh merosakkan amai ibadah yang lain.
Syukran....

rosli berkata...

Salam AZ,

TK atas artikel yang bagus ini, refreshing

Ayah Zain berkata...

Salam syima,
itulah yang dikatakan iman seperti kulit bawang. tipis sebab itu tak kisah hal dan haram

Ayah Zain berkata...

salam umi,

alhamdulillah, kita ingat mengingati, pesan berpesanan kerana manusia sering dalam kerugian

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie,

benar tu. dan kita kena mencarinya untuk kesempurnaan ibadah kita agar diterima Allah

Ayah Zain berkata...

salam rosli.

sama-sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...