Kalender harian ini perlu disoyak setiap hari, tidak seperti kalender bulanan. Kalau kalender bulanan aku suka kalender kuda kerana tarikh hari raya tepat. hehheh. Tak perlu tunggu Majlis Raja-raja mengumumkan tarikh hari raya kerna sudah pasti tarikh hari raya tepat seperti dicetak dalam kalender tersebut. Dulu-dulu kalau nak hari raya, orang bergantung kepada pengumuman Majlis Raja-raja. Kadang-kadang macam jadi masalah pula. Tetapi aku selalu berpandu kepada kalender kuda. Pasti tepat. Semenjak itu aku selalu tengok kalender kuda. Jangan salah faham arr, aku bukan gila nombor ekor. Aku tak pernah main nombor ekor. Kalau sup ekor, aku tak pernah tolak. Sup ekor memang kesukaan aku. hehheeh.
Berbalik pada kalender harian tadi. Hari Isnin lepas aku berbual dengan bos aku pasal kalender harian yang telah lama tidak kelihatan. Aku tidak tahu mengapa topik kalender harian menjadi topik perbualan kami. Ia berlaku secara tidak sengaja. Zaman telah berubah.
Keesokan harinya, tiba-tiba aku ternampak satu kalender harian di satu sudut dalam pejabat am. Aku bertanya kepada salah seorang kerani, siapa punya kalender tersebut dan mengapa ia terbiar begitu sahaja. Kerani menjawab tidak tahu dan siapa meletakannya di situ pun mereka tidak tahu. Pelik juga. Kalau tiada siapa yang tahu, baik aku ambil. Mereka tidak membantah.
kalender harian yang tiada siapa yang peduli.
Lantas aku mengambil kalender tersebut dan meminta pihak maintenen menebuk satu lubang sekeru di bilik aku.
Cantik tak? Kalender harian telah berada di dinding bilik aku.
Boss aku perasan : ha, mana dapat kalender ini.
aku cakap jatuh daripada bulan. hehehhh. Gurau boss
Pagi tadi aku berbisik kepada kakak yang membersihkan bilik aku, 'nanti kalau haribulan ini tidak sama dengan hari, kakak tolong soyakkan yer. Baik boss. Sonang jor tuh. Nak mengoyak tidak menjadi masalah. Mafi muskilah.
14 ulasan:
salam ayahanda zain : soyak tu aper?
Salam anakandaku afeez,
soyak? = koyak, siat, buang, apa lagi arr yang sewaktu dengannya
salam AZ,
kalendar kegemaran kak nab pun!! susah nak dapat yang jenis soyak setiap hari nih...kak nab dapat satu dari giant, cantik!
Salam Kak Nab,
yer ker. Sekarang susah nak dapat. Kalau dulu, ada merata-rata. Nanti kak nab buatlah n3, nak tengok kecantikannya. hehehh
saya ada kalender kuda mini - letak bawah cermin atas meja....senang nak tengok haribulan - nak tulis buku rekod ngajar....& jelas nampak nak buat program....kalau cuti pun sekolah lagi jelas - satu kaler kuning - cuti!!!
Salam SAK,
ya itu sudah pasti. kalender kuda ni jelas.Mudah tengok tarikh. seronok tengok kaler kuning tu kan?
salam,
emm IP teringat arwah nenek cukup suke ngan kelendar kuda tu...mungkin tulisannya besar dan dpt menghitung hari anak cucu pulang kekampung.
salam AZ...
mula tadi nk tanya gak soyak tu menda? seb baik afeezz dah tanya..
hari ni hari apa ek ???? berapa hb. ? he he he lama tak tengok kalender harian , selalu dpt hujung tahun kalender bulanan jer , tp yg sering digunakan kat umah ummi kalender tahunan yg dibuat sendiri oleh abihanan merangkumi jadual shif keje dia .
Salam IP,
yer betul tu, angkanya besau. Sonang nak tengok tarikh.
Salam UH,
ooo ramai yang tahu makna soyak yer.
hari ini 6 Hb Umi. hehehhe
AZ..
kelender pakai soyak soyak tu membazir kertas..jadi utk mengurangkan pemusnahan pokok,kita guna yg jimat kertas jer lah..lagi pun lebih praktikal..tak payah minta tolong kakak tu soyakkan kalau AZ terlupa..tak gitu AZ ?;P
Pinatbate,
Lahawlawala, yang az guna tu ialah kalender yang telah pun terbuang. Tiada siapa yang guna. Drpd membazir, lebih baik az guna pakai. tak gitu cik pinat?
AZ..
jangan salah faham..
maksud saya,sekarang ni tak banyak syarikat nak buat kelender koyak sekeping sekeping berbanding dulu..sebab kos membuatnya mungkin lebih tinggi berbanding kelendar bentuk lain sebab banyak gunakan kertas..itu yg saya maksudkan membazir..
Adapun AZ menggunakan kelender yg terbuang tu saya tak anggap membazir tetapi org dah tak mau gunakan kerana dianggap tidak praktikal sebab kena koyak hari-hari..ramai org yg pemalas sekarang termasuk saya..
begitu yang saya maksudkan..
Salam Pinatbate,
itu macam ka. Cakap biaq teghang (kata P Ramlie)
Catat Ulasan