Adakah anda terperanjat sekiranya suatu hari nanti anda mendapat pakej gula seperti di bawah. Apa yang anda fikirkan. Adakah anda bersikap ' ada aku kisah ' , anda tetap membeli seperti perokok membeli rokok yang mengandungi amaran larangan merokok oleh Kerajaan Malaysia di kotak-kotak rokok.
adakah anda teruja untuk beli gula dalam pakej ini?
Iklan gula tersebut menerjah dalam kotak emel ku siang tadi. Aku hanya tersenyum kerana aku dapat idea untuk berkongsi dengan anda semua. Atau mungkin sudah ada di pasaran.
Kadang-kadang aku tidak faham mengapa pengendali makanan membuat air minuman terlalu manis. Kueh mueh juga tersangat manis. Mereka bimbang kalau tidak manis orang tidak mahu. Ingatlah, gula boleh membunuh. Adakah gula itu racun? Bergantunglah kepada tanggapan masing-masing terhadap gula. Aku sendiri tetap makan aiskerim kerana aku suka makan aiskerim kerana tiada pilihan kepada aiskerim. Kalau ada pilihan aku akan mengelak. Seperti ABC aku makan ABC tanpa gula. Aku suka makan cendol, aku makan cendol tanpa gula. Pelik bukan? Orang akan mengata apa rasanya tanpa gula? Aku rasa sedap kerana aku telah biasa tanpa gula. Bagaimana dengan kueh? Ini problem kerana tiada pilihan. Jadi aku terpaksa makan juga. Sekiranya ada pilihan aku akan memilih kueh tanpa gula. Mungkin suatu hari nanti akan tercipta kueh mueh, kek, aiskerim tanpa gula, mana tahu, siapa tahu. Insya Allah.
Kurangkan gula dalam minuman
Tambahkan manis dalam senyuman
Betul sangat tagline di atas, biasa kita lihat di Klinik Kerajaan atau hospital kerajaan. Kerana sudah 22 tahun aku tidak minum mimuman bergula aku sudah terbiasa. Aku boleh minum kopi kaw-kaw tanpa gula. Orang kata pahit, tetapi aku dapat merasai kopi asli. Sungguh nikmat minum kopi tanpa gula. Tiada masalah bagi ku minum teh tanpa gula, lagi kelat lagi bagus. tetapi aku akan bermasalah sekiranya minum minuman bergula kerana sendi lututku akan berasa sengal dan tidak selesa. Minuman dalam tin bergas memang tiada dalam memoriku walaupun baru-baru ini teruja melihat pemenang power root memiliki 1 juta tetapi itu adalah nasib pemenang. Tuah ayam nampak di kaki bukan? Hendak memenangi jutawan power root dan aku mengorbankan kesihatan aku, rasanya itulah pilhan yang terakhir. bagaimana dengan dengan kordial? Juga aku tidak teruja dengan minuman kordial. Kalau aku teringin untuk minuman air buah-buah segar, sekali sekala aku memesan jus apel hijau tanpa gula, fresh orange tanpa gula, belimbing tanpa gula. Aku akan mengelak mengmabil jus tembikai, jus anggur. Buah anggur? Aku tidak teruja untuk menikmati buah anggur atau buah durian begitu juga dengan pisang, ciku atau buah-buah yang mengandungi gula yang tinggi.
Bagiku, ibu-ibu muda atau ibu-ibu yang mempunyai bayi sangat dituntut memaainkan peranan dalam mengawal penyakit kencing manis atau obesiti pengambilan gula di rumah.. Kerjanya sangat mudah. jangan biasakan minuman atau makan bergula kepada bayi-bayi. Kita jarang mendengar Bayi-bayi yang baru dilahirkan diberikan makanan bergula. makan bergula diberikan semasa makanan pepejal mula diberikan kepada bayi. Dimasa itulah peranan ibu-ibuk bermula. Elakan makanan bergula. kalau saya yang sudah tua bangka ini boleh mengelakan pengambilan gula semasa beruisa 30 tahun, tiada sebab mengapa bayi tidak boleh dibiasakan.
(Aku menulis kali ini menggunakan prinsip anakanda Afeez. "Kata Afeez, ini blog aku, aku boleh tulis apa yang aku suka, orang lain aku peduli hape" dan ditambah dengan jenaka aku 'ada aku kisah?) Walau bagimanapun aku tetap minta maaf sekirannya ada yang terasa ............... aku hanya manusia biasa, lemah dalam segalanya)
ibu jangan bagi aku gula yang berlebihan
kasihannilah aku
aku mahu bebas daripada:
obesiti
diabetis
kerosakan gigi
penyakit jantung
kolestrol tinggi
11 ulasan:
salam AZ ...
sorang kakak berusia 50an dtg ngaji kat ummi tanpa sebelah kaki .. kesan drpd dia ada penyakit diabetis yg tak dpt dikawal lg . kadang2 tengah ngaji , dia menggeletar n minta secawan susu tanpa gula .
bermula dr sini ler ummi rasa gerun nk letak gula berlebihan .baru ler nk pandai jimat gula.
pembetulan ...
susu yg ummi buat tu susu powder bkn susu pekat manis . he he he
Salam Umi,
ibu-ibu perlu mendidik anak-anak mengurangkan gula dalam minuman. Masalahnya tidak sampai hati. Nanti mereka kata - tak manis tidak sedap
Salam AZ
Kalau tertera gambar mcm tu tentu fikir 2,3 kali nak beli gula.
Saya baru belajar bila mkn di kedai order air mesti air masak! Tapi selalu juga curi minum air anak!
Cerita apple and the tree tu mengharukanlah...saya tak terfikir langsung siapa the tree tu...tkasih kongsi maklumat.
Salam Mama Ju,
heheheh, tapi beli juga kan. Mana boleh hidup tanpa gula.
Pasal the tree : itulah dia pengorbanan ibu/bapa utk anak2. tiada apa yang mereka harapkan kecuali perhatian anak2 kepada mereka.
Salam Pakkaramu.
Terima kasih kerana menziarihi blog saya
salam ayahanda zain : air atau kueh mueh berlebihan gula yg terlalu manis pon tak sedap. sy suka yg sedang2 saja, tak terlalu manis, tak terlalu tawar...
Salam anakanda afeez,
Betul tu, tapi pengendali kueh ini tak kisah langsung. Kadang-kadang kita sengaja kata, hai lori gula terbalik ke, mereka saja dan berkata 'ada aku kisah lori gula terbalik?"
wsalam ayahanda zain : aku kesah klu lori gula terbalik, bole rembat gula2 byk2... gula pon mahal sekarang, leh wat stok.
sy pernah tgk lori kain ela terbalik, bersepah2 kain ela kat jalan raya, tp ade polis jaga plak. igt nak rempat barang sepapan..
Salam AZ,
Nanti Wan cipta kuih yg tak de gula ye, Az yg wan cari dulu jadi 1st testimoni. hehehehe
salam Wan.
wow, cuba la wan buat, kalau guna gula tiruan pun ok seperti gula cosway
Catat Ulasan