Hari ini aku ingin menyambung semula kisah ziarah ke rumah kawanku di Kg. Permatang Tiong, Junjung, Kulim semasa aku berkursus di Jawi tempoh hari. Kami pergi bertiga menerjah ke kediamannya di Vila Sri Malyan yang tersergam indah. Terjahan aku kali disambut olehnya seorang sahaja kerana isterinya masih berada di sekolah. Tidak mengapa, kerana kawan aku ini pakar dalam masak memasak seperti Cik Lie juga. Mari kita tengok apa yang dibuatnya.
Semasa kami sampai beliau sedang sibok membuat persiapan untuk menjamu kami bertiga. Habis sahaja waktu pejabat beliau bergegas ke Giant Kulim, membeli bahan-bahan untuk menu makan malam kami nanti. Aku sudah berpesan jangan bersusah payah tetapi apakan daya, hajat orang dipenuhi jua. 'Dah mai jauh-jauh tak kan nak bagi air bujang sahaja, katanya.
Buat apa tuh
tak reti-reti? ini udang
Hak ni sutun
yang ini ikan jenak, sembilang laut.
Jenak di goreng begitu sahaja
Sembilang laut nak buat masak lomak cili padi
Jangan pedas noooh.
hak ni cendawan
sayur campur sedang digoreng
ada udang, sutun
aik? mrszain buat apa tuh
nak bantu juga ke
ni dia belimbing buluh
perencah gulai lomak
nak buat apa pulak ni
nak buat jus nyiok ka
la, sonang ba itu
buat apa nak ramas-ramas lambat
tu dia, ekpress tuh
tak payah pakai mangkok
terus je ramas dalam belanga
(belanga baru tuh)
sambil menyambil ikan di goreng juga
cekap betul dia bekerja
main campak-campak aje macam Chef wan
sambail masak,mulut dia .......... sejibik macam chef wan)
tunggu bening sat
lepas mendidih masukkan sembilang laut dan belimbing buluh
dah pun siap sayur campur
buat apa tu kakak
isterinya baru sampai daripada sekolah
sedang menguruskan pucuk ubi untuk direbus
ini dia
menu siap
mari-mari kita makan dulu
Jemputlah makan
best CL. Mari kita bedal sampai abis
Alhamdulillah, sedap betul masakan tuan rumah ni. Semoga tuan rumah sekeluarga diberkati Allah. Dipanjang umur dan sihat tubuh badan.
14 ulasan:
salam az
salam maulidur rasul
hari ni, esok dan lusa az boleh rehat menghilangkan kepenatan krn 4 hari out station he he
Salam AZ...
Sedap2 judahnya nampak....
Salam Rezeki,
Yeah, bisa di atur. az mana boleh duk diam, entah-entah az terjah CR kat HC tu. hehehh
Salam Atkah,
Yeip, memang sodap lah Atikah.
tenguk menu tu memang la mengancam
Salam Kamato,
alhamdulillah, memang mengancam
salam AZ,
seronok tengok orang muda2 ni.Tak ponat,tak loteh.Makan pula sodap2 belaka.
wassalam.
Salam Ayahanda,
hehhe, jangan la gitu ayahanda. Anakanda pun dah lebih setengah abad ni, jiwa je masih muda heheheh.
salam ayah zain...
takpa alah cl masih kekenyangan makan ayam belanda tadi...heheheh
waslam
Salam CL,
hehhehe.
Salam AZ,
Seronok kan kalau kita sendiri pandai masak, nak masak apapun boleh ikut selera kita sendiri.
Yang sedihnya, kalau saya masak sendiri sayur selalu terasa pahit sedikit. satu lagi, kalau masak kari sampai kering air kuah daging tak masak-masak. Entah apakah pantang larang memasak yang saya tak ikut.
Wasalam
Salam abangsulung,
yer ke gitu. Nak buat macammana kan? Udah suratan nasib. Saya pulak, Selepas kahwin, semua respi maskan saya hilang. heheheh
Salam AZ,
Sedap makan, ingat2 diri tu az jgn banyak sangat makan, makan jgn sampai kenyang, murah rezeki ye mana pegi ada yang sambut,
Cakap ngan abg sulung kalau nak masak kene betul2 ikhlas dari hati, tak boleh main2,mesti jadi punya, kalau masak kari tumis bahan2 dan kecutkan daging tu dulu, bubuh air biar sampai daging tu empok baru masukan santan, mesti best...akak tau abg sulong tu ckp je tak pandai , sebenarnya....kan az
ok az selawat dan salam ke atas Rasullullah SAW.
Salam Kak Sidah,
Insya Allah, memang kena beringat, kadangkal terlajak juga hehheh.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.
Betul tu, abanhsulong saja merendah diri tu.
Catat Ulasan