Jumaat, 19 Februari 2010

Surah al-Kahfi 1-10

190210 :  Salam Jumaat, salam kepada penghulu segala hari. Begitu cepat masa berlalu. Jumaat ke Jumaat menjelma kembali begitu cepat sekali. Mari kita perhatikan firma Allah ini untuk santapan minda di Hari Jumaat yang mulia penuh berkat ini.

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
 Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" (QS:al-Kahfi:1-10)

Salam Ceria

15 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain..

alahmdulilah..satu informasi yang amat berguna untuk kita semua...mekasih kerana memperingatkan kami..

waslam

Unknown berkata...

salam pagi jumaat ..

terima kasih tazkirah pagi nih ,mdh2an beri peringatan buat kita semua .

dan mdh2an kita dijauhkan dr sifat2 tercela tu.

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Alhamdulillah, sama-samalah kita ingat mengingati

Ayah Zain berkata...

Salahm UH

marilah kita ingat mengingati, pesan berpesanan kerana manusia itu mudaH LUPA.

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, kita diberikan nikmat utk hidup dan bersyukur akan segala pemberiannya

salam jumaat dr kuala trengganu

Kak Sidah berkata...

Salam Jumaat AZ,

Surah Al Kahfi memang baik kalau dibaca tiap jumaat, Allah ampunkan dosa2 kecil dari jumaat kejumaat dan mendapat cahaya kepada sesiapa yang membacanya, setiap malam bacalah dari ayat 1 - 10 , memang Allah turunkan kepada kita alquran untuk umatnya sebagai pedoman dan pendinding hidup ini, beramal lah dengan al quran dan bacalah setiap hari, nanti kita akan ditemankan oleh malaikat di alam barzakh insyallah.

Terima kasih az kerana mengingatkan kami

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Insya Allah. Kita bersyukur kepada Allah yang memberikn nikmatNya yang tidak terhingga

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Insya Allah. Kita bersyukur kepada Allah yang memberikn nikmatNya yang tidak terhingga

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

terima kasih atas info tersebut. Marilah kita sama-sama mengamalkan membaca surah al_kahfi pada setiap malam Jumaat. Tak lama palimng lama 20 minit sahaja untk menyempurnakan pembacaannya.

S berkata...

salam,
AZ,

IQRA'... Bacalah ayat suci Al Qur'an Wahyu dari Allah kepada Rasulullah yang diajar oleh malaikat JIBRAIL.

WAHYU ALLAH akan memberi ketenangan dan menjadi teman serta syafaat kepada kita dimahsyar kelak. InsyaAllah. Ameeeenn.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Alhamdulillah Allah pertemukan bloggers yg membawa saya ke jalan yg lurus

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam S,

Isnya Allah. Sama-sama kita membacanya untuk panduan bersama

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati anda sekeluarga,saya sekeluarga dan temana-teman PDKM berserta ahli keluarga mereka. Ameen

shami2 berkata...

Salam Az...

Alhamdulillah satu perkongsian yg baik...

Ingin saya tambah,..surah ini baik dibaca setiap malam jumaat bawa ke magrib utk malam jumaat malam sabtu...hadis sahih kelebihan beramal dengan surah ini sesiapa yg rajin membacanya dan beramal dengannya...akan dapat kenal akan tanda akhir zaman dah dekat sangat..ertinya hari kiamat dah makin dekat....yg mana orang yg tidak beramal takan nampak tanda ni mereka tetap menafikannya contoh, masa datangnya dajal, dll tu...info dari ustaz sya

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

terima kasih atas perkongsian ini. Sikit2 kita tambah info ini lama-lamakita kenal dengan surah al-kahfi ini. Insya Allah, kita amalkannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...