Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW

260210 :  Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah tepat pukul 11.15 malam tadi setelah hampir  9 jam di perjalanan yang panjang. erm, rupanya hari ini ialah hari Jumaat. Oleh itu Berjumpa lagi kita di Hari Jumaat, Penghulu segala hari.

Hari Jumaat kali  ini begitu bermakna kerana merupakan Hari Kelahiran Nabi Junjungan yang dicintai iaitu Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama berselawat dan mengucap syukur kepada Allah sebagai tanda pengakuan kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Justeru marilah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam surah ke-20 ini:

Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah .
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. (QS:Taha:20:1-8)

Allahu Akbar

10 ulasan:

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Salam maulidurasul, selawat dan salam pada junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga dan para sahabatnya

Cantik pemandangan tu, ambik dari gunung tu ke.

Unknown berkata...

salam AZ ..

syukur , AZ dah selamat sampai ke rumah . Alhamdulillah .

marilah kita sama2 bersolawat ,amalkan sunnah Rasul junjungan kekasih Allah yg tiada tandingan nya dgn insan lain di dunia nih .

aznaz berkata...

salam ayah zain..

salam Maulidur rasul...moga kita semua mendapt rahamt dan keberkatan dalam menempuh hidup yang lebih penuh bermakna...insyalah


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

Salam Maulidur Rasul juga pd kak sidah dan suami yang budiman. Selawat dan salam kepada Nabi Junjungan Muhammad SAW

Ayah Zain berkata...

Salam Umi Humairah,

Alhamdulillah. Sampai kul 11.15 malam tadi. Penat betui. Sampai jer terus zzzzzz .

Salam Maulidur Rasul juga. Nabi Muhammad penyinar hidup kita. Panduan hidup yang diberikan kita ikuti untuk kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Salam Maulidur Rasul jua buat manzlie.Marilah kita berzikir dan berselawat utnuk Nabi Junjungan kita

insan pendidik berkata...

Salam,

Alhamdulillah.. moga kite sama2 dapat menghayati sirah perjuangan Nabi SAW dalam menegakkan Islam .. Selamat menyambut Maulidur Rasul

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Selawat dan saam kepada Nabi Junjungan. Marilah sama-sama kita mengikut panduan yang dianjurkan kepada kita melalui Hadis dan al-Quran

Atikah berkata...

Salam AZ,

Selamat menyambut Maulidur Rasul..
semoga kita sama2 menghayati perjuagan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan Islam... moga ianya menjadi landasan unutk mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik....

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

Isnya Allah.Sama-sama lah kita memertabatkannya dengan mengamalkan sepenuhnya apa yang telah ditentukan mengikut sunnah Rasululullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...