Ahad, 28 Februari 2010

Tempat Mustajab berdoa

280210 : Hari ini adalah hari terakhir bulan Februari. Besok akan bermulalah Bulan Mac. Bermakna hanya tinggal 10 bulan sahaja lagi tahun 2010 akan berakhir. Sungguh cepat masa berlalu. Aku merasakan tahun 2010 ini begitu cepat berlalu. Sekejap sahaja sudah muncul hari Jumaat. hari Sabtu dan Ahad cuti. timbul pula minggu baru dan di akhiri dengan hari Jumaat kembali. Bermakna juga umur bertambah pendek, entah esok atau lusa, Izrail datang menjemput hanya Allah sahaja yang mengetahui. Oleh itu gunalah masa yang ada semaksimum mungkin untuk mendekatkan diri dengan yang maha Mencipta. Berdoa, teruslah berdoa   dengan bersungguh-sungguh agar kita dipandang olehNya di Hari Penentuan kelak.Iinsya Allah.

Pagi tadi sempat juga menghadiri ceramah yang dikendalikan oleh pihak Tabung Haji  Daerah Pontian di Masjid Jamek dan satu yang menarik hati aku ialah ada 15 tempat di mana doa itu menjadi mustajab di Makkah al Mukarramah. Jadi kepada mereka yang menjadi tetamu Allah jangan lupa untuk berdoa di tempat-tempat yang telah di tetapkan seperti di bawah.



dengan ihsan Tabung Haji: Sila klik untuk paparan lebih jelas

Jadual  di atas menunjukkan dengan jelas tempat-tempat dan masa di mana mustajabnya unuk berdoa. Beruntunglah mereka yang menunaikan umrah dan haji kerana dapat menemui tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa. Berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah menerima doa-doa tersebut. Insya Allah.
Salam Ceria

20 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

pagi tadi dengar tazkirah..ustaz kata hari semakin cepat berlalu sekarang disebabkan kebanyakkan masa tidak digunakan dengan berkat oleh semua manusia dimuka bumi ini.
mudah2an kita jadilah manusia yang memanfaatkan masa kita untuk mencari bekalan kita ke "sana" nanti.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Terima kasih info ini, bila kita g nanti bawak sekali jadual ni , insyaallah..

Ingatkan anak2 kita supaya jangan leka dgn kemewahan dunia, cara hidup remaja pun kita takut tgk sekarang.

Masa makin singkat sebab manusia akhir zaman terlalu sibuk dgn urusan duniawi

CM berkata...

salam

doa cm bila pi mekah nanti berkesempatan berdoa di semua tempat tu,insyaallah.

sonata anak kancil berkata...

bila nak pergi AZ? doakan untuk kita ye....

Ayah Zain berkata...

Salam kak Nab,

Insya Allah kak Nab, sama-samalah kita berdoa agar Allah terus memberkati kita.

erm terpkir pulak adakah kita asyik dengan blog ni menyebabkan kita leka dengan masa?

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Shidah,

Insya Allah. Kita salin dalam hati kita jadual ni yer.

Insya Allah juga akan di ingati anak-anak kita jangan leka dengan duniawi

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Insya Allah, semoga doa CM itu dimakbulkan Allah swt.

Ayah Zain berkata...

Salam Sonata,

Insya Allah, doakan juga az semoga dapat ke sana pada tahun ini.

TH tak beri apa-apa jaminan sehingga diberi tahu kemudian nanti. Semoga Allah memilih az dan isteri menjadi tetamunya pada tahun ini.

KAMATO berkata...

AZ, terima kasih info ini, saya pun berharap dapat diberi peluang untuk tahun ini

S berkata...

salam,
Az.
smoga mendapat jemputan menunaikan fardu haji thn ni. InsyaAllah. Alhamdulillah.

beruntung CL dapat berdoa setiap waktu di Haram dan semua tempat mustajab doa tu.

Azima berkata...

Salam,

Terima kasih Ayah Zain atas perkongsian tu..semoga bila kita dijemput ke rumahNya,kita semua diberi peluang untuk berdoa ditempat2 tersebut dan doa2 kita diterima olehNya.

Semoga Ayah Zain sekeluarga sihat2 aje..

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Kamato,

Isnya Allah, sama-samalah kita berdoa agar kita di pilih oleh Allah menjadi tetamunya pada tahun ini.

Ayah Zain berkata...

Salam kak S,

Insya Allah, doakan semoga kita dipilih oleh Allah menjadi tetamuNya di tempat yang suci lagi baraqah dan dapat berdoa di tempat-tempat yang dimuliakan itu.

Ayah Zain berkata...

Salam Azima,
mula-mula terima kasih datang ziarah dan meniunggalkan jejak kat umah az ini.

Sama-samalah kita berdoa, dan semoga Allah memberkati kita .

mama ju berkata...

Salam AZ

Terimakasih kerana perkongsian ilmu.Mama nak bagi kat emak yg nak buat umrah.Ni nak Jemput AZ datang ke rumah Kg di Belahan Tampok,Rengit pada 20.3.10 sabtu malam ahad lepas isyak ada majlis tahlil dan kenduri sikit ,emak nak ke Mekah.Jemput hadir bersama isteri dan anak.Dtg awal pun bagus dpt berkenalan. Rumah tu dlm 1/2 km dari Masjid Tampok.Depan rumah ada warung DO RE MEE.Nanti mama call.Harap ada kelapangan.

Ayah Zain berkata...

Salama Mama Ju,

Alhamdulillah. Semoga ibu Mama Ju dipermudahkan oleh Allah.

Pasal majlis tahlil,Insya Allah tapi pada tarikh itu az balik kampong ada majlis juga. Apa-apapun terima kasih atas undangan.

rezeki berkata...

salam az

jika dijemput ke sana, mmg tempat2 mustajab berdoa tu sentiasa menjadi tumpuan seluruh umat dan jemaah

doa kami agar AZ dan mrs tahun ini dijemput menjadi tetamunya sekali lagi utk menunaikan haji

jgn putus asa, teruskan berdoa sambil buat rayuan

insyallah

Ayah Zain berkata...

salam CR,

Terima kasih keperihatinan dan doa pak Itam itu. Moga diperkenankan Allah. Amin

shami2 berkata...

Salam AZ...

Malam tadi bermimpi dapat jemputan pergi umrah...tempoh lagi 2 minggu..jap tu dah terjaga..huhuu ingatkan sungguh rupanya mimpi..selalu benar ..mimpi macam tu...aper makner tu AZ...moga2 satu hari jadi kenyataan larr...hendaknya amin...

Ayah Zain berkata...

Salam Shak2,

alhamdulillah. Dapat juga jemputan walaupun dalam mimpi.Moga Allah memperkenankannya.

Nak tanya, pukul berapa mimpi tu? kalau dalam pukul 3.oo ada harapan baik tuh.kalau idak hanya mainan tidur sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...