Jumaat, 5 Februari 2010

Daily Calender

050210 : Entah mengapa tiba-tiba aku teringat kalender harian. Kalender ini sangat popular semasa zaman aku masih kanak-kanak. Kebanyakan rumah ketika itu mempunyai kalender harian. Boleh dikatakan setiap rumah atau kedai runcit mempunyai kalender harian. Pendek kata orang ketika itu suka menggunakan kalender harian.

Kalender harian ini perlu disoyak setiap hari, tidak seperti kalender bulanan. Kalau kalender bulanan aku suka kalender kuda kerana tarikh hari raya tepat. hehheh. Tak perlu tunggu Majlis Raja-raja mengumumkan tarikh hari raya kerna sudah pasti tarikh hari raya tepat seperti dicetak dalam kalender tersebut. Dulu-dulu kalau nak hari raya, orang bergantung kepada pengumuman Majlis Raja-raja. Kadang-kadang macam jadi masalah pula. Tetapi aku selalu berpandu kepada kalender kuda. Pasti tepat.  Semenjak itu aku selalu tengok kalender kuda. Jangan salah faham arr, aku bukan gila nombor ekor. Aku tak pernah main nombor ekor. Kalau sup ekor, aku tak pernah tolak. Sup ekor memang kesukaan aku. hehheeh.

Berbalik pada kalender harian tadi. Hari Isnin lepas aku berbual dengan bos aku pasal kalender harian yang telah lama tidak kelihatan. Aku tidak tahu mengapa topik kalender harian menjadi topik perbualan kami. Ia berlaku secara tidak sengaja. Zaman telah berubah.

Keesokan harinya, tiba-tiba aku ternampak satu kalender harian di satu sudut dalam pejabat am. Aku bertanya kepada salah seorang kerani, siapa punya kalender tersebut dan mengapa ia terbiar begitu sahaja. Kerani menjawab tidak tahu dan siapa meletakannya di situ pun mereka tidak tahu. Pelik juga. Kalau tiada siapa yang tahu, baik aku ambil. Mereka tidak membantah.

kalender harian yang tiada siapa yang peduli.

Lantas aku mengambil kalender tersebut dan meminta pihak maintenen menebuk satu lubang sekeru di bilik aku.

Cantik tak? Kalender harian telah berada di dinding bilik aku.
Boss aku perasan : ha, mana dapat kalender ini.
aku cakap jatuh daripada bulan. hehehhh. Gurau boss

Pagi tadi aku berbisik kepada kakak yang membersihkan bilik aku, 'nanti kalau haribulan ini tidak sama dengan hari, kakak tolong soyakkan yer. Baik boss. Sonang jor tuh. Nak mengoyak tidak menjadi masalah. Mafi muskilah.

14 ulasan:

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : soyak tu aper?

Ayah Zain berkata...

Salam anakandaku afeez,

soyak? = koyak, siat, buang, apa lagi arr yang sewaktu dengannya

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

kalendar kegemaran kak nab pun!! susah nak dapat yang jenis soyak setiap hari nih...kak nab dapat satu dari giant, cantik!

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

yer ker. Sekarang susah nak dapat. Kalau dulu, ada merata-rata. Nanti kak nab buatlah n3, nak tengok kecantikannya. hehehh

sonata anak kancil berkata...

saya ada kalender kuda mini - letak bawah cermin atas meja....senang nak tengok haribulan - nak tulis buku rekod ngajar....& jelas nampak nak buat program....kalau cuti pun sekolah lagi jelas - satu kaler kuning - cuti!!!

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

ya itu sudah pasti. kalender kuda ni jelas.Mudah tengok tarikh. seronok tengok kaler kuning tu kan?

insan pendidik berkata...

salam,

emm IP teringat arwah nenek cukup suke ngan kelendar kuda tu...mungkin tulisannya besar dan dpt menghitung hari anak cucu pulang kekampung.

Unknown berkata...

salam AZ...

mula tadi nk tanya gak soyak tu menda? seb baik afeezz dah tanya..

hari ni hari apa ek ???? berapa hb. ? he he he lama tak tengok kalender harian , selalu dpt hujung tahun kalender bulanan jer , tp yg sering digunakan kat umah ummi kalender tahunan yg dibuat sendiri oleh abihanan merangkumi jadual shif keje dia .

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

yer betul tu, angkanya besau. Sonang nak tengok tarikh.

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

ooo ramai yang tahu makna soyak yer.

hari ini 6 Hb Umi. hehehhe

PINATBATE berkata...

AZ..
kelender pakai soyak soyak tu membazir kertas..jadi utk mengurangkan pemusnahan pokok,kita guna yg jimat kertas jer lah..lagi pun lebih praktikal..tak payah minta tolong kakak tu soyakkan kalau AZ terlupa..tak gitu AZ ?;P

Ayah Zain berkata...

Pinatbate,

Lahawlawala, yang az guna tu ialah kalender yang telah pun terbuang. Tiada siapa yang guna. Drpd membazir, lebih baik az guna pakai. tak gitu cik pinat?

PINATBATE berkata...

AZ..
jangan salah faham..

maksud saya,sekarang ni tak banyak syarikat nak buat kelender koyak sekeping sekeping berbanding dulu..sebab kos membuatnya mungkin lebih tinggi berbanding kelendar bentuk lain sebab banyak gunakan kertas..itu yg saya maksudkan membazir..

Adapun AZ menggunakan kelender yg terbuang tu saya tak anggap membazir tetapi org dah tak mau gunakan kerana dianggap tidak praktikal sebab kena koyak hari-hari..ramai org yg pemalas sekarang termasuk saya..

begitu yang saya maksudkan..

Ayah Zain berkata...

Salam Pinatbate,

itu macam ka. Cakap biaq teghang (kata P Ramlie)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...