Rajah Lutut Manusia
Mengapa tiba-tiba aku bersembang perkara ini? Anak ke-4ku mengadu terdapat benjolan di bahagian belakang lututnya. Benjolan ini telah lama dirasainya, telah berjumpa doktor juga namun doktor mengatakan tiada apa-apa. Kadangkala aku tidak faham kerja doktor, banyakkali juga aku mengalaminya di mana pada peringkat awal kita mendapatkan rawatan dan ada masalah, doktor kata tiada apa-apa tetapi apabila kita berjumpa mengadu kesakitan dan sebagainya, dia akan berkata mengapa lambat membuat rawatan.
Anak ku mengadu bahawa tempat tersebut makin membengkak dan kadangkala berasa sakit dan sengal. Memandangkan semalam hari cuti maulidur rasul tentu hospital kerajaan tutup dan di Pontian aku tidak mengenali doktor-doktor swasta lebih rapat. Mrszain teringat akan seorang bekas anak muridnya yang membuka klinik di Yong Peng. Maka aku menghbungi doktor tersebut. Alhamdulillah, klinik ini di buka pada sebelah pagi hingga tengah hari dan di buka semula pada pukul 7 malam.
Seperti dirancangkan pukul 6.50 petang aku sudah sampai di Klinik tersebut. Dan ..........
Siap berpantun tu
di depan klinik dan kaunter daftar
Kreatifkan
Doktor membuat pemeriksaan
ada lendir ni
siap buat rujukan kat internet tu
memberi penerangan kepada kami
dont worry kita 'potong' hahahah
anak ku mula menggigil
dia doktorofobia hahahah
Menggunakan jarum suntikan
bukan menyuntik tetapi menyedut cecair
nampakkan? cecair itu berwana agak kekuningan
ni dia hampir 15ml cecair yang dapat disedut
Cecair ini kalu banyak sangat akan mengasak dinding saraf menyebabkan kira rasa tak selesa.
Doktor membuat sesi konsultan tu....
menerangkan panjang lebar ................
19 ulasan:
Salam,
ar..Mr.Zain (loghat ompituh sikit)
AZ memang seorang ayah yang pengasih, sukalah melihat ayah yang bersifat lembut dan kasih sayang cam ni.. Ambik berat hal keluarga & anak-anak.
Wasalam
salam ayah zain..
clnih memag takut nak jumpa doktor...sebab fobia kat jarumm....
waslam
salam ayahanda zain : tgk tajuk baker's cyst... igtkan dok cite pasal makanan ke roti2 bakeri ker... hahha... tersasar sungguh anggapanku...
apa sebab jadi macam tu? saya sedang memikirkan nak jumpa doktor /tidak sebab sakit perut ni masih terasa....
semoga tidak sakit anakanda tu cepat semboh
Assalamualaikum AZ
Seorang ayah yg perihatin
didoakan moga anak AZ sempat sembuh dan tidak berulang penyakit tu
baik doc tu yee
siap bagi nasihat lagi
Wassalam
Salam AZ,
Sakit apa namanya tu, dah ok ke sekarang, cecair tu ke yang buatkan belakang lutut anak az membengkak, saje curious sikit, nak tau jugak.
Salam abangsulong,
lor, janganlah cakap macam tuh, segan pulak bila abangsulong kata macam tu. semua ayah kena buat macam tu.
Pujian tu sebenarnya kepada emak dia, mrszain memang ambilberat pasal anak2 tau. Kejap-kejap dia kata, dah tipon belum doktor tu, dia buka klinik ke hari ini. heheh
Salam CL,
hahaha, az pun takut kat jarum suntikan. jadi kita pun terkategori dalam jarumusofobia.
CL nak tahu, masa kecik2 dulu, emak az kata , az pernah tendang misi dengan kaki masa nak buat suntikan wajib kanak-kanak. heheh
Salam anakanda Afeez,
kamu tak ada ingat lain,makan saja.
Dah baca ke artikel tu. Bukan apa,kamu ada kena mengena dengan hal-hal seperti ni kan atau kau buat tak kisah jer.
Salam Sonata,
doktor tu tanya, pernah ke mengalami kecedaraan di masa lalu. Budak tu memang pernah cedera semasa di tingkatan 2, dia main takraw, melibas la tuh.
Doktor tu kata, biasa la...........
Salam Razali,
Insya Allah. Dia kata macam tak selesa sikit, tapi itu adalah implikasi menyedut lendir, sikit masa lagi oklah tu.
Doktor tu memang baik. Apa tak baiknya bekas anak murid kan....
Satu yang tak best, dia minta bayaran. Jadi kita malu alah. Semalam warning dia, 'kamu mesti charge, kalau nak bagi diskaun no problem. Untuk dua orang anak yang buat rawatan tu dia cuma charge RM17.00 aje. ermmm dia kata duit ubat aje. Konsultan FOC
Salam kak sidah,
nama sakit tu baker's cysts.
Cecair yang berlebihan. Bila banyak sangat dia mengasak dinding2 saraf, menyebakan kesakitan pada belakang lutut tu.
Salam Az,
Bila dah keluarkan cecair tu kira dah baik ker? or kena buat rawatan lagi?
Moga tak berulang lagi sakitnya....
Salam Atikah,
Doktor tu kata, akan berulang lagi tapi ambil masa la.
salam az
dah tua2 takut jarum he he samalah kita
apa2 pun lutut ku bukan terlebih cecair, dah takde kot he he
spi sekarang , lutut kiri ku yg cedera masih memberi kesan
Salam CR,
hehheh, pelik kan dah tua2 takut jarum. Bukan sakit pun tetapi takutnya yang lebih.
itu kat belah depan, agaknya cecair tu pindah dari depan ke belakang kot.
Tapi memang betul dah tua2 ni lutut memang menjadi cabaran betul
salam,
AZ,
sakit lutut selalu pada orang tua.
tapi kalu orang muda selalunya akibat kecederaan.
Salam kak S,
Sungguh benarlah wahai di kata kak S, anak muda az tu pernah mengalami kecerderaan di lutut ketika melibas bola takraw dulu .
Assalam cik..blh sy tau di mana lokasi klinik..anak sy pn ade baker cyst ni..hr tu dah ok..tp lately mcm makin mmbesar plak..
Catat Ulasan