190210 : Selepas puas berkubang di Tasik Pulau Dayang Bunting, kami bergerak pula ke Pulau Singa Besar. Tempat dimana Ck Lie berjemur saban minggu dahulu. Matahari semakin terik namun tidak menjadi kesan kepada kami semua. Keseronokan dapat melupakan kepanasan yang melebihi 35C. Ada aku kisah. heheh
Bot mula meninggalkan PDB
Semoga berjumpa kembali
Nampak macam gua
Gua Tok dar?
dalam juga lubang gua itu. Jom kita dekati....
oooo kelawar bergantungan di bumbung gua
ni kalau dolu dolu, kat sini orang berlindung daripada ribut kot. hehehh
Kita singgah sebentar ke pelantar Teluk Batu Merah
kawasan penternakan ikan dalam sangkar
berbagai ikan yang diternak
teket RM6.00/kepala
Tak apalah rezeki kat depa. ikhlas
ikan haruan laut,
Yu Harimau, siapa yang tarik ekor Yu?
Yu ni sopan sahaja
tak banyak cerita
dia pun punya prinsip "ada aku kisah?
Mak datok, emak budak ni
berapa kilo tu mak cik?
wahai ibuku si ikan kaloiiiiiiii (kaloi ker tu?)
beras melukut, daun keladi
ikan haruan laut ni kuat makan
tabur sahaja roti, palet brebut-rebut, pelahap betul
batu ni seberat 15kilo.
Terapung tuh.
jumpa lepas tsunami melanda pada tahun 2006
anak dara aku angkat, dilempar semula,
betul, batu itu timbul semula
jom kita mainkan ikan kerapu ni
garang tuh
bila tak dapat ikan,mengamok dengan menghempaskan badannya
ini dia pulau di mana CL berjemur sampai kulit dia jadi macam ni hehhehe
wow,anak buah aku mandi laut yer
tatatatata
yang ni bersantai bawah pokok
takut kulit jadi hitam
makan time
lepas sampai ke pantai
menjamu selera lah pulak
beefsteak
nasi goreng ayam
nasi goreng sotong
jus karot
Kalau ada ABC, mesti az tibai
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". (QS:al-Baqarah:2:126)
17 ulasan:
salam AZ
batu yg 15 kilo tu betul ke berat dia gitu n tak tenggelam.
betapa keajaiban Ilahi berkehendak diatas segal2nya.
salam ayahanda zain : org kate klu sesiapa mandi kat tasik dayang bunting tu...lepas tu dia akan bunting.. ade can tak AZ nak dpt baby lagi... hahaha
Salam Umi,
penjaga tu kata 15kg. Tak ada timbang pulak masa tu hehheh. Itulah kekuasaan Allah kan.
Salam anakanda afeez,
Inysa Allah. No problem. Nak dapat anak tu kena mandia suami isteri seklai. Malangnya mrszain tak mandi. Dia malu heheheh
Salam Az,
Best tgk perjalanan AZ ke beberapa pulau, bagi makan ikan mmg best,
Az ada tak gi bagi makan burung helang pulak?
bahagian2 ni seme Sonata tak sampai lagi....saya suke nature!
Salam Rosli,
memang best kat tempat ikan tu.
pergi juga kat tempat helang, tapi helang nya jauh la, tak berani dia nak dekat. hahahahh
Salam sonata,
soanata guru geografi kan, tu sebab suka nature. so elok try coba la ke sana, memang berbaloi
Assalamualaikum Az
lepas naik bukit turun ke laut pula
seronok nyeee bercuti
Wassalam
Salam Rozali,
ni semua pasal pertama kali,
patutnya g mandi laut dulu, lepas tu mandi air tasik baruoah ok. Ingatkan 4 jam tu hanya kat PDB, tapi round 3 buah pulau. hehehe
salam az
seronok round pulau kat sanakan, lps tu berkubang , naik mesti perut lapar ngeh ngeh
lps tu malam dh keletihan dan kepenatan dan akhir sekali hati pun berkata sambil baring2 "ada aku kisah" he he he
Salam az,
Puas bercuti, hari ni gi mana pulak.
Pulau langkawi pulau lagenda, banyak rahsia didalam nya yang mungkin kita tak tahu.
AZ tak gi rumah Tun Mahathir ke, banyak koleksin tun kat situ.
Salam az,
Salah eja plak koleksi...
Afeezz tak nak gi ke kat pulau tu
Salam Rezeki,
hehehehh, ada-ada saja la kamu. Memnag betul u, ada aku kisah.
anyway, macam mana bulan madu kat Kijal
Saloam Kak Sidah,
umah Mahathir dah pergi dulu.
Hari ini otw balik umah mertua di KL.
Sekarang tengah jumpa sifu Pijat hehheh (husband umi)
salam ayah zain...
seronok tau dah lepas berjemur berejam jam..barulah cl terus terjun kat pantai yang jernih air nyer yang kebiruan..sungguh indahkan...aduhh terkonang den waktu dulu dulu. (last 16 years ago..)..heheheh
waslam
Salam CL,
seronoknya, memang kat pantai ramai yang berjemur dan menimbunkan diri dalam pasir. lepas tuh ramai pulak terjun dalam air laut yang jernih. Airnya memang cun tak macam air laut kat pantai PD hehehh
Catat Ulasan