Jumaat, 12 Februari 2010

Solat

120210 :  semakin hari semakin cepat masa berputar. Rasanya baru semalam hari Jumaat dan hari ini   hari Jumaat muncul kembali.. Penghulu kepada segala hari. Pada hari Jumaat lelaki Islam diwajibkan bersolat Jumaat. Lelaki Islam yang gagal bersolat Jumaat sebanyak 3 kali berturut-turut dianggap munafik malah kafir. Berat bukan? Namun sebelum itu mari kita lihat dulu pasal solat. Mendirikan Solat 5 kali sehari semalam ialah Rukun Islam yang kedua.

Mari kita semua
Menunaikan solat
Hanya lima waktu sehari
Semalam

Rebahkanlah diri ini
Memohon berkat
Dari Allah Maha Pengasih Penyayang

Jangan lupa tanggungjawab
Bertakwa kepada yang
Maha Kuasa
Moga-moga diredha

Apabila berkumandang
Suara azan menandakan
Tiba waktu
Segerakan perintah Allah

Gagahilah diri... Menyahut
Seruan Ilahi
Ia tiang agama... Laksana
Dengan sempurna
Terpancar sinar dalam
Diri sendiri
Allah yang memberkati
Berpandu kitab Al-Quran
Dan Sunnah
Muhammad pesuruh-Nya .

Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyentuh mengenai solat. Rasanya lebih 40 ayat-ayat Quran menyentuh pasal solat yang diturun dalam pelbagai surah dalam al-Quran. Di antara adalah seperti berikut :

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (QS: Al Baqarah: 3)

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (QS: an-Nisak:4:142)


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - (QS:al-Mukminun:23:1-5)

18 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

Hari Jumaat penuh dengan Keberkatan...teringat semasa di kl, tiap pagi Jumaat selalu ziarah kubur arwah mak dan abah....skg cuma tinggal ingatan sahaja di hati bila sudah berada disini..alhamdulilah..

CL takda ke gelaran Raja Pecut nih..dah 3 kali juara.(nak hadiah lah tuhh)..heheheh

waslam

My Life berkata...

salam az

alhamdulillah kita diberi peluang untuk berjumpa lagi dengan hari yg penuh kebrkatan ini... semoga hari2 yg dilalui penuh keberkatan buat kita,, insyaallah


dear cl
semoga arwah mak dan ayah cl ditempatkan dikalanga org2 beriman.. insyaallah

Unknown berkata...

Salam di pagi Jumaat yg barokah...

mudah2an dgn bersolat yg khusyuk dpt mjauhkan kita dr perasaan riak , 'ujub dan sum'ah...

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Alhamdulillah. Tahniah Raja Pecut. Dah buat hetrik tuh. Insya ALlah . semalam dan riki kat kedai cenderamata hadiah2 yang nak dihadiahkan kepada raja Pecut. hahahha.

Ayah Zain berkata...

Salam My Life,

semoga Mylie sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat yang tidak diredai Allah itu dengan sentiasa mengingatinya. Semuanya kerana Allah. Insya Allah

مسافر اسلام berkata...

Salam az, baru balik latihan hutan, letih sagat. semua sakit2 badan. kaki jgn ckp la..ada yang pecah2. Alhamdullah semua selamat.
Tak sempat nak jadi raja pecut. cuti raya cina ke mana?

rezeki berkata...

salam az

solat tiang agama , mengapa dikatakan tiang , bukan lantai ke atau bumbung, jawapannya mudah, kalau tiang tak kukuh, maka keseleruhannya juga akan runtuh
begitulah sebaliknya pada agama kita

alhamdulillah.

shami2 berkata...

Salam AZ...

Alhamdulillah..salam jumaat..

Solat tiang agama..
Semua ibadah tidak berguna kalau
Solat huru hara..
Tapi Allah tetap sayang hambanya
Diberi, diberi...namun jgan sekali bagi Allah murka apalagi syirik padanya kelak kekal dalam api neraka....

Suami tiang seri rumah tangga
Kalau lemah tak bermaya...
Isteri masih ada..boleh lagi anak2 bergantung rahmatNya....
Hidayah Allah akan sampai dari doa2isteri yg soleh....insyallah

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda MI,

yer ker. Sian tu, kepenatan. tak dapat jadi juara tak mengapa, asalkan tinggal jejak

Ayah Zain berkata...

salam Rezeki,

apabila tiang sudah runtuh, umpama kena gempa bumi, habis bertempiaran isi dalamnya.

Ayah Zain berkata...

Salam shami2,

Allah maha pengasih dan penyayang. Allah amat suka hambaNya datang mengadu, merintih hiba, meinta kepadaNya. itu tealh dijanjikan tapi jangan sampai nyawa dah sampai ke paras ........... Allah tidak akan mengamouninya lagi

مسافر اسلام berkata...

AZ pergi mana cuti raya cina ini?
Kenapa chting box kat page AZ dah tak ada?

Ayah Zain berkata...

salam mi

ada program dengan adik beradik di luar kawsan johor.kenapa?

sinomosa berkata...

Salam Ayahanda,

Terima kasih atas perkongsian.
Memang betul cpt benar masa berlalu.
Jumaat ke Jumaat terasa sekejap.

sonata anak kancil berkata...

cepat sungguh masa berlalu....next week cuti seminggu dah nak masuk bulan 3!

Temuk berkata...

Salam sdr Zain
Bagi yg dah bersara ni, bukannya 'sehari bagaikan sebulan', tapi 'sebulan bagaikan sehari'! Dek pantasnya masa beredar! Bila nampak orang mula passing surah yasin utk baca beramai2, hati berkata, "Eh, dah malam Jumaat balik?. Rasanya baru semalam, malam Jumaat!"

Ayah Zain berkata...

Salam Temuk,

betul le,cepat betul masa berlalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...