Rabu, 3 Februari 2010

Not My Day (Part 3)

030210 : Rupanya hari yang tidak menjadi pada Hari Sabtu yang lalu tidak berakhir lagi. Hingga ke hari ini tempiasnya masih ada. Namun Allah itu maha kaya, Allahmemberi aku ilham yang tidak terhingga. Nasi tidak menjadi bubur. Tetapi menjadi bubur nasi yang menjadi sajian hari jadi. Sungguh lazat di makan begitu sahaja.

Bagaimana ia terjadi. Pada hari sabtu yang lalu, semasa di Low Yat, aku membeli power supply untuk komputer yang telah meletop. Aku ini jahil tentang alat ganti komputer. Aku membeli begitu sahaja. Tanpa banyak soal kerana teksnisyen aku mengatakan beli apa sahaja brand, tak kisah. (ada aku kisah? heheh). Rupanya aku membeli alat ganti yang berbeza daripada yang lama. Yang lama rupanya begini

alat ganti yang meletop ini punya dua soket

yang aku beli cuma ada 1 soket


Power supply yang rosak mempunyai dua soket, sedangkan yang aku beli cuma ada satu soket, habis itu kabel moniter hendak di cucuk di mana? adoi, golo den. Hancuss. PC aku tidak dapat digunakan. kerana monitor tidak berfungsi. Tiada  eleterik boleh menghidupan kuasanya. Hanya CPU sahaja yang boleh digunakan sedangkan monitor nya .......... la haw la walla, quwata illah, Allah maha kaya, Allah yang mengetahui segala-galaNya.


Aku menghubungi teknisyen, kenapa dia tidak memberi apa-apa maklumat, dia kata, ok semasa aku mengambil daripadanya sebelum lunch tadi. Di rumah aku meminta putera bongsu menguruskannya. 

inilah kabel monitor yang tidak boleh dihubungkan ke CPU

Namun ketika aku balik daripada pejabat petang tadi PC masih tidak diuruskan oleh Putera Bongsu dengan alasan dia tidak tahu menguruskannya  sebab power supply yang aku beli berlainan daripada yang lama.

Dalam keheranan aku menguruskan PC tersebut. Lepas satu, satu kabel aku sambungkan sehingga sampai ke kabelyang menghubungkan monitor ke CPU, tidak aku jumpai soketnya. Aku memanggil putera bongsu kat mana kabel monitor hendak di sambungkan.

Putera Bongsu mengatakan aku beli power supply yang salah. Aku terus konpius seperi CP. Aku mengubungi teknisyen tetapi gagal.

Dalam hati, .........##$&*%#@

Tiba-tiba aku teringat seorang guru komputer Pusat Giat MARA Batu Pahat yang kini telah berpindah ke Johor Baru. Dengan guru inilah aku membeli PC ini dulu.

Dengan selamba dia berkata
Itu perkara sonang
tiada cacat celanya Power Supply itu.

Ayahzain ada kabel cerek elektrik?

aku mengatakan 'enggak ada pak'
Kalau begitu beli sahaja kabel di kedai.
Minta cable supply, katanya

Lagi bagus kabel yang berasingan daripada CPU, katanya lagi
Kerana CPU tidak terlalu berat dalam mengalirkan kuasa elekterik

ish ish ish aku keheranan dan terus konpius.
Ada masuk akai ke, boleh guna kabel cerek elektrik, dia ni bergurau ke hape
Aku yang jahil atau guru ini yang ambil mudah.

Dalam ke konpiusan itu, otak aku terus berfikir.
Mana nak cari kabel cerek elektrik?
Nak tunggu besok, amat lama
Penantian satu penyiksaan.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng
Mentol otak aku menyala selamba
Aku teringat kabel Periok NAsi elektrik
Why Not i'm trying to using that rice cooker's cable?

lallalalallala

aku terjumpa kabel periok nasi elektrik.
Ada 3 rice cooker mrszain dalam stor.
aku mengambil satu

Allah hu Akbar.
Aku menanggalkan kabel moniter sedia ada dan menggantikannya dengan kabel periok nasi elektrik.
Macam ngam

aku switch on dalam debaran

ooopocot,!!!!!
Berjaya. Subhanallah.
Allah maha Besar.

So today (yesterday actually)  is my day.

Terima kasih ya Allah
Sesungguhnya Engkau Allah yang Maha Besar

Salam Ceria

14 ulasan:

mama ju berkata...

Alhamdulillah...Alahai AZ....

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju,

hehehhe

YB berkata...

salam az

yg penting jgn panik

Che' Pit berkata...

hmm AZ silap..
yg ni CP tak kompius, sbb benda2 mcm ni, CP expert.. (huwaa riak tak ingat, ngeh ngeh ngeh)

Ayah Zain berkata...

Salam YB,

tak panik cuma berfikir 'apa lagai lah nak kena selepas ini;

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

bagi orang yang tak berapa tahu/arif hal komputer konpius la.

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Salam Cg,
Ini bukan ulasan tetapi pertanyaan. Boleh Cg cadangkan tempat-tempat menarik di Pontian? Berapa jauh tempat-tempat tersebut dari bandar Pontian? Trima ksih.

Catatan Peribadi Rusyaini berkata...

Salam Ayah Zain,

Wan tergelak besar baca cerita AZ kali ni. Ni komen sambil senyum kerbau. kalau lain kali wan hadapi masalah sama mcm AZ ni, wan pekena wayar rice cooker lah, macam yg AZ buat. hehehehe..

Komputer wan pun rosak baru2 ni, minggu lepas baru baiki. Power supply dah sakit sangat. tukar baru, emm ...ok dah

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nora:

amboinya seriusnya pertanyaan. Janganlah panggil cg kak nora, tak rock gitu. Bukan apa wak segan lah.

Hanya satu yang saya nak cadangkan iaitu Taman Negara Tg Piai kira2 30km drpd pontian.

Kak nora bole rujuk n3 saya pada 3& 4 Nov. 2009

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

alhamdulillah, kalau wan baca n tergolak bosa, kira n3 az ni oraitlah. eheheh

itu ler, ada ke depa kata guna plug cerek elektrik hehheh. Tp orait juga guna rice cooker cable

sonata anak kancil berkata...

kalau saya malas nak fikir2 lagi....beli yang semula yang lain!
tak yah susah2 lagi....keje saya mahu cepat!

sinomosa berkata...

Salam Ayahanda,

Maaf lama tak menjengah,
Keadaan dan masa tak mengizinkan,

Alhamdulillah tiba juga masa utk ayahanda.
Allah datangkan kesusahan dulu sebelum dia datangkan kesenangan agar kita tahu menghargai setiap kepayahan yang dihadapi..Wallahua'alam

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

dah malam cik SAK, nak beli kat kedai mana. guna sahaja apa yang ada. yang penting, saya dah boleh gunakan PC itu

Ayah Zain berkata...

Salam sinomosa,

betul. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Dia yang disembah dan kepadaNya kita memohon pertolongan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...