Isnin, 1 Februari 2010

Not My day (part 1)

010210 : Kisah ini berlaku pada hari Sabtu yang lepas. Aku menginginkan untuk melunaskan bayaran seseorang kerana selesainya tugasan yang aku pertanggungkan kepadanya. Tidak berapa banyak pun, tak sampai pun RM1500.00. Masalahnya beliau tidak menghubungi aku selepas sempurnanya tugasan tersebut. Aku berpegang pada janji, bayaran mesti diselesaikan selepas pekerjaan disempurnakan. Lantas aku menghubunginya melalui SMS pada petang khamis yang lepas. Zaman canggih, gunalah kemudahan yang ada.

 Rupanya beliau tidak mempunyai akaun Bank %$#  atau  Bank &%$. Dia hanya mempunyai akaun semasa Bank Islam. Sekiranya beliau mempunyai akaun  Bank %$# atau Bank &%$., mudah sahaja bayaran dilunaskan, cuma ke internet, CLICK N PAY.  Apa dayaku untuk melunaskan bayaran tersebut. Untuk tidak menghampakannya aku minta juga nombor akaun Bank Islam tersebut. Mana lah tahu di Kuala Lumpur aku boleh uruskannya. Petang jumaat, selepas waktu pejabat aku bertolak ke KL bersama isteriku.  Ibu mertuaku masih d rawat di HKL.

Kali ini isteriku menjaga ibunya  daripada malam jumaat hinggalah ke pagi Ahad (nos stop). Jadi hari Sabtu aku ada masa untuk urusan pembayaran tersebut. Oleh kerana mengenangkan hutang mesti  dijelaskan aku  ke Bank Islam di Bangunan MARA. Sebelum itu aku meronda ke Pasar Chow Kit, heheh seperti biasa la, isteriku memesan jering. Daripada Chow Kit ke Medan MARA tidak berapa jauh, aku pun  excercise. Berjalan perlahan, lama-lama sampai juga. Seronok berjalan begitu tak terasa aku sudah sampai ke Medan MARA.

Sesampai aku di mesin ATM Bank Islam, aku memulakan proses pemindahan wang . Aku menunggu .......... Malangnya transaksi pada hari tersebut tidak berapa baik. Ada masalah teknikal. Transaksi tidak dapat dilakukan. Ditakdirkan datang seorang pegawai  Bank Islam datang untuk urusan peribadinya (beliau mengaku pegawai Bank islam) dan aku membuat aduan bahawa tranksasi begitu lambat. Bukan aku sahaja yang mengalami masalah tersebut, kesemua pelanggan yang datang mengalami nasib yang sama. Pegawai itu cuma mengiakan sahaja, dan berkata memang line tidak berapa baik. Salah seorang pelanggan mula mengomel dengan pegawai Bank Islam tersebut..........bla bla........

Aku bertanya kepadanya adakah mesin ATM Bank Islam yang berdekatan? Dia mengatakan ada di kawasan yang berdekatan dengan Balai Polis Dang Wangi. Aku fikikrkan Balai Polis Dang Wangi di tempat yang sama, tidak tahu pulak sudah bertukar tempat apabila aku sampai ke Tapak Lama Balai Polis tersebut. Aku bertanya kepada salah seorang yang lalu di situ dan mengatakan ada mesen ATM Bank Islam berhampirkana dengan Hotel Sheraton. Dia kata dekat sahaja, cuma 10 minit berjalan kaki. Aku memikirkan hutang mesti dijelaskan, terus menapak ke Hotel Sheraton.

Alhamdulillah, aku selamat sampai di area Sheraton Hotel. Tetapi di mana mesen ATM Bank Islam?  Aku bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Dia mengatakan mesen ATM Bank Islam sudah bertukar ke Balai Polis dang Wangi yang baru. Ia mengesahkan memang ada mesen ATM di sekitar Sheraton tetapi dan bertukar.


Waduh, tidak larat aku.............adakah aku 'dengar cakap enggang makan buah belulok"?

11 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

sabar je lah, jauh juga berjalan tu , mau berpeluh

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Berjalan-jalan sambil ambil angin heheh. Seronok pulak walaupun badan berbau peloh. Terasa segar selepas itu.

Unknown berkata...

salam AZ...

kat KD ni ada gak cawangan BI yg baru dibuka , terus lah melangkah ke sini plak , he he he

'mendengar enggang makan buah belulok"? apa maksudnya tu AZ , ummi tak pernah dengar pepatah tu lagi

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : 'mendengar enggang makan buah belulok' tu aper?....

look at a positive side le az, az dpt exercise pada hari sabtu tuh, pastu az dpt berjalan2 sekitar kl... sup jalan doraisamy tu dekat2 ngan hotel sharaton tu ler...

Che' Pit berkata...

buah belulok tu rasanya CP tahu, tapi kenapa AZ nak dgr burung enggang tu makan..

ada ke burung enggang kat area tu? kompius seketika

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam ayah zain,

kalau itu rezeki kita ,ia tak akan kemana.

Kekadangnya rezeki tak perlu dikejar.

Tapi kejar kena juga,kerana jenis kena kejar.

Yang tak disangka2 itu yang tak kena kejar.

Kejar mengejar tu ialah mainan cinta.Biar yang dikejar tu tak keciciran.

Wassalam.

Ayah Zain berkata...

Salam Ummi,

hehehhe, ke Medan Mara tu, asalnya jalan2 saja.

Itu peribahasa, kejap lagi az sambung dalam part 2

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

hehhe, nanti az sambung kat part 2.

Memang pun az berfikiran positif, excercise di bandaraya kl. hahahah

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

hahahahahah, tergelak az sampai ke telinga,.......... tak apa, janganlah konpius pulak

Ayah Zain berkata...

Salam Ayahanda,

terima kasih ayahanda dah tinggalkan jejak umah az. Terharunya.

Memang betul apa yang di kata. Semuanya rezeki. Kadang-kadang rezeki datang bergolek juga hehheh

Catatan Peribadi Rusyaini berkata...

Salam AZ,

Aduh! Wan dengar pun dah rasa letih dan penat. Apa lagi AZ nak meronda-ronda tu! Sabar ye AZ! Sabar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...