Selasa, 16 Februari 2010

smart GPS

160210 : Lelah, penat dan sebagainya apabila sampai di rumah setelah menamatkan 1720km perjalanan daripada utara ke selatan bersama Kia-carens 1.8. Nasib baik anak-anak dah mempunyai lesen memandu jadi apabila penat memandu bolehlah memandu silih berganti. Kali ini memandu agak mudah degan adanya Global Position System (GPS)yang diperolehi daripada sdr abihanan. Terima kasih umihumaira hyang menguar-uarkan benda alah ni dalam n3 mu dulu.

GPS ini rupanya bukan sekadar penunjuk jalan tetapi siap dengan amaran-amaran lalu lintas. Kadangkala membosankan juga apabila terlalu kerap peringatan yang dilakukan. Kadangkala terasa sperti berada dalam kapal terbang kerana nada peringatannya itu. Alat ini akan mengingatkan kita apabila memandu melebihi had laju sama ada 60km, 80km, 90km, 110km. Kadangkala diingatkan juga kepada kita kawasan opreasi polis polis. Setiap kali berjumpa dengan trafic lite atau simpang, alat ini akan mengingatkan kita.

Paling bagus alat ini kalau kita melalui kawasan bandar, alat ini amat membantu sekali dan penunjuk arahnya memnag boleh dipercayai  99%. Kepada Afeez, memang elok sangat ada satu unit untuk cik siti nur itu kerana afeez tidak berapa faham jalan2 di KL bukan? Set kan saja destinasi, kemudian pandu siti nur, Insya Allah.

Sekali itu, aku sengaja buat salah, maka alat ini mengingatkan : Pengiraan di buat semula, 500m belok ke kanan kemudian buat pusingan U. hehehh  Selagi kita tidak ikut arahannya, alat ini sentiasa meningatkan kita. Bosan juga. heheh
anda berada di kawasan pengoperasian polis
Sila belok ke kanan

tidak berapa jelas bukan?
bukan salah alat atau kamera tetapi tangan goyang semasa dalam kereta yang sedang bergerak

32 ulasan:

aznaz berkata...

sAlam ayah zain..

alahmdulilah...akhirnyer az ada gak benda nih..hehehheheh itulah kelebihannyer....senang nak TERJAH..

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

heheh, tu ler, memang berbaloi adanya bendaalah ni. Tapi hari tu si MyLife call az, dia kata janganlah terjah dia macam CL tu, kelam kabut. hehehh

Unknown berkata...

salam AZ ..

Abg Megat /kak S tak tunjuk ker pijat ( GPS ) dia tu ?

he he he hari ni abihanan pun gian nk guna pijat tu gak ( bahasa abg megat ,kak S ) , kami gi terjah rumah kakak ipar yg baru 2 hari berpindah ke taman Kajang Sutera .
yg pening ummi ler asyik kena tengok laluan jer . tp kami tak buka suara pijat tu . cuma naik amaran warna merah je kalu terlebih had laju .

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, teknologi terkini yg banyak membantu

"make a u turn, make a u turn" he he he

nasib baik alat tu tak "bodohkan kita je " bila tak ikut katanya ngeh ngeh

Che' Pit berkata...

hmm pijat dah canggih, camera pun kenalah canggih nak ambik gambar pijat canggih n amik gambar pijal comel, ngeh ngeh ngeh..

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

hehhehe, jap tadi abihanan call az,bagi info lagi tingkatkan prestasi pijat tu.

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki

betul la CR, kalau lah dia buat macam orang ermmm... buat pusingan u la mangkok, tak reti-reti ... ada aku kisah. hheehhe,

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

sengaja ambik gamnbar gitu la pijal. hehehh

CM berkata...

salam AZ


pinjammm boleh!!!nk pi cari berita...


ghinduuu pulak kt az ni!!!

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : alat ni mmg banyak membantu, tp sy suka maen redah jer, biar sesat, klu tak sesat kite tak belajar, jauh perjalanan luas permandangan. tp kan AZ, sorry to say, alat ni kadang2 ade bodohnya. pernah sekali naek kete ngan kawan, guna bende ni dr Sg. Besi nak balik ke UM, seboleh2 bende ni nak kite ikut highway yg kene tol mahal. seboleh2 dia suruh kite u-turn ikot highway sedangkan ade jalan laen yg free... last2.. off kan jer..

sonata anak kancil berkata...

kadang2 fikir tak yah beli la....kita kan dah sekolah tinggi2 ni...he3x....lu fikir la sendiri! salah - pusing semula! lama2....minyak pun habis...hu3x ...haru jugak ye

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Wow lagi canggih AZ punya siap ada tmpt operasi polis..hehe harus dimiliki nie hikhik
La nie sy guna GPRS je (for cellular) mmg amat membantu nak cari lokasi yg tak familiar.

Afeezz: Setau sy, kalo GPRS dia calculating route yang lebih singkat dan cepat sampai. Jika kita pilih laluan lain dr yg disarankan benda nie akan re-calculating..tp kalo dgr hang punya prob mmg sah benda tue mnyusahkan..

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

haa, tau ghindu kat AZ yer. hheheh,. Nak pinjam yer. datang ler mai amik kat Pontian ni

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

mana-mana benda tu memnag Allah dah bagi siap-siap. Ada baik ada buruk. Dia suruh kita pilih.

Tp malam tadi lepas drop anak yang kat UIA gombak, then nak hantar sorang lagi kat UIA PJ, memang membantu betul sebab sebelum ni az pernah sesat baghat lar.

Ayah Zain berkata...

Salam Sonata,

no komen la. Ikut sukalah. Ada aku kisah. Aku suka beli, aku beli hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa:

satu yang az suka ialah peringatan dia tu. kalau kita over speed, dia peringatkan kita.

Benda ni memang memudahkan kita pada tempat2 yang kita tak familiar. Kalau dah tahu, tak payah guna la.

actually bila dah setkan betul2dia memnag membantu kita. Namun pro n kont tetap ada la.

aznaz berkata...

salam ayah zain...

PEMBETULAN....saya tak pernah TERJAH mylife yah...!!!


waslsam

CM berkata...

salam

aiik CL ada ker terjah mylife??AZ dpt sumber dari mana tu??

aznaz berkata...

salam az tumpang lalu..

PLEASE cikgu mas....PEMBETULAN...CL takpernah duk TERJAH my life yah...stop dis issue....


waslam

CM berkata...

salam

adoii cam lain jer bunyi cl tu AZ..isu ni sapa yg mulakan??

Ayah Zain berkata...

SalamCL,

pembetulan juga.

Memnag CL tak terjah mylife. Cuma mylife kata janganlah main terjah macam CL buat pada yang kena terjah tu kelam kabut.

amvoi2x CM,pantang dapat ruang terus aje masuk jarum mamarazi die.

ok CL, az dah clear nohhhh.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

tak ada sumber, cuma mylife kata kalau nak ke rumah dia, jangan terjah le, kelam kabut tuan rumah.

KAMATO berkata...

Salam AZ, saya dah lama guna benda tu, sejak mula2 keluar dulu, tak boleh dinafi alat itu memang besar faedahnya terutama pada saya yg selalu kerja luar, yg tak seronoknya apabila terlalu bergantung benda tu jalan pun kita dah lupa

Yem0805 berkata...

Salam AZ,

Wah teknologi dah semakin canggih..

Ayah Zain berkata...

Salam Kamato,

memang la sebab masuk kete,set destinasi, ikut saja. tak pikir apa dah.

Bila tak fikir, lama-lama boleh lupa jalan hehheh

Ayah Zain berkata...

Salam Che Yem,

alhamdulillah, makin lama makin canggih.

ainhany berkata...

salam aZ

selamat pagi,
excelent laaa AZ. kalau macam tu boleh la beli..boleh AZ tulis brand model dan kos..
hehe....asyik dok sesat jer ni pening2

Ayah Zain berkata...

Salam ainhany

memnag bagus pijat ni. saya beli ngan husband umi. Boleh hubungi umi humaira untuk runding harganya. Brand garmin

Unknown berkata...

salam AZ ..

tumpang lalu ek ,
Ain , suami akak cuma tolong belikan ajer dr kawan opis dia , tak tau ler ada ker tak lagi , masa yg dia tolong amikkan tu cuma ada 2 ekoq lagi pijat tu .
kalu Ain nak nanti akak tolong tanyakan ler.tak pasti ada ke tak lagi .

Ayah Zain berkata...

salam UH,

Terima kasih kerana sudi membantu Ain.

so Ain, U can tell directly to Umi

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam AZ,

Bende pijat ni Wan rasa macam org pompuan la pulak! Salah sikit, eh!!!! salah tu!! Buat itu! Buat ini! Ada setuju?

Eh! Haku ni macam tak sedar diri pulak! Haku pun pompuan jugak.

Buat masa ni Wan tak merasa lah bende alah ni. Dia ada suara ke? Wan tak pernah pegang dan tengok live. Kira-kira... jakun jugak la Wan ni.

Ayah Zain berkata...

Salam wan,

yer betul ada suara. Suara orang pompuan melayu. Sebab dah set pilh malay language.

Hubungi umi umairah untuk unit anda. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...