Khamis, 11 Februari 2010

drama TV

110210 : Pernah  menonton siri cenetron Bawang putih bawang merah di TV3 beberapa tahun dahulu?, atau cerita Na O Me yang sedang diputarkan di Akasia TV3? Juga cerita drama Air Mata Cinta yang sedang berputaran di Astro Prima pukul 3.00 petang dan ulang siar pada pukul 11.30 - 12.30 malam. Itu hanya beberapa contoh, sebenarnya ada banyak lagi drama atau filem yang sewaktunya dengan 3 siri drama tersebut.

Ceritanya berkisar penganinayaan a.k.a pembulian kepada orang yang baik hati. Mengapa bawang putih hanya bersabar apabila dikasari oleh bawang merah, mengapa ibu Na o me berdiam diri di dera oleh ayahnya dan mengapa Cinta juga begitu baik hati tidak melawan apabila dikasari dibuli oleh ibu dan abang angkatnya. Kadangkala aku tertanya-tanya mengapakah orang-orang yang baik yang didera dari segi fizikal atau emosi hanta berdiam diri, tidak membuat aduan kepada pihak berwajib malah tetap bersabar. Membiarkan sahaja diri diperbodohkan. Mengapa?

Kadangkala aku naik bosan menonton cerita begini, mengapa skrip drama di olah begitu rupa? Sampai bila skrip drama tersebut hendak mempermainkan orang yang baik hati? Mengapa orang yang baik hati sentiasa di ambil kesempatan, dimanipulasi oleh watak watak antagonis tersebut. Mengapa,mengapa, mengapa. Di alam realiti adakah manusia begitu? Mulia sungguh mereka itu.

Kita memang tahu di akhir episod, watak baik akan mendapat balasan yang baik sementara yang jahat akan menerima baasannya, malah tidak kurang juga hanya dimaafkan sahaja.

Namun apabila aku berjumpa dengan hadis qudsi seperti d bawah, maka segala prasangka aku terjawab.

Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya adalah , adalah mereka yang :

1. berbuat baik kepada orang yang menyakitinya,
2. menyambung silaturahm kepada orang yang telah memutuskan tali silaturahmi dengan dirinya,
3. memaafkan orang yang benci kepadanya, dan
4. menghormati orang yang merendahkannya.

Sesungguhnya Aku  (Allah) Maha Mengetahui kondisi kalian
(hadis Qudsi)


Rupanya penulis drama ingin mendidik penonton supaya berhati mulia, bersabar dan sebagainya, Biarin diri dihina, dibuli, dianinaya, tidak mengapa. Jangan dibalas semula kerana Allah akan membalas mereka nanti. Ringkasnya semua perlakuan tersebut hanya semata-mata mahu  mendapatkan keredaan Allah, semata-mata ingin menjadi orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya.


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;(QS: al-Imran:3:134)

25 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alahmdulilah..mekasih atas paparan yang amat berguna ini..kita amiklah sebagai panduan jatidiri/bina diri menjadi insan yang mulia di dunia ini kelak balasan nyer menunngu kita di 'sana'..insyalah

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Begitulah indahnya Islam itu bukan? Allah telah mengadakan peraturan, ingatan dan sbagainya dalam firmanya dan dipermudahkan lagi oleh Hadis2 Rasulullah. Semoga dunia ini bebas daripada hasad dengki dsbnya. Namun ingat janji dan nekad setan.

mama ju berkata...

Salam Az

Rasanya kena ambek hadis tu...tulis besar2 kat dpn pc ni supaya hati ni tak keras sangat!

rezeki berkata...

salam az

saya tak minat cite indon

semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari hadis ni sebagai panduan hidup

insyallah

insan pendidik berkata...

salam,

IP jrg nk tgk cerita camtu stereotaip je tp sptmane kata Az mungkin ade iktibar dlm cerita tu kerana setiap satu perbuatan akan menerima pembalasan. Kalo tk di dunia di akhirat nanti wallahualam

Unknown berkata...

salam AZ ..

lepas ni,
kena selalu ler jalan2 terjah n mencari rakan blogger sebagai menyambung dan mengeratkan lagi silatur rahim dari alam maya ke realiti seperti yg tlh CL buat tu,
he he he faham2 sendiri,
kalu tak tahu jalan,
tanya ler pd ***

shami2 berkata...

Salam AZ...

Alhamdulillah ..

Walaupun begitu kisahnya..
Namun kita berhak untuk tegakkan yang benar...dalam usha mengingati org yng berbuat penganiayaan...
Caranya biarlah berhemah...
Sebagaimana teladan dari rasulullah...
Berbuat baiklah pada mereka yang berbuat tidak baik...kerana perbuatan baik kita akan menjadikan mereka berubah..insyallah jgan berputus asa...hidayah Allah akan sampai pada mereka jua berkat doa dari kita....yg dianiayai..
Doa orang2 dizalimi dan dianiayai..tiada halangan lansung, diterima Allah..sesungguhnya janji Allah itu benar...

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : dengan bangga nya sy memberitahu seantero blogger bahawa saya tak suka tgk cerita2 melayu dan cerita2 indonesia. malah membenci ke tahap maksimum. balik2 bende yg sama jer ditunjukkan, cinta, hasad dengki, rampas kekasih orang, cite2 tahyul... wekkss... loya tekak dok tgk... nak tgk tajuk pon tak lalu..

p/s : itu hanya saya... terpulanglah pada diri sendiri

S berkata...

salam,

terimakasih kerana memaparkan kisah ni.

kita seharusnya melihat dengan matahati.

lelaki memang suka cerita ganas dan tembak2.
cerita bohong ja tu. sorang hero tak terkena peluru walau ditembak oleh beratus orang polis.

polis omputih tak pandai tembak. hik hik hik.

Atikah berkata...

Salam AZ,

Tak sangka Az pun layan drama2 nie.. ingatkan kaum pompuan jer..

Ayah Zain berkata...

Salam Mama Ju,

dipersilakan mengambilnya untuk panduan bersama

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

bukan ceritanya tetapi hadisnya itu. Betul bagai di kata oleh mu itu

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

menonton sekadar memenuhi masa lapang

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

hahhah, mafi musykillah x ada masalah. Tapi belum tengok lagi benda tu.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

betul tu. masalahnya ceritanya melebih-lebih. itu yang kaang2 membosankan. patutnya skripnya di olah supya mengajar pembuli tersebut.

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

amvoi amvoi brutel gituh. no komenlah, ada aku kisah

Ayah Zain berkata...

Salam kak as,

itulah pasal. hehehhe

kalau citer hindi/tamil lagi pulak.

Ayah Zain berkata...

Salam atikah.

hahahah, jangan disangka air tenang tiada buaya.
layan, jangan tak layan

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Cerita 2 begini selalunya meleret2, geram bila dah ikuti last2 kesudahannya sakit hati..macam cerita cinta balqis tu..

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Sememangnya kita dinasihatkan untuk menjadi org yang baik hati, tiada hasad,dengki dan iri hati, suka menyambung silaturrahim dan jgn sekali2 menganiaya sesama makhlok..maka hiduplah kita dengan aman, ikut lah cara2 kehidupan Rasullullah SAW

sonata anak kancil berkata...

saya tak tengok drama2 ni!sekali sekala tengok - dah ntah byk episod ...tatau hujung pangkal....bila anak tengok...kita pun tengok la...tapi tatau apa2 pun...

Ayah Zain berkata...

Salam Kak sidah,

saya tertengok gitu2 jer kak sidah. tu yang menyampah tengokorang yang baik2 ni kena buli sahaja. Buat lah citer di mana orang baik2 ni tahu hak mereka. tapi bila jumpa hadis qudsi tu, saya dahmula berfikiran lain pulak.

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

tak kisah ler,nengok betul2 ke atau idak. hehehheh

mohad berkata...

berbuat baik kepada semua orang...

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

itulah yang perlu dilakukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...