090210: Tiba-tiba aku teringat kepada kalender meja pemberian temanku tahun lalu. Kalender ini ada di atas kabinet di bilik pejabatku. Lama sungguh aku tidak perasan kewujudannya. Istimewanya Kalender ini ialah tiada
jangka hayat. Kalender ini boleh digunakan sampai bila-bila. Kalender ini hanya mempunyai tarikh dan bulan sahaja tanpa tahun. Jimat bukan?
Itu dia kalender meja bermaklumat
Kalender ini adalah hadiah perpindahan daripada seorang kawan. Kawan yang prihatin kerana aku berusaha memperbaiki tahap Bahasa Inggerisku, juteru dia
mikirin apa yang bagus buatku. Sebenarnya kalender ini bukan sekadar kalender tetapi kalender pembelajaran Bahasa Inggeris. Itu sebab mengapa aku panggil
kalender bermaklumat. Disamping menunjukan tarikh dan bulan, tercatat
satu frasa ayat dalam bahasa inggeris. Satu hari satu frasa.Kalau 365 hari ada 365 frasa ayat. Kalau tak mahir juga tak tahulah. itulah hasilnya kepadaku,
since 365 days ago, i did'nt improve my English. Why? because I have not much time to use that calender. Sometimes I have forget to that calender. Itulah kalau diamalkan, maka semakin hari semakin bertambahlah perbendaharaan kata si pengamalnya. Namun, kalau tidak diamalkan ia hanya setakat penghias sudut meja, tiada makna juga.
Semalam aku meletakkan kalender meja disudut mejaku.
Sama juga semalam aku terlupa kepadanya.
Rosak-rosak
hari ini 10 Februari
ayat kita hari ini ialah 'comes in'
Comes in means is available in
Say this to show the different ways you can buy something
siap dengan contoh lagi.
'This phone comes in blue, white or black. Which one should I buy?
Kali ini aku berazam untuk beristiqamah mempelajari bahasa Inggeris. Bak kata ilmuan, Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain. Doakan aku berjaya.
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. (QS:al-Anbiya:21:79)
11 ulasan:
Salam AZ di pagi yg ceria...
Walaupun mama tak de pejabat rasmi, tapi kalendar meja mesti pi cari sampai ada , letak kat atas meja pc dan bahan bacaan ,he.he meja ni dekat dgn pejabat satu lagi..dapor!
Mama akan letak satu buku belajar bahasa Arab ..1 hari 5 sukukata..nama buku belajar Arab sambil ketawa....Hari tu dah buat dapat seminggu ...lepas tu buat tak tau pulak...ni nak dpt semangat AZ balik...
salam,
kelender meja ni best sbb senang kite capai bole dok belek2 lg ... bagusla dengan niat tu IP doakan moga lepas ni fasih speaking london tu
Salam Mama JU,
Bravo, saya doakan mamaju fasih berbahasa Arab x lama lagi. Sonang nanti bila ke Tanah Suci.
Masalhnya nak istiqamahkan MamaJu, satu hari buat, lama lepas tu buat semula.
Manakan bisa dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyong nye. ehh ruyong tu hape bpual
salam IP,
betultu, senang dicapai, dibelek2. masalhnya tak dicapai dan dibelek2 hehehehhe
makasih doakan saya
salam ayahanda,
kalau kat opis nie...tabel kalendar nie mmg penting sgt tuk anak anda...anak anda suka conteng2kan kalenda tu...letak note2 penting...& anakanda akan simpan kalender tu tuk tempoh 2 ke 3 tahun...anakanda tak reti tulis pada diary....buat seminggu..pastu tak buat dah....sama laa kes nya dgn blaja BI ayahanda tu... adakah kita nie pemalas ayahanda??? anakanda tak rasa kita pemalas...kita sebenarnya tidak disiplin...betul dah ayahanda?
salam ayahanda,
kalau kat opis nie...tabel kalendar nie mmg penting sgt tuk anak anda...anak anda suka conteng2kan kalenda tu...letak note2 penting...& anakanda akan simpan kalender tu tuk tempoh 2 ke 3 tahun...anakanda tak reti tulis pada diary....buat seminggu..pastu tak buat dah....sama laa kes nya dgn blaja BI ayahanda tu... adakah kita nie pemalas ayahanda??? anakanda tak rasa kita pemalas...kita sebenarnya tidak disiplin...betul dah ayahanda?
Salam Hanis,
hahhaha, mula-mula rasa seronok membaca komen anakanda, tapi last sekali..... bila kata tak berdsi[lin tu,tebal gak telinga ni. sebanarnya buka tiada disiplin tetapi tak ada kesungguhan a.k.a tak bersungguh
salam ayahanda zain : aper2 pon kalender yg paling glemer di alam semesta adalah kalender kuda. lengkap, semua ade, bulan islam, bulan cina, bulan india... sebut sajer... hahahah
tahniah AZ kerana berusaha nak memperbaiki kebolehan BI AZ tu.. bg sy, nak improve BI bukan hanya ade satu cara jer. banyak cara laen. sy lebih suka tgk cerita2 omputih kt tv ngan dengar lagu2 omputih kat cenel radio berbahasa inggeris. sedikit sebanyak.. dpt improve BI sy..
hahaha
Good Luck to you AZ...
Salam afeez,
betul, ada banyak cara. Ikut suka la. ada aku kisah. hahahhaha
Salam kak nab
thanks for ur compliment
Catat Ulasan