Isnin, 1 Februari 2010

Not My Day (part 2)

010210 : Aku berfikir aku dengar cakap enggang makan buah belulok? Ohh tidak. Aku tak mahu lagilah. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan excercise ke hotel penginapan aku. Aku menelefon kontraktor tersebut dan mengatakan aku sudah berusaha tetapi tidak berjaya. Kontraktor tersebut mengatakan tidak perlu susah-susah. Nanti bayar sahaja apabila balik ke Pontian. Aku akur.

Oklah aku sambung peribahasa seperti permintaan Umi Humairah, afeez dan yang mengkonpiuskan CP

Dengar cakap enggang, Makan buah belulok,
dengar cakap orang,terjun masuk lubok.


Peribahasa ini membawa pengertian :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

Aku meneruskan perjalanan ke Hotel. Namun aku kena melintas jalan Sultan Ismail yang sebok dengan kereta yang bertali arus. Jejantas tidak ada, cuma yang ada ialah Stesen Monorel.  Entah mengapa hati kecilku melarang aku melintas jalan. Gunakan jejantas. Aku terpikir stesen monorel mesti mempunyai laluan ke seberang. Aku memanjat tangga Stesen untuk ke seberang jalan. Lagi sekali tiada rezeki. Tiada laluan ke seberang. Petugas monorel mengatakan, seberang saja jalan itu. Aku turun tangga dan meredah jalan yang biasanya sibok dengan kenderaan. Dengan izin Allah, ketika itu tiada kereta, aku dapat menyeberang dengan selamat. Inilah yang dikatakan oleh Ayahanda Serenggenge dalam ulasan di n3 ku sebelum ini.

Sebelah petang selepas menziarahi ibu mertuaku di hospital aku teringat ke Low Yat mencari alat ganti konputer. Puas aku berkeliling di Low Yat, rambang mata mencari alat ganti tersebut. Akhirnya aku jumpai jugalah benda alah itu.

Hendak dijadikan cerita,  aku tergoda pula dengan iklan broadband Celcom. Agen Boradband Celocom baik punya usha aku. Bincang punya bincang dengan agennya aku mengambil keputusan untuk membeli satu pakej broadband tersebut. Nanti bila balik hotel bolehlah mengenit. Boleh lah layan blog. Nak tahu apa berlaku? Pendaftaran tidak dapat diteruskan kerana aku telah di blacklist oleh Celcom kerana gagal menjelaskan tunggakan bil pada satu talian telefon yang entah bila aku terminate. Very long time ago, I can't remember it. Tapi setahu aku, aku telah menjelaskannya. Agen itu memeriksa akaun aku dengan teliti dan sahih tiada tunggakan. Tapi Celcom tidak membuat kemas kini. Apa ke bendanya itu? Hati aku rasa sakit dan mendail nombor 1111 untuk kepastian. Jawapan tetap sama. Dia hanya mencadangkan kepada aku merujuk kepada center celcom. Chit!!!!!


Petang tadi aku menghubungi kawan aku atas puya kawan yang bekerja dengan Celcom untuk membuat kepastian. Jawapannya ialah, tiada blacklist. Entahlah, hapenya punya Celcom. Menci arrr (ikut cara cm)

aik? Mana pergi drivernya

18 ulasan:

Kak Sidah berkata...

Salam Az,

Semua dibuat tak kena ye az, kenapa..lah agaknya...menguji kesabaran betul

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

betul ler, hari sabtu lepas memaang bukan hari saya la. Semuanya hancusssss. Frust betul tak leh broadband tu.

sonata anak kancil berkata...

betapa liciknya seseorang untuk menggoda...pandai sungguh...tak dapat kita nak menepisnya...akhirnya itulah jadinya!

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

itulah pasal, ada juga hikmahnya kan?

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : broadband tu macam mana sekarang? bole gune ke tak... pulang balik je lah...

mama ju berkata...

salam az...

Habis sekarang macamana...dah sejuk ke...

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

mana jadi amik broadband tu, tak boleh daftar hari tu, blacklist.

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju,

sejuk apa tuh. Tak ada apa la. Saja nak cerita, saja nak share.

Che' Pit berkata...

nasib baik AZ tak terkujat takde driver.. mana tahu AZ tgk xde driver, AZ lak masuk kokpit jadi driver, huhu..

Unknown berkata...

salam AZ..

ummi lum pernah naik menda alah ( monorel) tu lagi . nampak dr jauh macam gayat jer.

Ayah Zain berkata...

salam CP

hehehe, tak do pulak den nak tokojut. eden naik bahagian belakang, driver dio ado kek dopan. ngeg ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

memang gayat tengok dari bawah.yo la menda alah ini lalu atas satu landasan gitu kan. Tapi bila naik,ok jer. kadang2 sikit gayat lah masa melalui likuan. Tapi ok, tahap keselamatan telah gerenti. Tapi kalau dah di takdirkan musibah, ................

rezeki berkata...

salam az

berhati2 melintas di jalan sultan ismail , gunakan jejantas atau zebra crossing kerana terdapat ramai penguatkuasa di situ yang akan menyaman , tak pasal2 kena rm 300

mmg setiap insan ada "bukan hari2nya" yg dah tertulis
semua dibuat pasti tak kena

Temuk berkata...

Salam bahagia sdra Zain
Usah terpedaya enggang beluluk
Burung nuri meniru kata
Tak semua membawa terjun ke lubuk
Sahabat sejati membawa bahagia.

Ada dengar broadband yg guna small attachments pd komputer tu tak jelas receptionnya. Agaknya pemandu monorel tu orang halus, ye? Ceria selalu!

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Saya memikirkan saman yang cari jejantas. Sebab sebelum itu dah beberapa kali .............., tp bila niat nak ikut peraturan tak boleh pulak heheh.

Ayah Zain berkata...

Salam Temuk,

hahahha, betul betul betul

Che' Pit berkata...

tapikan AZ.. not may day..
kalau yes my day, maknanya hari AZ ler, betul tak?

tapi sepanjang CP idup dah 29 tahun ni, x pernah lak dgr ada hari Zainuddin.. yg biasa CP tahu hari ahad sampai ler sabtu..

kompius lagi..

Ayah Zain berkata...

sALAM cp,

Hahahahha, betul la tu.

Memnag tujuan az nak bagi CP konpius. Lagi CP konpius lagu bagus. Tak gitu Afeez?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...