Isnin, 22 Februari 2010

Kota Damansara

220210: Salam sejahtera. Kalau bulan puasa kita dah masuk 10 hari  terakhir. Cepat suunggu masa berlalu. Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Februari. Senin depan kita akan berada di Bulan Mac. Tidak mengapa, memang sudah begitu masa tidak menunggu sesiapa.

Mungkin Ketika ini aku sedang berada di Lebuhraya Utara Selatan. Aku menghala ke utara Semenanjung. Kali ini bukannya CCM tetapi tugas rasmi. Kami berlapan menaiki dua buah kereta. Mungkin lewat petang akan sampai ke destinasi di Sempadan Perak dan Kedah malah dengan Pulai Pinang. Urusan kali ini selama 4 hari. Kita akan jumpa lagi pada hari Jumaat nanti. Insya Allah.

Dengan adannya benda alah ini, perjalanan aku begitu mudah. Set sahaja destinasi kita akan sampai tepat ke destinasi. Rupanya destinasi ke taman-taman perumahan amat mudah berbanding kalau ke kampung-kampung. Ini kerana taman-taman perumahan adalah kawasan yang telah diaturkan. Contohnya destinasi aku pada hari Sabtu lepas (20 Feb 2010) ke Taman Perumahan begitu mudah. Tepat sampai ke pintu rumah.
Inilah rumah yang dituju. Tuan rumah  agak terkajuit, tiba-tiba aku dah sampai. Ni betul-betul terjahan yang berjaya.
Seriusnya. Khusuknya. Bincang apa tuh.

Sementara kami selesaikan urusan. tuan rumah menjamu selera kami dengan cucur. Sedap. Sedang sedap makan,  Hanis pulak telefon, depa tengah buat mini gathering, awat lambat habaq kalu idak boleh gak az meramai dan menyerikan majlis hampa itu.



Nak kemana pulak tu. Heheheheh
Nak balik le.
Terima kasih abihanan dan Umi Humaira
Lain kali jumpa lagi yer.
Asalamualaikum
Salam Ceria

20 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

dah khatam ke belum gadjet tu ?

aznaz berkata...

salam rezeki...

belum kot...heheheheheh sebab baru sepruh mesia az pusing ..lum round satu mesia..?hehhheh


walsm

rosli berkata...

Salam AZ,

Semalam saya tunggu jugak....hari ni dah kat office....apapun you are most welcome

Unknown berkata...

salam AZ...

MASYAALLAH .. rupa2nya rumah ummi sendiri yg kena terjah .. memang ummi terkejut betul , pasal Rahmat tak ckp AZ nk jumpa dia ,masa AZ minta alamat konon nk set dlm pijat tu, ummi n anak2 tgh mengembur kt dapor ,konon nk mengemas la tu .tu dia ,kelam kabut simpan balik mana yg sempat .

apa2 pun timekasih AZ kerana sudi jengah rumah kami n maaf tak sempat sediakan makanan istimewa pun .
jgn le serik dtg lg lain hari .

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : awat tak tapau cucur tu sikit.... nampak macam sedap jer

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Apa yg dibincangkan tuuuuu

mukin nak baiki lagi blog kuttt

Wassalam

Unknown berkata...

salam AZ ..

tumpang lalu ..

afeezz .. hang makan sampai tak ingat nk balik dr Shah Alam hari tu lg sedap kan kan kan . tu pun akak dpt cerita dr hero yg lg sorang tu ler .

cucuq tu main campak2 jer mana yg ada bahan , tp kalu nk rasa hasil air tangan akak , mai la lain kali , tp bgtau dulu ek jgn guna pijat tau , terkejut ,he he he
tau2 AZ talipon dh ada dpn rumah .

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

hanis minta maaf...actually tiada perancangan yang betul2 pon tuk berkumpul aritu...actually kami group England nie aje mula nya...tp biasa lah...kumpulan england kami nie kan ade dua org penasihatnya...so...dua org penasihatnya tu kira jemputan khas laaa pada hari tu....hanis minta maaf sesangat ye ayahzain...lain kali habaq awal2 kat kami kalau ayahzain nak turun sini..leh kami juga membuat jemputan khas tuk ayahzain...

kak ummi...hanis tak leh wat terjah2 camtu..hanis takda pijat...so jgn risau..insyallah 1 day hanis akan sampai juga ke umah akak tu...

S berkata...

salam,

AZ, kali ni mai la terjah umah kak S.
kalau ada rezeki boleh makan laksa.

S berkata...

salam,
Ummi, si PIJAT tu bahaya noohh. derol mana pun dia boleh bawa p. alahai PIJAT.

sinomosa berkata...

Salam Ayahanda,

Wow hebat Ayahanda sekarang dah ada pijat tue?
Bak kata Hanis, kalo turun sini lagi sound le kami..bleh bjumpa2 lagi..

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

hhehe, ni tengah belajar, lgi ni

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

ma kasih bagi jawab bagi pihak az. heheh

Ayah Zain berkata...

Salam Rosli,

tu le, Rosli tak bagi alamat,macm mana nak terjah. hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

hehehhe, saja nak uji pijat tu, berfungsi ke idak. Alhamdulillah.
Bab makan, no problem, itu dah memadai.Sedaplah cucuk itu.
Makasih jajan yang dibagi,az datang berlenggang saja.

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

memang sedaplah cucuk tu. Umi memnag pandai buat cucuk

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

ehheh, macam-macam dibincangkan.

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

no problem, tak ada hal (ada aku kisah) hehehhe. Gurau u. Petang tu macam2 nak di uruskan. Lepas ngan abihanan g amik anak kat uia pulak.

Ayah Zain berkata...

Salam kak s,

Insya Allah. Nanti az usahakan ke sana. ralat gak tak singgah jitra hari tu.

Yer pijat boleh p mana2. Nampaknya az kena khatamkan lagi benda alah tu.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinimosa,

hhehe, boleh lah. benda udah ada,so gunakan aje la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...