Rabu, 17 Februari 2010

CCM_1 - Penantian itu menyiksakan

170210 : Dua minggu lepas aku mendapat panggilan telefon daripada adikku yang tinggal di Lumut mencadangkan kepadaku agar ke Langkawi sempena cuti tahun baru Cina.  Tempat tinggal sudah diuruskan. Duit deposit hotel juga telah di bayar. Mahu tidak mahu aku menuruti walaupun aku tahu ke Langkawi satu perjalanan yang jauh. Satu kejutan ialah check in hotel pada sabtu 13 Feb. 2010 sedangkan 12 Feb aku masih bekerja. Mak datuk, how do i do? 

Aku balik berbincang dengan mrszain. Nak turut serta atau tidak? Anak-anak macam mana? Cuti tahun baru China hampir 5 hari. Tak kan nak tinggalkan mereka di rumah. No no no.......Mrszain menelefon anak-anak ......... alhamdulillah, anak-anak mahu menuruti kami tetapi kuliah masing-masing tamat pukul 5 petang 12 Feb. 2010. Setelah mengambil semua faktor, Keputusan nya, kami akan berangkat dengan kereta pada petang jumaat selepas tamat waktu pejabat.

Hari ditunggu tiba. Tepat pukul 5 petang aku 3 beranak bertolak ke destinasi yang dituju iaitu UNIKLMIAT, Sepang. Di sana 4 orang anak aku akan menunggu untuk meneruskan perjalananan ke Kuala Perlis.Namun beberapa kilometer daripada Yongpeng berlaku perkara yang paling aku tidak sukai. Boleh menaikan darjah kestresan aku.  Tak apalah..... Jadi n3 aku kali ini membawa tajuk CCM. Apa itu? hehh Cuti-cuti Malaysia.


Tiba-tiba jalan sesak. Deretan kereta berjalan perlahan, kadang kala tidak bergerak. Very heavy traffic. I dont like this situation.
Aku rasa lebih 5km keadaan begini. AKu hanya bersabar dan berzikir dalam hati agar Allah memudahkan perjalanan kami sekeluarga..


Aku sampai di satu point. Begitu sesak sekali.  Apa yang berlaku? Kemalangan? Betul, satu kemalangan berlaku, tetapi bukannya dari arah selatan. Kemalangan berlaku daripada arah utara. Mengapa pulak sesak daripada arah selatan. Itu membingungkan aku.
Ada aku kisah? Rupanya sikap pemandu yang menyebabkan kesesakan itu berlaku. Pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.
Tuan-tuan, puan puan, adik kakak. Cuba lihat mana ada banyak kenderaan. Selepas itu aku memecut laju kereta. Heheheh. Tetapi masih antara 110-120km sahaja. Perjalananan aku terlambat hampir 1 jam. Aku sampai di UNIKL Miat pukul 8.30 malam untuk berhenti solat Jamak takhir Maghrib dan Isyak dan seterusnnya menikmati makan malam di Cafe UNIKL-MIAT. Pukul 10.00 malam aku meneruskan perjalanan bersama-sama 5 orang anak-anakku. AKu menggunakan semaksimum tempat duduk MPV aku itu.

Perjalanan kali ini mendapat panduan daripada pijat yang dibeli melalui suami umi umaira. Anak aku yang mendapat taklimat penggunaan daripada abihanan telah mengendalikan pijat tersebut. Destinasi telah ditemui dengan jarak dari UNUIKL-MIAT ke Kuala Perlis lebih 400km. Pijat mula mainkan peranannya. Bagi arahan.......... Jangkaan tiba ialah 3.00 pagi. Namun keadaan trafik tidak membenarkan kami sampai tepat pada waktu itu. Kami sampai pukul 5.30 pagi kerana kesesakan trafik di beberapa lokasi terutamanya antara tol Bidor ke Tapah dan beberapa lokasi lain. Di setiap R&R amat sesak dengan kereta dan pengguna lebuhraya.

Di Kuala Perlis kami bersarapan di Restoran hadapan Jeti Kuala Perlis, solat Subuh pada pukul 6.30 pagi di surau jeti sementara menanti feri pada pukul 8.00 pagi.

Sedang menunggu
Bergerak ke feri

Relaks. Tapi tak macam new titanic la
Sedang menunggu kereta
masih menunggu kereta sewa.

masa banyak digunakan menunggu. Menunggu feri, menunggu naik feri, menunggu keluar daripada feri, menunggu kereta sewa dan sebagainya. Semua proses itu cuma selesai selepas pukul 11 pagi. Selepas ini menunggu pula untuk check in hotel.............

25 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ..

penantian menguji kesabaran

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

Penungguan satu penderaan emosi yang teramat sangat. hehheh

sonata anak kancil berkata...

memang masa banyak dihabiskan untuk menunggu...apa nak dikata...kalau boleh guna tikar terbang - zam al-kazam....he3x cepatla tiba ke destinasi....!sabo - sabo aje le...

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : menunggu itu satu penyiksaan. sy tak suke menunggu, especially menunggu orang yang dah berjanji... sekian terima kasih

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

sabar itu separuh daripada iman.

naik tikar terbang dalam mimpi jer. hahahah

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

amvoi amvoi sopannya anak aku malamni.siap terima kasih gitu.

Siapa le yang suka berjanji tetapi tidak di tepati

Atikah berkata...

Salam Az...

bestnya ccm... langkawi lak tu... tak pernah sampai sana...

shami2 berkata...

Salam AZ...

Alhamdulillah AZ selamat sampai ke Langkawi...

Saya kalau balik kedah musim2 perayaan lebih selesa ikut jalan lama rawang sampai tapah..heheh sbb stress dengan trafik jam...kadang2 lebih cepat dari pengguna hway...hehhe

Ikut jalan lama nih macam jalan raya kat kg...heheh jap dah sampai...tak der kete mencucuk kita dari belakang yg bole buat kita stress jugak tuh...

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

Memang ok ke Langkawi. Nanti ada kelapangan, sampailah Tikah ke Langkawi.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

Ada sekali tu, az melencong dari Slim river ke bidor sebab nampak jalan sesak. Namun time nak sampai ke Bidor, jem juga sebab ada trafic lite

Lain kali nak coba exit tol rawang untukke bidor.

rezeki berkata...

salam az

mmg hari tu dan hari2 berikutnya , highway mcm sardin, sesak


ambo sekrg kat kijal, trengganu he he

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

itula, nak buat macam mana kan?

wow,dok kat awana kijal ke. Best tempat tu.

shami2 berkata...

Salam Az...

Yer lah az tu kalau dah kuar tol rawang tu tak yah ler ke bidor pulak..naik jerlah kat atas bukit rawang perdana nih....pekena teh ngan roti mayat...aaar..aper di kesah...heheh

pas tu turun bukit ikut jalan lamer ke selayang tu call ler tuan punya CT nur...ade barang dia nak offer tu..hikks

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

yer ker. Ok, next time kalau ter kesana, no problem,bisa di atur.

psssssst: siti nur nak offer apa tuh.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Alhamdulillah AZ sekeluarga selamat dlm perjalan

Susah dahulu
kemudian enjoiii

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

yer.memnag betul.Lepas semuanya selesai,bermulalah episod bersukaria,cuti cuti malaysia

Cikgu Yang berkata...

Wou!! Bestnyer CCM.

Ayah Zain berkata...

Salam Cikgy Yang Azmah.

Ma kasih singgah yer.

alhamdulillah. Allah punya kuasa yang menyampaikan hajat kami sekeluarga

Ayah Zain berkata...

Salam Cikgy Yang Azmah.

Ma kasih singgah yer.

alhamdulillah. Allah punya kuasa yang menyampaikan hajat kami sekeluarga

rosli berkata...

Salam AZ,


Saya pernah lalui perjalanan lama begitu lama dulu, destinasi yang sama dan bot kat jeti pun lama....lesu di buatnya....nasib baik dalam langkawi tidak mengecewakan...

rosli berkata...

Salam Az,

Terlupa, yg pntg dapat bersama keluarga ,tu yang paling best

Ayah Zain berkata...

Salam Rosli,

bersama keluarga memang menyeronokan.

pengalaman di langkawi memnag tidak mengecewakan. berbaloi

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alahmdulilah..yang penting dah selamat sampai ke destinasi diidamkan..syukur alahmdulilah..

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

alhamdulillah, syukur.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam AZ,

seronoknya bercuti bersama anak2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...