310510: Selepas sarapan pagi pada pukul 8.15 pagi kami berangkat menuju ke Kundasang, iaitu di mana letaknya kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Jalan penuh berliku seperti ular kena palu. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan panorama alam yang sangat cantik. Begitu indah ciptaan Tuhan yang esa. Tidak perlulah aku menceritakan keindahan alam maya terbentang luas saujana mata memandang. Lihatlah keindahannya:-
dari kejauhan Gunung Kinabalu,
Gunung Tertinggi di Asia Tenggara melambai kedatangan kami
namun ketika itu awan tidak membenarkan kami menikmati puncak tertinggi ini
Taman Kinabalu
Dari sini kami menaiki bas khas ke Tapak Pendakian
bayaran masuk Taman RM 3.00 dan perkhidmatan bas Gunung RM8.00
whoops bukan bas di atas arr, itu bas UiTM yang membawa kumpulan siswa/i dalam program Motivasi mahasiswa/inya.
semuanya ceria dan teruja
ini dia bas gunung
sempat bergambar kenangan
di sinilah point pendakian bermula
Rekod Pertandingan mendaki Gunung kinabalu
lihatlah pencapaian warga Malaysia
Peta pendakian ke Gunung Kinabalu
ni nak buat apa pula?
Kami dimotivasi mencuba untuk setinggi 1KM mendaki
bayaran RM5.00 dikenakan
sebahagian ahli rombongan kami mula mendaki Gunung Kinabalu
Mula-mula menurun lurah hehehh
Boleh senyum lagi tuh
SubahanaAllah, cantiknya air terjun ini
Akhirnya hanya 7 orang sahaja yang sampai ke paras 1KM
wow, termasuk dua orang kanak-kanak tu
yang lain hanya berjaya setakat 0.5KM sahaja
Alhamdulillah.
Untuk mendaki Gunung Kinabalu, tempahan adalah diperlukan kerana tempat penginapan yang terhad kepada 200 orang sahaja. Pendakian mengambil masa dua hari di mana pendaki perlu bermalam di Laban rata di paras 6KM. Daripada point ini, pendaki akan mula mendaki pada pukul 2 pagi dan dijangka sampai pukul 4.30 pagi. Pendaki dibenarkan berada di puncak Gunung Kinabalu selama 15 minit sahaja untuk memberi laluan kepada pendaki yang lain kerana ruang yang sangat terhad.
AHLI PDKM - bagaimana? ada berani untuk program mendaki Gunung Kinabalu?
Atok Rozali mungkin boleh uruskan program ini, tak gitu atuk?