Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu

160510
Hari ini Hari Guru
Selamat hari guru Cikgu
satu nama keramat
yang tidak akan luput
selagi ada maya
 selagi itulah
nama guru disebut
sampai ke mati
nama guru bermain di bibir
ooo itu kubur cikgu sipolan
dia baru meninggal semalam
baik cikgu itu
budak-budak suka dengan cikgu itu.

Dulu
guru di anggap mulia
tiada yang berani mempermainkan guru
kata si bapa
cikgu
inilah anak saya
cikgu buatlah apa yang yang cikgu suka
asalkan jangan buta
asalkan jangan patah
asalkan jngan cacat
saya serahkan bulat-bulat anak saya kepada jagan guru

namun kini
zaman telah berubah
cikgu hanya menjadi alat
memandaikan pelajar adalah tugas guru
kata bapa
cikgu ini anak saya
saya mahu anak saya pandai
jangan disentuh anak saya ini
kerana saya sendiri tidak pernah menyentuhnya
saya tahu anak saya cikgu
anak saya ini tidak akan buat salah
Cikgu jangan menuduh anak saya sembarangan begitu
saya yang membesarkan dia di rumah
dia tidak akan membuat kesalahan itu
kalau dia buat salah , dia akan mengaku cikgu.

Hari ini
16 Mei 2010
Hari Guru se Malaysia
Guru Pembina Negara Bangsa
Henfon para guru tidak henti menerima pesanan ringkas (sms)
pelbagai kata-kata perangsang diterima
baik daripada kawan sejawat ataupun bekas pelajar
hati guru kembang seketika  menerima pujian
Di sekolah perayaan Hari Guru di sambut mesra
dengan majlis yang dianjur begitu rupa
para guru akan menerima kuntuman bunga
tidak lupa cenderamata daripada anak-anak pelajar
di sata itu hati guru kembang berbunga
tidak menngapa
segala penat lelah akan terubat seketika
hanya senyuman mesra dan ceria
begitulah hidup guru
tak lari daripada suka dan duka
pahit manis ditelan sahaja
tiada balasan yang dipinta
jauh sekali meminta-minta
cukuplah dengan kejayaan anak-anak didiknya cemerlang
menjadi orang yang berguna
seperti angkasawan negara
seperti pemimpin negara
tanpa guru
tiadalah kejayaan tercipta
jangan dilupa
semuanya itu bermula
daripada seorang insan yang bernama guru
 hati guru senang dan gembira
itulah hadiah paling bermakna
apabila mereka mencipta nama
gurulah yang paling gembira.


AZ mengucapkan tahniah kepada Muqarabbin (Penaklok Gunung Everest)
dan isterinya (Nabiha) dengan kelahiran puteranya yang bernama Thariq Alfatih  pada jam 5.16 petang (16 Mei 2010)  tadi di Tropicana MC, Kota Damansara.

14 ulasan:

Azima berkata...

Assalamualaikum AZ,

Semoga Az sihat2 jer...

"Hendak berburu ke luar kota..
Seluas alam bumi terbentang..
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tidak berbintang"..

Betul tu Az..jasa guru harus dikenang....

Tahniah buat saudara Muqarrabin & isteri

Nazir Amin berkata...

Salam Az,

selamat hari guru...

wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Azima

Baguslah azima. Hidup Azima

Ayah Zain berkata...

SalamNazir

Terima kasih atas ingatan

mama ju berkata...

Salam AZ

Sekali bergelar guru selamanya dipanggil cikgu!Selamat selamat untuk mereka semua.

Oh Muqarobin dah dapat anak? Syukurlah...

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju

betul tu mamaju. x salah lagi

yup si kobin dah dapat anak. rasanya baru sangat dengar yang anak pertmanya dulu meninggal. Ni dah dapat balik semula. Allah maha kuasa.

Petang tadi dia sms az. tu yang tahu. az pun x sangka dia msg. kerana terlalu suka dia msg semua kot hehheh

rezeki berkata...

salam az

selamat hari guru

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

selamat hari guru.

shami2 berkata...

Salam AZ..

SELAMAT HARI GURU...AZ
ADA HADIAH ISTIMEWA DARI ANAK2 MURID KER....HEHEHHE

ummu berkata...

salam AZ
" * Guru umpama NTV7 kerana “CERIA SELALU…”, Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana “MENJADI INSPIRASI HIDUPKU…” yang pasti guru juga bagaikan NT9 kerana “DEKAT DI HATI” dan yang paling penting guru juga bagaikan ASTRO kerana “MACAM-MACAM ADA” oleh itu “SELAMAT HARI GURU”

tahniah untuk Muqarrabin dan isteri sekeluarga.

Ayah Zain berkata...

Salam CR

Selamat Hari guru juga kepada CR

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab

Selamat Hari Guru juga kepada Kak Nab

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2

Hadiah?

Hehehh setakat ni tak ada lagi. Tapi semalam dapat cokleat daripada emak pelajar dan tadi juga dapat dari ketua guru asrama.

Ayah Zain berkata...

Salam Qaseh Mas (QM)

hahah, sms ni paling banyak dapat semalam. Macam-macam ada.

psst: az masuk blog QM tadi tapi belum siap yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...