130510
Hari ini penuh bersejarah
Sejarah lipatan lama
41 tahun sudah berlalu
tidak sedar sudah melewati 4 dekat
tiada siapa lagi yang mengingatninya
kalau teringatpun hanya dalam hati sahaja
buat apa di kenang kisah lama
jadikan sempadan masa
ambil sebagai iktibar
semoga kisah hitam tidak berulang kembali
itulah berkat hidup bermuafakat
bertimbang rasa amalan utama
namun adakah kita sahaja yang betimbang rasa
bagaimana dengan saudara yang lain
adakah keikhklasan menjadi keutamaaan
kebijaksanaan kepimpinan menjadi tunjang
jangan nanti ,menang sorak
bagai pak kadok
ayamnya menang kampong tergadai
lembayung senja yang indah menyinari alam maya
cahayanya begitu indah
begitulah ciptaan
yang maha esa
10 ulasan:
salam..
cm sedar tarikh ni,cikgu sejarahkan,,,tapi di universiti isu dan topik ni tidak dibenarkan dibincang secara terbuka demi menjaga sentiviti kaum ,akibatnya tragedi 13 mei dipandang sepi...tapi learn from history kan...belajar dr kesilapan...apapun tragedi 13 mei telah membawa kepada pengamalan rukun negara,,,
Salam CM,
syyyyyyyyyy, jangan cakap kuat-kuat. az sedar tu. heheheh
salam from Makkah..
masa peristiwa tuh..cl berada di Kem trendak Melaka..arwah abah ada di Sabah...
wsalm
kak nab ingat peristiwa ini, waktu tu F3.. :((
Aslkm AZ
13 mei yang penuh tragedi....
Salam CL,
kehidupan beberapa hari itu mencemaskan. Ketika saya berada dalam darjah 6. pukul 6 petang duduk dalam rumah aje kerana perintah berkurung
Salam Kak Nab
maknanya kak nab mesti familiar peritiwa ini. Az ingat2 lupa suasana masa itu sebab masih budak2 lagi
Slam Mamaju
betul tu
Assalamualaikum AZ
ramai pak cik pak cik kat pejabat ni cerita kisah 13 may
seram sejuk jugak dengarnya
Wassalam
salam rozali,
yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan
Catat Ulasan