050510
Ada sesiapa duduk di sini? Aku bertanya kepada seorang lelaki yang sdang makan di R&R Nilai arah Utara. Masa itu kebanyakan meja dipenuhi pelanggan. Sukar sungguh untuk mencari tempat kosong ketika waktu puncak ini. Di sana penuh, di sini pun penuh.
Tidak ada. Encik boleh duduk. Jemput lelaki itu dengan sopan.
Terima kasih balasku. Aku pun melabohkan punggungku di kerusi yangk kosong itu.
Lelaki itu terus menikmati juadahnya.
ooo ada siput sedut. Gerai mana encik beli? Saya tidak nampak pulak tadi. Aku memulakan perbualan dengan lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum.
Encik dari mana dan hendak ke mana? Katanya.
Saya hendak ke Pontian. Saya daripada Kuala Lumpur.
Saya pun daripada Pontian. Benut. Saya hedak ke Johor Bahru. Saya memandu lori. Lelaki itu memperkenalkan dirinya. dan kami berbual samil menikmati juadah masing-masing. Lelaki itu bercerita mengenainya dengan ramah sekali. Ibu bapanya sudah tidak ada. Dia sebatang karah. Pernah berkahwin tetapi kini telah menduda sejak beberapa tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak yang dipelihara oleh bekas isterinya yang telah berkahwin lain. Dia masih menduda kerana serik untuk beristeri lagi lantaran tindakan bekas isterinya. Maklumlah sebagai seorang pemandu lori, beliau jarang dapat bersama isterinya kerana sentiasa 'out station' menghantar barang yang di arahkan kepadanya. Daripada selatan ke Kuala Lumpur, daripada Kuala Lumpur Ke Utara dan sebgaainya. Namun seminggu sekali dia akan meluangkan masa bersama isterinya.
Panas yang di sangka hingga ke petang rupanya tidak kesampian. Hujan di tengah hari. Begitulah resam hidup berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit.........
Rupanya Isterinya kesunyian kerana sering keseorangan, di tambah lagi dengan adu domba pihak ketiga, isterinya memohon untuk dilepaskan. Puas sudah dia memujuk, bersabar namun keputusan isterunya tetap sama, mahu dilepaskan.
Apakan daya, lelaki itu dengan berat hati lelaki litu melepaskan isterinya. Biarlah dia membawa haluannya sendiri. Sebagai pemandu lori, apalah sangat yang boleh diharapkan kepadanya.
Dia terus bercerita sehinggalah ia selesai menghabiskan makanannya. Habis makan lelaki itu minta diri untuk meneruskan perjalanannya. Aku menghabiskan pula makanan aku yang berlaukkan daging salai. Aku kalau berjumpa daging salai, tidak akan memandang kepada lauk yang lain. Namun kali ini aku tambah dengan telor itik dan sayur taugeh.
Habis makan, aku ke surau Stesyen Syell bersebelahan dengan R&R tersebut.
Di takdirkan aku terlihat lelaki makan bersama aku tadi sedang solat zohor. Aku mengambil wuduk dan bersembahyang jamak zohor dan Asar. Aku dapati lelaki itu sudah selesai solat dan berwirid.
Selesai solat, aku mendapati lelaki itu masih berada di tempatnya dalam keadaan berwirid. Sebelum aku solat tadi aku dapati dia masih berwirid. Lamanya dia berwirid. Ruginya bekas isterinya kerana meninggalkan seorang lelaki yang taat kepada perintah Allah. Namun semuanya adalah kehendak Allah. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Semoga lelaki itu akan mendapat jodoh yang sesuai dan memahaminya.
Lelaki itu
23 ulasan:
salam from Makkah...
bestnyer daging salai az tuh...nak cikit..
ituhlah dia lumrah kehidupan yang harus kita tempuhi dengan tenang dan redha..
waslam
salam...
ayah zain....
sedapnya menu ayah zain makan...
tentu ada hikmah disebalik yang berlaku pada lelaki itu..
tenang dan redha dengan apa yg terjadi kerana allah sebaik2 perancang.. siapalah kita yg hendak menindakkan perancangan allah itu...
Salam AZ..
Lelaki yg baik utk wanita yg baik...
Mungkin wanita itu inginkan kemewahan dunia..
Tapi bila kita bersyukur dan redha gdn apa yg telah ditakdirkan...semuanya akan jadi indah..
Az..mungkin bekas isterinya tak nampak apa yg kita nampak..
salam
hmm saya sambung pendapat azima...mungkin kita tak nampak apa yg bekas isterinyer nampak...kita cuma org luar yg baru mengenalinya sejam dua,berbanding dgn isterinya yg dah hidup bertahun-tahun,jodoh mungkin tak panjang,allah pinjamkan padanya,,tiada manusia sempurna dan semua orang berhak bahagia,mungkin bahagianyer datang bila bersendiri,dia lebih rapat dgn tuhan..
cerita ni menyentuh hati tapi percayalan setiap manusia pasti diuji..
salam AZ : cerita ni macam dalam drama swasta plak... tp ni kesah benar...
Salam lie,
abang memang pantang jumpa daging salai. tapi takleh lawan mrzain n emak abang masak hehehh.
apa nak buat kan,dah ketentuan yang maha esa
Salam mylife\
menu hari tu tak berapa sedap. hehhe
betul tu
Salam azima,
mungkin juga la. kita hanya mendengar drpd pihak dia, kita tak tahu drpd ihak isterinya
Salam CM,
ayahzain x pandai nak cerita macam CM.
Memnag betul tu, kita taktahu apa yang berlaku. mungkim berpunca drpd lelaki juga.
Salam afeez,
memang betul tu afeez. sebenarnya apa yang digambarkan dalam drama itu adalah kisah sebenar masyarakat. di buat utuk jadi iktibar kepada kita.
Salam mama ju
itulah dia asam garak kehidupan yang menjadi satu catatan perjalanan seperti yang terpapar dalam my stories
itulah rencah2 dalam asam garam kehidupan...kdg2 termasin - kdg2 termasam....banyak benar ter nya....
Salam SAK
kadang-kadang tertawar lupa masukkan garam, kadangkala nak masukkan gula tetapi termsuk garam hehehehh
salam az
saya jarang singgah makan kat R&R heheheh
itulah kehidupan yg sementara, ujian dan rintangan menjadikan kita lebih kuat, kalau tidak kita pasti kecundang jua
salam AZ,
pengalaman orang kita pandang2, kita dengar2 dan kita fikir2kan!
Salam Az...
Peceraian telah membawa lelaki itu dekat dengan Tuhan..alhamdulillah
Beristeri bukan untuk ditinggal2kan..selalu tambah2 kalau isteri tu duduk sorang2 tak ada keluarga dan kawan2 baik..yang sentiasa memberi dorongan dan perhatian.
mungkin jodoh yang lebih baik buat lelaki itu telah pun ada dalam pencaturan Allah Taala..mudah-mudahan bahagia akan bertamu jua padanya...dan pastinya lelaki itu akan lebih peka akan segala kekurangannya...suatu masa dahulu dan menambah baik sebagaiman sepatutnya...bagi mengelakkan pisang berbuah 2 kali hehehe
Terpanjang pulaklah AZ...huuhu tajuk meriahkan...
Salam az...az ini memang peramah orgnya...mudah org beramah mesra. Sedap juadah tgh az. Daging salai memang sedapkan...kalau cecah dgn budu pun sedap.
Pemuda itu baik orgnya, membaca kisahnya membuatkan diri merenung sejenak, entah bagaimanakan nabik saya akan datang.
Setiap mahluk Allah dimuka bumi ini telah dijanjikan rekezi dan telah ditulis segalanya sebelum roh ditiupkan ke jasad lagi.
Kena yakin janji Allah. dan bersyukur. InsyaAllah.
W,salam
Salam Rezeki,
oooo tak pernah singgah kat R&R yer. whoop! jarang. Jagindas Rezeki tu kuat lari, sekejap jer dah sampai.
yer lah, hidup hanya sementara namun senyum dan harapan masih menanti dalam sehari dalam hidupku
Salam kak nab,'
betul tu, semua cerita itu kita jadikan iktibar dalam kehidupan kita
Salam shami2,
semoga lelaki itu akan bertemu jodoh yang dapat memahami krjaya nya sebagai pemandu lori
Salam MI,
tak semua orang boleh berceriya dengan az, kadang2 mereka takpandang pun kat az ni. heheheh
jangan risau tentnag jodoh MI, serahkan sahaja dengan ketentuan Allah.
Tapi kena usaha juga ........ jodoh tak datang bergolek
Salam AZ,
Sambil makan di R&R pun dapat dengar kisah benar. makanan sedap, ceritanya menarik.
Ujian datang dalam pelbagai cara..
Ujian itu untuk kita muhasabah diri.. Perkahwinan yang bahagia pun..ada ujiannya.. dalam perkara yang berbeza.
Terima kasih dengan N3 itu.
Salam nadz
secara kebetulan sahaja. x sangka pula dia boleh cerita. Saya hanya mendengra dia bercerita.
Catat Ulasan