300510:
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bersuara kembali.
Dapat aku menggerak-gerakkan semula jari jemariku
menggerakkan semula mindaku di alam maya
alam yang tiada sempadan
bisa saja ia menerobos ke daerah kalian
walau di mana jua anda berada
Terima kasih tidak terhingga
kepada teman-teman yang sempat menjengok teratakku
walaupun tidak berpenghuni
namun masih dapat meluangkan masa menziarahi teratak ini
Manzlie, Nadz, Rozali, Mama Ju, Azima dan Kak Nab
antara beberapa nama yang tidak jemu menziarahi
terima kasih tidak terhingga
Beberapa hari ini aku tiada di alam maya
kerana bersama-sama teman sekerja
ke suatu daerah yang lain
merentasi Laut China Selatan
ke Negeri Di Bawah Bayu
Alam yang masih hijau
dimegahi dengan kemuncak tertinggi di rantau ini
aduh, hati berbunga tidak terkira
kerna pertama kali menjejak kaki
ke negeri majoriti KDM
Budi tuan tidak dilupai
ada masa ke sana lagi
Doa perjalanan permudahkan kembaraan
muka penuh ceria
Anggota rombongan memulakan cerita
check in bagasi
penantian itu satu penyiksaan
mana tempat duduk aku ni
now everyone can fly
Selamat sudah mendarat
Disambut dengan tangan terbuka
Taklimat dan selamat datang daripada Pemandu pelancung
ke tempat penginapan menjadi tujuan
melepas penat seketika
besok jadual aktiviti akan dipenuhi
Kami bertolak pada pukul 6.00 petang 26 Mei 2010 dengan 31 ahli rombongan yang terdiri daripada 26 dewasa dan 5 kanak-kanak. Sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Senai Johor pada pukul 8.00 malam dengan masa perjalanan hampir dua jam termasuk makan malam di perjalanan.
Proses pemeriksaaan perjalananan dan imegresyen berjalan lancar namun masa penerbangan tertunda hampir satu jam. Waktu penerbangan ialah pukul 11.00 malam dan sampai di KKIA Terminal 2 pada pukul 1.00 pagi. Di KKIA, proses tuntutan bagasi juga memakan masa agak lama. Memang menguji kesabaran namun tidak mengapa. Di Luar terminal telah tersedia pemandu pelancung kmai yang ramah. Hati kami begitu senang dan ceria tatkala bersama beliau. Kami di bawa menaiki bas ke tempat penginapan kira-kira 25 km dariupada Bandar Kota Kinabalu. Kami Sampai di tempat peninapan pada pukul 2.00 pagi.
18 ulasan:
salam from Makkah..
best nyer jalan jalan sambil berlajar...
waslam
Assallamualaikum AZ,
ohh pergi jalan-jalan ya.. seronoknya dapat ke sana.
Sempat ke Kinabalu ka? semuga terus sihat untuk sama menceriakan alam blog.
Salam Manzlie,
alhamdulillah
Salam Nadz,
yer Nadz, pergi jalan-jalan. Lawatan sambil belajar. Alhamdulillah.
Kinabalu? sempat. kat kaki gunung ejer. heheh
Assalamualaikum AZ
banyak beli mutiara untuk Mrsaz
butang baju melayu jangan lupa beli
Wassalam
Aslkm AZ
Seronoknya dapat jalan2 ...
Ada ke org menerima dengan tangan tertutup?
Nanti cerita lagi keindahan kaki gunung Kinabalu!
wow bestnya...melawat sambil belajar ke atau belajar sambil melawat? saya akan ke Tawau bulan 7 menghadiri kenduri kawen!
Salam Rozali,
mutiara? heheh, mrszain x suka mutiara. Butang baju melayu ada. Malangnya belum pakai lagi dah tercabut mutiaranya. kakakakaka
Salam Mama Ju,
heheh, ada ja nak ngusik. ada dengan tanbgan tertutp yakni, muka dia asyaem. itu yang tertutup heheheh
Salam SAK,
bila kita melawat kita dapat idea, dr situ kita belajau. ha gitu.
yer ker, Tawau pun bset. az belum smapai lagi ke sana
Salam ya Haji...semoga perjalan semuanya selamat
Salam Hj,
Alhamdulillah. Semuanya ok. Berkat doa Hj, kami semua selamat pergi dan balik.
salam AZ,
ooops, kak nab terlewat sampai umah AZ...gi KK rupanya.
nanti AZ upload gambar2 ya...
AZ cam mana...sihat? hopefully you are in the best of health..
salam AZ : wah3... ke sabah rupenyer. Awat tak habaq? nak ikot!!
Salam kak nab
Insya Allah kak nab, semuanya itu dalam perancangan. ada masa ni akan muncul jua dalam CHHM
salam afeez,
hehehe, iyer ker nak ikot. ingat afeez x suka jalan.
nanti lain kali kalau ada tour lagi az ajak afeez.
Salam AZ,
Seronok pi jalan-jalan
Jauh berjalan luas pandangan..
salam syima
alhamdulillah
sekali sekala kena relaks juga
Catat Ulasan