Rabu, 12 Mei 2010

mana nak cekau duit (2)




120510
Salam Sejahtera
Salam di ucap pembuka kata
pembuka ceria kata di mula
kepada saudari juga saudara
Semoga ceria anda semua.

Ingat lagi kepada Azrul sipencinta?
Semalam Azrul meluahkan lagi isihatinya
di Hari Ibu, hatinya berbunga
berjumpa Bondanya yang tercinta
namun hampa hatinya luka.
ibunya tiada di destinasi dijangka
bonda di ambil oleh adiknya yang lain pula
tanpa berita buat hati Azrul terluka
mengapa begitu wahai adiknya
mengapa sukar memesan berita
tinggallah Azrul dengan hati yang lara

Hati yang hampa
di ubat segera
takut menjadi anak derhaka
hasutan syaitan dihindari juga
memujuk hati agar ceria
mengubah keputusan di ketika itu juga
Bonda tercinta pasti dijumpa
memandu kereta sejauh 50KM
mendapatkan ibu proriti utama

sampai di destinasi Bonda tersenyum
menerima kunjungan anakanda tercinta
juadah dihidang pengubat hati nan lara
Selamat Hari Ibu untuk Bonda tercinta.

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (QS:Al-An'am:6:96)

10 ulasan:

mama ju, berkata...

Assalammualaikum
AZ

Dah sihat ke?

manzlie berkata...

salam from makkah...


cekau lagi duit kat mana mana az..heheheheh


waslam

Rozali berkata...

Assalamualaikum Az

Salam ziarah

Wassalam

Ummi Humaira berkata...

salam AZ ..

lama tak tinggal kata2
saja tulis bkn nota
sekira ada dosa dan nista
harap dimaaf ampun dipinta

semoga Azrul kembali ceria
bersama cerita ibu tercinta

shami2 berkata...

Salam Az...

Kisah macam azrul ni banyak berlaku dalam masyarakat kita...adik2 ni kalau dah berkeluarga, kaya pula kadang2 lupa akan abang..yang berjasa bagai ayah..setelah ayahanda dah tiada. Mereka hilang hormat ..sebab title abang dah ayah jauh beza...ibu pula tentu berbelah bagi jadinya..demi anak2 ibu selalunya akan diam saja..dan anak yang baik..jangan dikira sejauh mana ibu berada pergilah berjumpa..ibu kita..sementara ada. Melihat wajah ibu saja sudah tercatat pahala dan ada rahmat beserta dengannya..
Saya nasihat azrul usah dipeduli perangai adik2...berjasalah kepada ibu selagi dia ada...seorang ibu itu dia tahu kelebihan dan kekurangan semua anak2nya..
Harap kita sama2 bersabar bila berada dalam situasi macam ni...

AZ...saya juga melalui kisah2 macam ni dengan MIL....diam jerlah yang penting ibu...yg lain tu biar mereka malu kepada diri mereka sendiri kalau 1 kali kekurangan mereka saya akan hulurkan 10 kali kebaikan pada mereka...Allah bersama kita..orang2 yang ikhlas dan jujur

Ayah Zain berkata...

Salam MamaJu,

memang sihat tp badan penat hehhehe

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

cekau le kat mana-mana. hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali

alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

Salam Umi

terima kasih atas titipan kata-kata yang indah bagi puisi.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2

betul tu. sebab itulah drama yang di paparan di layar tv memang kisah benar masyarakat kita.

yer la, hanya kepada Allah kita berserah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...