Jumaat, 28 Mei 2010

iman & takwa

280510


iman tak dapat diwarisi
dari seorang ayah yang bertakwa
ia tak dapat dijual beli
ia tiada dipinggiran pantai
..............
itulah sedutan lagu iman mutiara oleh
Kumpulan Nasyid RAIHAN

kita tahu maksud Iman?
satu ketika dulu aku sempat bermuzakarah dengan sorang ustaz
beliau menyatakan iman itu ialah
keyakinan kita kepada Alllah swt
100% yakin
kita mengakui dengan lidah bahawa kita yakin dengan Allah
(pengakuan dengan lidah)
dibuktikan dengan anggota kita iaitu  perbuatan / amalan
Apabila lidah kita mengatakan yakin kepada Allah
maka anggota badan kita mesti membuktikan bahawa kita benar-benar yakin kepada Allah
Bagaimana?
menyempurnakan Rukun Islam
Mengucap dua kalimah syahadah
mendirikan solat 5 kali sehari semalam
berpuasa dalam bulan Ramadhan
megenluarak zakat dan firah dan
menunaikan haji sekiranya mampu.

kadangakala kita berjumpa dengan kata-kata iman dan takwa
apa itu takwa/

Takwa bermaksud TAKUT kepada Allah
takut untuk melakukan apa yang dilarang oleh Allah
dan taat melaksanakan perentahnya.

kadang kala kita mendengar kata-kata
aku tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah

namun kadang kala kita lebih takut kepada makhluk tetapi kita tidak takut kepada Allah.
Contohnya, kita takut kepada hantu tetapi kita tidak takut kepada Allah
mengapa?
kerana kita yakin adanya hantu
adakah kita yakin kepada Allah.

Apabila kita tidak takut kepada Allah,
maka kita tidak segan silu melakukan perkara yang dilarang Allah
Peliknya, kita takut dengan Allah tetapi kita masih melakukan apa yang dilarang oleh Allah
kadangkala kita tahu perkara itu dilarang oleh Allah, tetapi kita masih melakukannya
Kita bertaubat namun kita melakukan perkara yang dilarang berulang kali
Namun, Ustaz berkata tidak mengapa, apabila kita melakukan perkara yang dilarang kita bertaubat kerana Allah menerima taubat hamba-hambanya selagi pintu taubat masih terbuka.

4 ulasan:

aznaz berkata...

salam from Makkah


alahmdulilah...satu takzirah yang amat berguna di pagi Jumaat niih...


wasalam

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Ya Allah terimalah taubat kami

Wassalam

Temuk berkata...

Salam sdr Zain
Peringatan yg jelas dan berguna. Pun beriman & bertakwa memang kita tak luput dari dosa, termasuk yg tak disedari. Maha Penyayang Allah kerana sentiasa mebuka pintu taubatNya.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam AZ,

Terima kasih kerana berkongsi ilmu...
Iman & Taqwa...sentiasa dengar perkataan ini..
Ya Allah..terimalah taubat kami!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...