Ahad, 16 Mei 2010

Lilin Yang Terbiar

16MEI2010
Lilin yang terbiar.
ITULAH Tajuk telefilem yang aku tidak tersengaja  AKU menontonnya di TV2 malam tadi selepas menonton kekalahan Malaysia  ke atas China dalam pertandingan Piala Thomas. Cerita yang berkisar tentang dunia endidikan. Melibatkan usaha guru mendidik anak bangsa tetapi menghadapi pelbagai Cabaran. Cabaran paling utama ialah sikap ibubapa yang tidak mempercayai guru malah menyalahkan guru yang sedia berkorban untuk masa depan anak muridnya. Ibu bapa lebih mempercayai kata-kata anak daripada penjelasan guru.  Plot ceritanya begitu baik sekali menjadkan aku terpaku menonton. Sambil menonton aku terbayang dengan karenah pelajar sekarang yang begitu pandai bermuka-muka mengaburi mata ayah dan ibu mereka. Di hadapan ibu bapa begitu baik tingkahlakunya,  pijak semut tak mati. Tapi hakikatnya anak-anak ini berperangai seperti pel***t (minta maaf mungkin pel***t lebih baik agaknya). Beraja di mata, bersultan dihati. Ibu bapa lebih mempercayai kata-kata anaknya daripada penjelasan guru-guru. Yer la nanti di kata pula tidak pandai mengajar anak. Hakikatnya begitu lah. Kuman diseberang laut jelas kelihatan. Cerita ini sangat bagus ditontoni oleh ibu bapa dan mengambil iktibar daripada drama ini.

Aku bayangkan kalaulah pegangan ibu bapa seperti zaman aku kecil-kecil dahulu, rasanya kes-kes displin tidaklah seteruk sekarang. Dulu kalau anak-anak mengadu di rotan atau dihukum guru, dan balik mengadu kepada bapak, jawabnya bapak akan menambah  serotan dua lagi. Ambik kau. Sekarang gejala ini pula berjangkit kepada  polis. Imej polis tercalar dengan beberapa insiden yang menyebabkan masyarakat memandanG serong kepada kerjaya polis. Tidak cukup dengan media massa, orang-orang berkepentingan diheret sama untuk menegakkan benang yang basah. Namun, cuba anda fikir kalau tidak bersalah mengapa anda perlu lari daripada polis? Polis tidak akan menggunakan senjata tanpa bersebab. Begitu juga dengan guru. Guru tidak akan merotan pelajar kalau tidak bersebab. Guru akan mendenda pelajar, merotan pelajar sekiranya segala nasihat tidak lagi berkesan. Rotanlogi terpaksa digunakan. Kadangkala tamparlogi  juga digunakan sekiranya keadaan terlalu mendesak. Kadangkala terlebih sedikit. Terlebih pun sedikit sahaja. Itupun kerana provokasi daripada pelajar sendiri. Polis tidak akan melepaskan tembakan sekiranya suspek mematuhi arahan polis. Kenapa harus melarikan diri daripada arahan polis? Polis minta berhenti tetapi dirempitnya lagi. Mungkin juga provokasi mereka seperti melakukan sesuatu aksi menyebabkan polis melepaskan tembakan. Di dalam drama tersebut pelajar memfitnah atau mengada-ngadakan cerita bahawa guru menganinaya pelajar. Andaikata fenomena ini tidak ditangani dengan bijaksana maka keadaan di sekolah akan berlaku kepada dunia awam. Kalau di sekolah berapa banyak guru melihat sahaja pelajar melakukan kesalahan displin maka selepas ini polis pula akan membiarkan sahaja perlanggaran jenayah. Buat apa susah-susah menyebok hal orang? Ada aku kisah? Habis siapa yang kisah? Siapa yang susah? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri.

Akhir drama itu Cikgu Hafis berkata : ........sekarang baru aku tahu betapa beratnya beban dipikul oleh seorang guru......  masih ada lagi yang mengambil berat.......terima kasih cikgu..........

Bak kata Karam Singh Walia
Kampomg terbakar nampak asap
hati cikgu terbakar siapa yang tahu

SELAMAT HARI GURU

TERUTAMA KEPADA
Cikgu  Mas, Cikgu Sonata, Cikgu Pinatbate,  Cikgu abng sulong, dan 
 semua yang bergelar guru tidak lupan cikgu yang dah bersara seperti Cikgu Kak Nab,, ayahanda nginap srenggenge, Temuk dan yang lain-lain serta tidak dilupakan tapi  belum pencen lagi Cikgu Shaari n Mama Black semoga terus menceriakan alam  maya ini dengan coretan yang sentiasa menyegarkan minda.


16 Mei 2010

satu daripada 3 perkara yang tidak putus selepas kematian ialah
 ilmu yang dimunafaatkan

SELAMAT HARI GURU, CIKGU

12 ulasan:

mama ju berkata...

Salam AZ

Selamat Hari Guru kpd yg berkenaa.Baru tau Abg Sulong tu cikgu!

Sedap pulak kata2 Karam tu...dalam!

Ayah Zain berkata...

Salam MamaJu

heheheh, saya agak jer abangsulong tu cikgu. sebenarnya ramai yang cikgu kat PDKM ni. Mama Ju juga cikgu kan?

aznaz berkata...

salam from Makkah...

ayah zain lupa kat cikgu shaari kah.dan cikgu mama black...?


waslam

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu AZ

selamat hari guru

saya masih amalkan apa yg ayah saya buat pd saya dahulu
saya tidak memehak kpd anak
malah saya sokong cikgu

jadi cikgupun berani menceritakan yg benar apa bila mengambil repot kad

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

selamat hari guru..semoga hidup AZ sekeluarga dirahmatiNYA.

Ayah Zain berkata...

salam CL,

tak ada ke? adalah az letak. cobak CL tengok balik, mesti ada

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

alhamdulillah. Sebenarnya kalau ibu bapa tidak memenangkan anak sekiranya ada salah faham dengan guru, anak itu akan menjadi pelajar yang. AZ dah perhatikan perkara ini lama dulu. P Ramlie dah tunjukkan dalam anak ku sazali namun ibu bapa masih tidak mengambil iktibar

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab

Terima kasih. Semoga Kak Nab jua sihat sejahtera dan ceria dan berada dalam perlindungan Allah

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Selamat hari guru buat semua..
mama pun guru gak..tak nak ucap ke.. hehehe
w/salam

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

oooo Nadz cikgu yer. Maaflah tak ada makluman. Selamat Hari Guru kepada Cikgu Nadz.

nadz berkata...

salam,

thank you.

Ayah Zain berkata...

ok nadz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...