230510
Alhamdulilllah
Putera Bongsu (PB) selamat mendaftar diri di Kolej Angsana UiTM Puncak Alam pagi tadi. Kolej ini baru dibuka pada tahun lepas. Beruntung PB mendapat kolej baru dengan kemudahan yang amat memuaskan. Kami bertolak daripada Gombak pada pukul 7.10 pagi dan sampai di Puncak pukul 8.10 pagi kerana tersalah jalan masuk ke Puncak Alam kerana terlajak masuk ke Lebuhraya Guthrie.Kali ini GPS buat hal pulak. (GPS tadi suruh ikut DUKE, tapi az ikut Ferderal Highway - dia marah kot). Ini kerana gara-gara tiada tiada papan tanda PUNCAK ALAM sebelum melepasi Tol Bukit Jelutong. Terpaksa buat pusingan U di Bukit Indah. Tidak mengapa.
welcome to UiTM Puncak Alam
Kami bernasib baik kerana tercepat sampai kalau tidak, ermmmmmmm hanya Tuhan yang tahu. Jalan jem giler tahap gaban (kata CM) atau peringkat 7 (Afeez yang kata). Kami di arahkan memparkir kenderaan di perkarangan kampus kemudian mengangkut barangan menaiki bas UiTM ke Kolej Kediaman. Ini gara-gara mengelakan kesesakan lalu lintas
Menunggu Bas
lama juga menunggu. dekat 30 minit juga
jalan disebelah mulai sesak dengan kenderaan
tengok tu deretan kereta
bergerak seperti semut, nasiblah kami cepat sikit, kalau idak, perghhhhhhhh
memasukkan bagasi
Kolej Angsana di mana PB di tempatkan
dia ditempatkan di Blok A
lor siapa pulak tuh
tu dia bekas anak murid mrszain
dah tamat pengajiannya dengan Sarjanamuda Perhotelan
dia jadi pemantau pembantu mahasiswa hari ini
Alhamdulillah,
CL boleh dia kerja kat Safwah heheh
dah siap berkemas tu
Dah besar panjang, masih emaknya juga yang mengemaskannya
ini famili roomate PB
Orang kelantan tuh
Orang Kelantan ni ramai di mana-mana Universiti
Orang kata berkat makan budu
macam orang jawa makan tempe (Dr.Fadilah Kamsah kata heheh)
balik semula ke parkir kereta
ramai tu, berdiri la gamaknya
tu dia
kesesakan tahap gaban
nasib baik betul datang awal
deretan kereta mungkin lebih7KM
Mulanya selepas pendaftaran Kolej nak bawa PB keluar ke Pekan Meru tetapi terbantut kerana pengawal mengatakan jalan jem daripada persimpangan masuk. Jalan masuk ke pusat kampus memang sesak. Kami memnag bernasib baik sangat kerana ada yang menunggu bas sejak pukul 8.30 pagi tetapi masih tidak dapat menaiki bas ke Kolej Kediaman.
Kami meninggalkan PB pada pukul 11.00 pagi. Kali ini kami mengikuti Pekan Meru menghala ke Setia Alam Link, masuk NKVE, ELITE dan meneruskan perjalanan ke PLUS dan pukul 3.30 petang kami selamat sampai ke kuartes kami.
Sekarang kami tinggal berdua kembali...........
27 ulasan:
Salam AZ,
Apa kabar lama akak tak tinggal jejak kan az.
Tadi anak sedara abg z pun mendaftar kat tempat yg sama dgn PB az...dia org pun komplen yang jam terok ,kul 4 ptg baru selesai.
AZ akak jumaat ni kekota tinggi..
Salam Az,
Sampaikan ucap tahniah akak kat PB az tu yer..belajar rajin2 hingga berjaya..
salam kak sidah,
memang jem. Masa az balik kul 11, kereta berderet sampai kuar kampus. dari simoang besar mungkin ada 6km tuh.
wah boleh jumpa Rezeki kat sana
Insya Allah, nanti az sampaikan.
Bulan madu semula nampak:)
salam A. Aida
orang kata sungai balik muda
Salam AZ
Tahniah putera AZ sambung belajar ya...
Wslm
salam from Makkah..
taniahh pada anak az...doa cl moga beliau berjaya dunia akhirat..insyalah
waslam
Salam Kak Su,
terima kasih. Saya amat menghargainya
Salam Manzlie,
terima kasih jua atas doamu itu. Mrszain juga mengucapkan terima kasih bebanyak dan hanya ALLAH YANG dapat membalasnya.
salam az
alhamdulillah, bermula lagi satu catatan perjalanan buat PB dlm kehidupan ini
berduaaaa heheheheheheheheheheh
az lupa ada 2 lagi tu hehehehehehe
malaikat di atas bahu kiri dan kanan kita
hehehe
Salam AZ,
Tahniah kepada AZ dan isteri, anak2 semua berjaya masuk IPT. Sejuk hati AZ dan wife.
Semoga PB AZ berjaya dengan cemerlang.
Salam Az...
Alhamdulillah ...selesai urusan menghantar anak2....
Psssstt nanti2 bolehlah singgah rawang hehheh ..sambil jenguk anak...boleh singgah minum kat kedai anakanda..hehe
salam PB : tahniah dapat melanjutkan pelajaran kat UiTM. teringat pakcik masa mula2 masuk ITM Perlis dulu. Bertolak dr KL naik keretapi pukul 8 malam, smpi Arau pukul 7 pagi keesokan harinya. Parent pukul 3 dah balik melencong ke Padang Besar. tinggallah pakcik sorang2. Anyway, itu menjadi memori yg sangat indah. enjoy urself
salam AZ,,
tumpang lalu...
Afezz pengalaman...adalah memori indah untuk dikenang...syukurkan
salam
tahniah AZ..dan PB..
ramai juga anak-anak murid saya yg mendaftar di UITM Puncak Alam semlm..mudah-mudahan semuanya dpt menyesuaikan diri dgn suasana baru..dan good luck..
Assallamualaikum AZ,
Selamat belajar buat PB
Kejayaan anak-anak membahagiakan ibubapa.
salam AZ
selamat belajar PB
Selamat honeymoon AZ-muga selamat dan sihat.
mgg tak patut betui Uitm nie...kecian kan bersasak2....inilah bakal uitm induk kelak...apa nak kesah???hohih
Salam Rezseki,
heheh, itulah gunanya kawan yang sering mengikngatkan bila kita alpa. Betul tu
Salam Rosli,
alhamdulillah, semuanya Allah punya kuasa.
Salam Shami2,
terima kasih. ALhamdulillah.
Insya Allah, kalau ada kelapangan az akan singgah.
Bagi la alamat
Salam Afeez,
hehhe ieyer macam tu. Alah dah besau panjangkan. AZ semalam bila dah settel dalam kul 11.00 az terus balik Pontian hehhe.
sampai la ni PB tak ada call pun lagi. Ok la dia tuh.
anyway, terima kasih atas ucapan.
Salam Pinatbate,
terima kasih. ooo tak jumpa pulak semalam anak-anak murid kat sana. hehehh
insya allah, kalau berusaha mesti berjaya
Salam Nadz
betul tu. Itulah hadiah yang tidak ternilai oleh anak-anak kepada ibu bapanya.
Salam ainhany,
sungguhlah. sebenarnya depa tengah buat trial n error tuh.
nampaknya cara semalam tu gagal, hancus. ada lagi pilihan yang lebih baik.
salam AZ,
terlewat bas kak nab nih...dah kena tinggal dek PB...makcik ucapkan Selamat Maju Jaya..
AZ..tahniah! sekarang dah berdua kembali ya...honeymoon gituu...
Salam Kakn Nab
tak apa, walupun lambat. Terima kasih.
terasa sunyi pulak heheh. Si PB pun x call langsung. agaknya ok lah dia di sana tu
Catat Ulasan