Selasa, 18 Mei 2010

Sambutan hari guru


170510: Petang tadi pukul 2.30 kami merayakan Sambutan Hari Guru di Dewan Sekolah. Majlis diserikan dengan kehadira Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru Cemerlang, Guru-guru Kanan, Guru-guru dan semua pelajar yang berjumlah hampir 800 orang semuanya.

Majlis yang gilang gemilang ini diserikan dengan ucapan Presiden Badan Wakil Pelajar, Ucapan Wakil Guru dan Ucapan Tuan Pengetua. Seterusnya  persembahan pelajar, Persembahan guru yang  diselangseli dengan beberapa anugerah kepada guru seperti the Popular Teacher, Humorius Teacher, catalyst teacher, evergreen teacher ect. Yang seronoknya mrszain telah memenangi kategori Evergreen Female Teacher.

Majlis bermula dengan perarakan guru dengan paluan kompang ke dewan besar. Kami disambut dengan pencak silat dan pulut kuning serta ditabur dengan beras kunyit. Habis kepala berberas heheh. Kemudian bacaan doa, nyanyian lagu NEGARAKU, lagu BANGSA Johor dan Lagu Maktab.

Majlis berlanjutan sehingga pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, sambutan berjalan lancar. Terima kasih anak-anak murid ku yang begitu menyanjungi guru-gurunya. Semoga anda berjaya dalam semua peperiksaan yang ditempuh. Dalm kesibukan membuat persediaan untuk peperiksaan Semester 1 yang akan bermula lusa, anda masih boleh menyempurnakan majlis sambutan Hari Guru dengan penuh gilang gemilang.


Perarakan ke dewan
Siap bunga manggar

guru-guru masuk ke dewan
Pengacara Majlis
Sempoi sekali
Pulut kunyit untuk hidangan VIP
Persembahan Guru
Pelajar sebagai penari
Persembahan Pelajar

18 ulasan:

مسافر_اسلام berkata...

Salam az....best lihat sambutan hari guru kat MRSM tu.

Guru tak buat persembahan ke?

Ayah Zain berkata...

Salam MI

ada. kan ada fotonya itu

مسافر_اسلام berkata...

ic...cikgu nyanyi ye...ank murid menari...

Persembah az mane?

kak su berkata...

Salam AZ...

Alhamdulillah..untungkan jasa2 guru tetap dikenang sepanjang hayatkan.

Maknanya hari nii..semua sekolah merayakannya lah ya...

Sambutan dulu dan sekarang berbeza ya...

Tahniah pada semua guru2.

Wslm

Ayah Zain berkata...

Salam MI

az dah pencen. x nyanyi lagi hehehhe.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Su

agaknya kot. ada juga yang sambut kemudian.

Majlis hari ni memang menyeronokan. Rasa terhibur sungguh.

MohdArshad berkata...

Salam mcm majlis kawin pula....

Ayah Zain berkata...

Salam Hj

alhamdulillah, kami pun rasa macam itu juga masa jalan berarak tadi. heheh

afeezz berkata...

salam AZ : dah macam konsert AF plak.... klu AZ menyanyi jadi Konsert AZ

YB berkata...

Salam AZ

tak ada perlawanan persahabatan ke?
Dulu masa perlawanan tu lah nak lepaskan geram kat cikgu yg garang macam singa. Bukan ramahkannya tapi berseloroh.
Apapun meriah sambutan tu.

Ummi Humaira berkata...

salam AZ...

selamat hari guru jua buat AZ n akak

Aida Ali berkata...

Selamat Hari Guru

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

konsert? alhamdulillah kerana menaik taraf serupa konsert.

Ayah Zain berkata...

Salam YB

tak ada perlawanan kerana sambutan sebelah petang. Musim peperiksaan semester 1 jadi tiada perlawanan.

ooo gitu, nasib guru kan?

Ayah Zain berkata...

Salam Umi

terima kasih atas ucapan. selamat Hari Guru kembali kepada Umi

Ayah Zain berkata...

Salam aida

selamat hari guru kembali kepada Aida. Aida Ali? ---> A. Aida, inikah penerbit Halimah Jonggang yang popular itu?

thnaks visit my n3

Aida Ali berkata...

Hish3. A.Aida mana pulak tu, ayah zain? Silap orang tu. Penerbit Halimah Jongang tu adik beradik sepusat sepusing saya hehe :D

Ayah Zain berkata...

salam A. Aida

heheh, az suka gurau. Mulai sekarang az tetap panggil cikgu aida yang cantik ini A.Aida. (mesti ramai cikgu2 yang panggil A. Aida nih)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...