Khamis, 20 Mei 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Anak-anakku


200510
Selepas berseronok menyambut Sambutran Hari Guru maka anak-anaku menghadapi peperiksaan Semester 1 2010. Semua Pelajar Tungkatan 2, 3, 4 dan 5 wajib mengambil peperiksaan semester 1. Peperiksaan ini hanya mewakili 60% daripada keseluruhan markah kerana 30% ujian selaras yang tealh dilakukan sebelum ini dan 10% lagi daripada tugas, kuiz, porfolio dan sebagainya.

Pelajar Tingkatan 1 tidak mengambil peperiksaan kerana mereka menjalani program kemahiran Tingkatan 1 (KAT1) di mana penilaian akan dibuat pada minggu hadapan dalam program yang dipanggil Mini Olimpiad Kemahiran Tingkatan Satu (OKAT1). Daripada Program Mini OKAT1 ini, 15 orang pelajar terbaaik akan mewakili MRSM Pontian ke Olimpiad KAT1 pada 6-8 Jun 2010 di MRSM Tun Ghafaar Baba, Jasin.

Pelajar Tingkatan 5 mengambil peperiksaan di Dewan Besar

Kyusuk menjawab tu

Guru Pengawas

Pelajar lain mengambil peperiksaan di kelas masing-masing
Peperiksaan Bermula pada 19 Mei dan akan berakhir pada 4Jun 2010

23 ulasan:

مسافر_اسلام berkata...

Salam az....apa kabar?
MI doakan semoga adik2 yg nak ambil peperiksaan ini tabah hatinya dan cekal dlm menjawab soalan peperiksaan tu.

Makan apa tghari ini az....???

Rojak ke?

mama ju, berkata...

salam AZ

Mudah2an berjayalah anak2 kita tu dalam hidup.....didunia dan akihrat..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

cg pencen nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan , semoga semua mendapat kejayaan yang cemerlang lagi gemilang!

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

Anak saya pun tengah periksaan juga
saya iringgi dengan doa sahaja

Wassalam

Muhammad Hilmi berkata...

Salam AZ...

Anak2 inilah generasi masa depan negara kita...mudah-mudahan mereka menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara

musafir lalu berkata...

salam ayahzain


semoga anak-anak itu berjaya dalak peperiksaannya

musafir lalu berkata...

Salam Ayahzain:

makin aktif aar, berapa kali dapat strike boling tu

Ayah Zain berkata...

Salam MI

alhamdulillah, semoga doa mu itu makbulkan Allah.

Thari az makan paru, ikan goreng, sayur campur dan sup ayam dan nasi puti. Ayer suam

Ayah Zain berkata...

Salam Mamaju

mudah-mudahan, makbul

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab

alhamdulillah. Terima kasih atas doa kak nab. Moga dimakbulkan Allah

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

moga anak mu berjaya dalam peperiksaan itu. az doakan ia berjaya

Ayah Zain berkata...

Salam Muhammad Hilmi

betul tu, mereka adalah generasi pelapis peminpin masa depan

Ayah Zain berkata...

Salam Musafir Lalu,

ermm, macam bisa dengan nick ini. ooo ini kembar kepada musafir islam yer.

selamat datang umah az. dan terima kasih.

boling? ermmm masih masuk longkang lagi hehehh

nadz berkata...

Salam AZ,

Doa buat anak-anak MRSM, pemangkin generasi akan datang.akan berjaya cemerlang!
Sekolah mama nadz pun, anak didik sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Tingkatan 6 Rendah jer baru daftar dan dok goyang kaki...

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

terima kasih atas kata perangsang. moga anak-anak mamanadz juga cemerlang.

sonata anak kancil berkata...

salam...samalah juga sekolah saya last week dah mula exam selaras satu negeri , next week ting 1 - 4/6A

Ayah Zain berkata...

salam SAK

sekarang memang musim peperiksaan. Lepas tu cuti

mama ju, berkata...

salam AZ

tanya sikit...Dalam 'iklan' dah keluar lama sel. hari guru ke 4...tapi tak de pun...

Ayah Zain berkata...

yer ker.
besok az akan balik KL. jadi dah programkan n3 utk esok dan sabtu. SHG(4) utk besok. heheh

macam mana ada iklan tu

manzlie berkata...

salam from Makkah


semoga mereka semua beroleh kejayaan..insyalah

HARAPAN BANGSA DAN NEGARA"


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Insya Allah. Apa yang mereka tanam itu yang mereka tuai

afeezz berkata...

salam AZ : ingatkan zaman amik peperiksaan kite dah berlalu. tengok2 dah keje pon kene amik exam PTK...

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

pendek kata sebelum tutup mata. exam, exam, exam.

tapi afeez dalam kubur pun ada exam. kat padang masyar pun ada exam juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...