260510
kekadang hidupi ni penuh cabaran
kita rasakan tidak mampu menghadapi cabaran
kekadang kita rasa hidup ini amat membebankan
kita rasakan tiada masa depan
terlalu berat untuk difikirkan
namun apa yang kita fikirkan
itu adalah bisikan syaitan
yang datang dari belakang dan depan
membisikan kata-kata tidak berperasaan
meragukan kita kewujudan Tuhan
Itulah dia kehidupan
Allah memberikan kita akal dan fikiran
memilih antara dua pilihan
untuk menjadi panduan
mana yang buruk ditingkalkan
jangan toleh ke belakang wahai taulan
masa depan penuh cabaran
itulah tugas yang kita fikirkan
menuju hari pembalasann
hari yang tiada pertolongan
iman dan takwa menjadi pegangan
setiap detik akan dicatatkan
tiada yang ketinggalan
semuanya menjadi bukti kejadian
19 ulasan:
salam az
hidup mmg penuh cubaan dan cabaran
bukan mcm cite p ramlee tu, cobaaan hehe
tu yg menjadikan kita lebih kuat, tabah, dan berusaha
dan Allah yg akan tentukan
salam AZ,
itulah kehidupan namanya!
salam az
nak menguji di antara manusia siapakah di kalangan tersebut orang yang sabar.
salam..
mak saya pesan hidup tak mudah...mati pun bukan senang,,
Salam AZ,
Itulah asam garam kehidupan...Sabar separuh dari Iman..Iman dan taqwa yg akan menerangi hidup kita dunia dan akhirat....
salam AZ..
cabaran kehidupan
ujian keimanan
syurga adalah impian
Assalamualaikum AZ
cabaran itulah yang boleh menceriakan hari hari mu
Wassalam
Salam AZ...
Ya..betul. kita sentiasa dikelilingi oleh syaitan yg sgt byk...
Hanya iman lah bentengnya...
Wslm
Salam rezeki,
cobaan. ini bukan cobaan. ini betul-betul. Cobaaan.
heheheh, citer ni sudah ditengok berulang kali masih lagi boleh gelak berguling-guling.
Salam Hjh zainab,
sungguh bagai dikata. Itulah dugaan hidup.
Salam CM,
Arwah bapak saya kata, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah
salam Aziman,
falsafah, falsafah. Betul sangat tu
Salam Umi,
Solat dan zakat pendinding utama dan jangan dilupakan melaksankannya
Salam kak Su,
Syaitan udah bersumpah di hadapan Allah untuk memesongkan manusia ke arah jalannya dan bersama dengannya ke neraka
Salam Rozali,
hehehhe, etapat sekali. Salam ceria atuk
Salam YB,
hanya mereka yang melepasi ujian itu sahaja yang akan diterima oleh Allah swt.
Salam Az...
Hidup penuh perjuangan
Lagi indah bila kita adalah pejuangnya..
Cobaannnnnnnn adalah dugaan...
Untuk menguji keimanan
Goyang atau...tahan..heheheh
salam shami2
wow, hebat pegangan hidup shami2. Insya Allah
Salam AZ,
Berdoa semoga kita tidak dilalaikan dgn kehidupan yg singkat ini.
Catat Ulasan