Ahad, 2 Mei 2010

Hujan

010510

Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

itulah dia puitisnya lirik lagu hujan
nyanyian Sudirman
penghibur terbaik Asia

Cuaca kini tidak menentu, suhu panas sangat
kemudian hujan turun
hujan turun juga tidak menentu
turun hanya sekejap
namun kadangkala lebat
kadang kala hanya beberapa meter daripada kawasan berhujan
tiada hujan yang turun pula, kering
begitulah hebatnya
kejadian tuhan.



Dari segi Ilmu, hujan adalah titisan air yang turun daripada langit jatuh ke bumi.
 Ia satu bentuk kerpasan satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan kabus.
Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan.
Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi,
sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering
dan hilang di udara


Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

22 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

begitulah dari mana dtg nya hujan dan kemana perginya hujan
hidup ini ibarat roda

Wassalam

sonata anak kancil berkata...

salam....best la cikgu BM ajar geografi pulak dah....ingat murid2 yer....jangan tatau apa itu hujan.... macamana pulak dengan lagu P. Ramlee???

kak su berkata...

Salam AZ...

Bestnye..rasa macam gi kuliah lak...
Info yg menarik...dah senja2 nii nak gak info ulangtayang.

Wslm

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Lagu HUJAN, lagu fav. mama nadz. tiba-tiba teringat bait-bait lagu ni pula sekarang...
Hujan itu rahmat..

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali

kadang kala kita di atas, kadangkal di bawah kan. Begitulah lumrah alam

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

begitu la lumrah alam, supaya kita befikir akan kejadian ciptaan Allah yang esa

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

lor, siapa yang cikgu BM tuh. AZ bukan BM lah Sonata.

Lagu P Ramlee? layannnnnnnn

manzlie berkata...

salam from Makkah


alhamdulilah...hujan turun di mesia


sejukkkk sikit...

Ayah Zain berkata...

Salam SAK

ni dia lagu p ramli

Hujan Di Tengah Hari
Artist: P. Ramlee
Sedih rasanya hati di dalam
Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
Di mana aku hidup bersama si dia
Tak pernah rasa aman bahagia

Perselisihan sering terjadi
Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
Namun begitu dia selalu terburu
Tegak meluru menurut nafsu

Andainya dia dapat mengubah
Tetap kuterima
Mendirikan mahligai ria
Tapi tak berdaya

Kusangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari

Ayah Zain berkata...

Salam Kak SU,

hehehh, saja nak berkongsi, tadi tengok hujan yang berbelah-belah.setengah tempat hujan, x jauh drpd situ kering

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

iyer ker, Lagu tu memnag sedap

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

betul tu. memnag rasa sejuk

مسافر_اسلام berkata...

Salam az,
into hujan yang menarik...rasa macam pergi sek balik la...cikgu ajar bab air hujan. Kitaran hujan, begitu jua kitaran hidup.

lepas hujan timbul pelagi.
Ada N3 pelagi ke lepas ini?

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

alhamdulillah. Insya Allah

Ummi Humaira berkata...

salam AZ..

hujan yg turun bagaikan mutiara...

rezeki berkata...

salam az

hujan yg turun bagaikan mutiara

hehehe pak itam nyanyi terus lagi lebat hihi

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : KL pon macam tu gak.. tgh2 panas, tibe2 hujan... ku sangkakan hujan sampai ke petang, tapi hujan di tengahari

alin berkata...

assalamualaikum cikgu....

waaa rindunya dgn suasana mktb....
huhu...

p/s:kirim salam saya kat cikgu rohaya yer..
doakan kjyn saya di matrik...:)

Ayah Zain berkata...

Salam Pak Itam,

lagi lebat hujan lagi bagus hehehh

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

yer ker. Petang ni az nak ke kl lagi hehehh

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

wah, sedap umi nyanyi tu. Caya kat umi

Ayah Zain berkata...

Salam alin

moga berjaya. belajar rajin2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...