Isnin, 31 Mei 2010

Kaki Gunung Kinabalu


310510: Selepas sarapan pagi pada pukul 8.15 pagi kami berangkat menuju ke Kundasang, iaitu di mana letaknya kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Jalan penuh berliku seperti ular kena palu. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan panorama alam yang sangat cantik. Begitu indah ciptaan Tuhan yang esa. Tidak perlulah aku menceritakan keindahan alam maya terbentang luas saujana mata memandang. Lihatlah keindahannya:-



\




dari kejauhan Gunung Kinabalu,
Gunung Tertinggi di Asia Tenggara melambai kedatangan kami
namun ketika itu awan tidak membenarkan kami menikmati puncak tertinggi ini


Taman Kinabalu
Dari sini kami menaiki bas khas ke Tapak Pendakian
bayaran masuk Taman RM 3.00 dan perkhidmatan bas Gunung RM8.00
whoops bukan bas di atas arr, itu bas UiTM yang membawa kumpulan siswa/i dalam program Motivasi mahasiswa/inya.

semuanya ceria dan teruja

ini dia bas gunung
sempat bergambar kenangan
di sinilah point pendakian bermula

Rekod Pertandingan mendaki Gunung kinabalu
lihatlah pencapaian warga Malaysia

Peta pendakian ke Gunung Kinabalu


ni nak buat apa pula?
Kami dimotivasi mencuba untuk setinggi 1KM mendaki
bayaran RM5.00 dikenakan

sebahagian ahli rombongan kami mula mendaki Gunung Kinabalu
Mula-mula menurun lurah hehehh
Boleh senyum lagi tuh

SubahanaAllah, cantiknya air terjun ini

Akhirnya hanya 7 orang sahaja yang sampai ke paras 1KM
wow, termasuk dua orang kanak-kanak tu
yang lain hanya berjaya setakat 0.5KM sahaja
Alhamdulillah.

Untuk mendaki Gunung Kinabalu, tempahan adalah diperlukan kerana tempat penginapan yang terhad kepada 200 orang sahaja. Pendakian mengambil masa dua hari di mana pendaki perlu bermalam di Laban rata di paras 6KM. Daripada point ini, pendaki akan mula mendaki pada pukul 2 pagi dan dijangka sampai pukul 4.30 pagi. Pendaki dibenarkan berada di puncak Gunung Kinabalu selama 15 minit sahaja untuk memberi laluan kepada pendaki yang lain kerana ruang yang sangat terhad.
AHLI PDKM - bagaimana? ada berani untuk program mendaki Gunung Kinabalu?
Atok Rozali mungkin boleh uruskan program ini, tak gitu atuk?

18 ulasan:

My Life berkata...

salam
ayah zain

mmg cantik view dia.. azie baru pulang dari sana gak.. heheh

Ayah Zain berkata...

salam zie,
'
yer ker. zie melawat apa kat sana? mana tahu destinasi kita sama

Azima berkata...

Salam AZ,

Bestnyer pi jalan2...panjat gunung...
Cantik pemandangan tuuu..saya suka tgk tompokan awam..so nice..

AZ,awaq kategori veteran yg dok dlm list tu...yg muda2 ni tak cukup hebat agaknya yer..hehehe

rosli berkata...

Salam AZ,

Last saya smpi sini tahun 2006. Best sejuk....

Klu nak buat program mendaki Kinabalu saya volunteer nak ikut ke sana bersama geng2 PDKM. Best klu jadi kenyataan

Ayah Zain berkata...

salam azima,

memang best sesangat. azima suka awan yer. az pun suka.

mana ada veteran, az sorang jer. yang lain belum 40an lagi tuh. heheh

Ayah Zain berkata...

salam rosli,

betoi tu. memang sejok. jom kita jadikan pendakian pdkm ke Kemuncak Kinabalu satu realiti. Kena buat tempahan lah dulu

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Sy belum pernah sampai lagi ke sini hihi.
Insya-Allah next time kena masukkan dalam holiday planner ahaks!
Wow, AZ dah inter-frame argh..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

tahniah AZ sampai ke situ...

afeezz berkata...

salam AZ : dah lama mengidam nak pi sabah dan panjat gunung kinabalu, tp smpi la tak smpi2 gak... :(

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Seronoknya dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan!

Tahniahlah dapat habiskan 1 km tu...lepas ni boleh ajak Mrs Zain naik ke atas Gunung tu...

Ayah Zain berkata...

Salam Syima,

yer ker. Jom kita arrange mendaki gunung kinabalu.

Ayah Zain berkata...

Salam kak Nab,

terima kasih. Alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

Jom lah kita g dengan geng PDKM pulak. Mesti best

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

alhamdulillah.

Mrszain tak larat dah. hehehhe

Unknown berkata...

salam AZ..

masa ummi ke Sabah dulu , tak sampai pun ke kaki gunung , maklum ler gerabak keretapi sederet tu tak larat nk heret panjat gunong ,
he he he sebenarnya ummi depa yg tak larat nk mendaki gunong tu.

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

Best nya dapat pi naik Gunung Kinabalu..

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

Tak apa umi, nanti kita p semula dengan grup PDKM. hehhehe

Ayah Zain berkata...

Salam nadz

Tak sampai kemuncaknya lagi Mama Nadz, az cuma sampai etakat 1km sahaja iaitu di pondok Kandis. ada 7KM lagi nak sampai kemuncak Kinabalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...