Selasa, 6 Julai 2010

Jangan Putus Asa

050710
Susahnya bermain boling
tarikh pertandingan makin hampir
pertandinganakan  dijalankan pada 16 Julai 2010
tidak sampai 2 minggu lagi tu
Katanya di MITC Ayer Keroh
Aku ni kaki dan tangan bangku
main apa pun tak jadi
tapi aku dikehendaki bermain Boling kategori VIP
menggantikan boss yang terlibat dengan permainan yang lain.

aku tak mahulah penyertaan aku mendatangkan kemaluan kepada pasukan aku.
Namun penganjur mengatakan kategori ini tidak di ambil kira  kerana ia kategori khas
lega sikitlah.
Namun apa yang merisaukan aku ialah skor aku masih di takok bawah
tak sampai 100 pun
maka dengan itu aku aku pelu berlatih
berlatih terus berlatih
kadangkala aku rasa putus asa
kecewa kerana pencapaian aku masih rendah
untuk melepasi 100 mata amat payah

Semalam aku mulai latihan lagi
wow balingan pertama lumyan
strike beb
kemudian balingan kedua
strike lagi
aku hanya tersenyum
dah menjadi ke
malangnya aku berlatih sendirian
di pusat boling ini tiada orang pun
balingan ketiga?
tak dapat pulak
akair game pertama aku mencatat 128 mata
skor tertinggi tuh
Namun game kedua merost ke 114mata
game ke 3 merosot lagi ke 107 mata
oklah tu janji aku dah melepasi 100 mata

Hari ini seperti biasa aku ke pusat boling bersendirian lagi
di Pusat Boling masih kosong
baguslah kalu masuk longkang tidak ada siapa yang tahu.
Kalau semalam prestasi aku menurun
kali ini prestasi aku menaik
game pertama hanya mencatat 82 mata,
game ke-2 105 mata dan
game ke-3 114

#$@&(_
aku masih mencari arah tuju yang betul dalam balingan
aku akan coba dan terus mencoba
bukan cobaaaaaaaaaaan
aku harus fokus
tumpukan fikiran semasa balingan
tangan kena lurus

Apa yang membanggakan
Hari ini  kawan aku bertambah lagi
betulah dengan bersukan
dapat kawan
Kawan aku kali ini daripada grup TM Point Pontian
yang turun berlatih
mereka menunjuk ajar aku cara balingan
dapat menambah rakan
depa kata
tidak apa az lama-lama nanti pandai
Alhamdulilllah

Fokus

14 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

saya pernah main di MITC tu
screen ada tunjuk tempat sasaran bola
Az boleh strike nyerrr

AZ boleh

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam,

yer ker,
az tak pernah main boling lagi kat MITC tu

kadang2 jer dapat strike

rezeki berkata...

salam az

kalau baling guna dua2 tangan, kuat sikit , bukan strike lagi, runtuh terus lane tu hehehe

terus kena haramkan dr bermain hehe

rosli berkata...

Salam AZ,

Saya dah lalui pengalaman ini, ikut gerak hati AZ, kalau tak mau bola masuk longkang baling kat tengah ajer, tp kadang2 boleh rongak atau split....apapun kalau nak mahir akan makan masa, nak cari ruang kat 'poket'bukan mudah. All the best, yg pntg penyertaan dan semangat nak memang dan perjuangan. Teruskan berlatih

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

16hb kat MITC tu kul berapa? Suapa penganjurnya? Boleh nnt saya sekodeng AZ kat sana.

mama ju berkata...

Salam AZ

Lepas ni boleh lawan geng GKB..Taj ,Syima dll.

shami2 berkata...

Salam Az..

Tahniah selamat beriadah.....alhamdulillah..paras gula dah turun....mesti Mrs Zain gumbirakan...hehheh

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

hahhaha, CR punya komen macam buat n3 juga. Kelakau tahap gaban

Ayah Zain berkata...

Salam Rosli,

terima kasih mai ziarah dan pandangan. Memnag betul tu, kita ikut kita punya style jer.

semangat penyertaan memnag perlu tetapi kalau bawah 100, huhuhu

Ayah Zain berkata...

salam ina

Ina duk kat melaka ker.
tarikhnya 16hb julai. besoknya az punya.......

nak skodeng?

jangan skodeng ikut lagu
intai kami antara nampak,.\\\

Ayah Zain berkata...

salam mama ju,

taj ngan syima? no problem. nanti minggu depan az nak lawan gKB heheheh

Ayah Zain berkata...

salam syami2,

hahahha,mrszain kata ' ada aku kisah?' hahhahah

afeezz berkata...

salam AZ : usaha tangga kejayaan. turun KL nnt bole le kite fight.. ajak geng2 KL main sekali...

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

orait. no problem. bisa di atur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...