Rabu, 21 Julai 2010

Sesenja di Rawang

210710
Pada petang 17 Julai yang lalu berlakulah satu pertemuan ukhwah antara bloger PDKM di Kg, Kenanga, Batu 16 Jalan Lama Kuala Lumpur Rawang. Pertemuan ini pada mulanya hanya melibatkan antara aku dengan Kak Sidah sahaja. Dah lama kami merancang untuk menjamu selera di Restoren Pak Ngah Helmi yang terkenal dengan hidangan kambing panggang. Dengarnya perniagaan Kambing Panggang Pak Ngah Helmi semakin berkembang maju. Alhamdulillah hasil usaha yang tidak mengenal penat dan lelah ini menghasilkan satu pulangan yang memberangsangkan.

Restoran Pak Ngah Helmi ini baru saja beroperasi namun sambutannya amat menggalakkan. Tempahan demi tempahan telah menaikan lagi rating perniagaan kambing panggang Pak Ngah Helmi ini. Lantaran itu aku terlioq juga untuk menikmati kehebatan kambing panggang Pak Ngah Helmi ini (KPPH). Apabila aku uar-uarkan untuk merasai kehebatan KPPH ini, kak sidah menyambut uaran tersebut dengan mengajak aku ke sana. Pucuk dicita ulam pun tiba, apabila ada masa terluang pasti aku akan ke sana bersama-sama dengan kak sidah. Mentelahan pulak pelawaan yang menggalakkan  daripada Shami2 membuatkan aku kepingin untuk merasai KPPH ini.

Akhirnya masa yang ditunggu tiba jua . Terlanjur aku menjemput putera bongsu di UiTM Puncak Alam pada Sabtu lepas (17 Julai) untuk cuti pertengahan semesternya aku mengambil kesempatan untuk meneruskan perjalanan ke Rawang. Janji di buat dengan Kak Sidah. Seperti biasa Kak Sidah tidak menghampakan pelawaan aku. Kak Sidah kata ' orait az, kak sidah akan datang bersama abang zack'. Wow sporting betul kak sidah dengan abang zack ini.

Dalam perjalanan ke Rawang teringin pulak mempelawa kengkawan blog PDKM seperti Hanis, CM, Razali, mamaju, kak su namun mereka mempunyai komitmen yang lain hanya Razali sahaja yang menyahut pelawaan aku tanpa masalah. Terima kasih bro, wa salut sama lu. CL tidak dapat dikesan. SMS tidak bersambut, caling pun senyap membisu seribu bahasa. Tidak mengapa CL, wa tahu lu sakit pinggang.

Cempedak menjadi nangka aku fikir cuma Kak sidah dan rozali sahaja yang datang. Aku tidak menyangka langsung kak sidah berjaya membawa bersamanya Datin Azlina Aziz (silent reader PDKM) yang datang bersama anak buahnya. Cantik jelita Datin ngan anak buahnya itu. Dan yang paling hapening ialah kehadiran ratu PDKM iaitu Sinomosa@syima dan Taj Curry House (gurau yer Taj). Wow selama ini hanya melihat dari jauh sahaja gambar Taj, dan pada petang itu barulah aku bersua muka, mata bertentang mata dengan Si Taj yang rupawan.

Janji temu sepatutnya pukul 6.00 petang. Aku biasalah insan yang menepati masa. Tepat jam 6.00 aku sudah sampai di Restoran KPPH. GPS aku sebenarnya tidak dapat mengesan lokasi kerana tiada nombor  rumah dan nama jalan yang tepat. Nasib ada nombor telefon. Pak Ngah Helmi memberikan kedudukan lokasi iaitu di hadapan Kedai Pintu yang penuh dengan bendera. Adoi aiiii, az ni slow sikit tak paham apa itu kedai pintu hehhehe. Namun sampai juga ke destinasi. Tidak lama kemudian Razali pun sampai. Itulah pertemuan kami yang pertama. Puas juga berbual dengan Rozali Kak Sidah tak samapi-sampai lagi rupnya terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Akhirnya Kak Sidah sampai juga bersama dengan Datin Azlina dan tidak lama kemudian si manis jelita Taj dan Sinomosa pun sampai dengan alasan terbabas sampai ke Bukit Beruntung. Padanlah Si Taj tak sambar-sabar menjamah nasi lemak yang sedia menanti. hehhehe

Pukul 7.00 petang, majlis makan-makan pun dimulakan dengan santapan KPPH. Wow, sedap siot lah KPPH ini. Dagingnya lembut dan tidak berbau hamis seperti kebanyakan masakan kaming yang pernah aku rasai. Sebenarnya sebelum ke restroran KPPH ini aku dah mula makan sikit-sikit daging kambing di majlis-majlis perkahwinan dan nasi beryani kambing Batu Pahat. Alhamdulillah, lulus. Maka apa lagi aku pulon habis-habisan KPPH ini sampaikan kak sidah mengingatkan aku ...... ingat-ingat az. hehheh



shami2

bznya shami2 menggoreng kentang

kak sidah sedang melayan cucunya


di luar sana, pekerja Pak Ngah Helmi sedang memanggang kambing

inilah rupa KPPH
Terlioq ni, nak cilok satu seganlah pulak
telan air lior jer. Sabarrrrrrrrr


si kembar tidak seiras
tunggu masa nak ngap/ perabih nasi lemak

ini dia si hensem pujaan shami2
bz tu menghidang KPPH


sabar yer datin-datin
sat lagi siap lah ni


wah sudah ready

Apa lagi nak di tunggu?

wow si kembar tidak seiras
CM, Kak Ngah jangan jeling-jeling arrrrr


hei Afeez, rugi kau tak datang
kau pi layan la mantera kat one utama tu.

29 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ...

walau nama ummi tak tersenarai dlm jemputan AZ , tp ummi dpt gak jemputan dr kak Sidah ,tp malangnya kami dah dpt undangan lain tlebih dahulu mlm tu , kalu tak, nk gak join gi Rawang....

jeles btl tengok gambar2 tu..... he he he

Kak Sidah berkata...

salam az,

Panjang lebar yer az, yg seronok nya berjumpa tu..sillaturrahim..

Ummi jgn risau nanti kita buat perjumpaan lain

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Terima kasih atas hidangan hari tue..w/pun tak mendapat pelawaan dari AZ hanya dari Kak Shami..ada sy kisah? hihi

Siapa ratu PDKM? ish3x tidak sama sekali..AZ, siapa yang rupawan tue? Kak Taj ke? nyampah!! haha

Psst: AZ suka tau ambik gambar time sy tak ready? hihi hilang ayu wakaka..

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

Saya jugaklah tak sampai2 lagi. InsyaAllah, suatu hari nanti akan kuterjah jua ke kedai Shami.

Anak sayapun kat Puncak Alam jugak, tiap2 minggu balik naik bas (Klang-Melaka).

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

terima kasih atas pelawaan AZ

tapi saya tak makan banyak tu hari
malu malu
didepan saya
ada ratu
ada rupawan
he he

nyammmmpahhhhhhh
yg kacak tak sebut
ha ha

Wassalam

sinomosa berkata...

oppss patut laa sy tak berapa lalu makan hari tue..berdepan dgn atuk yg kacak..hahaha..nyampah!!

kak su berkata...

Salam AZ

Dugaan-dugaan...kambing lagi...

Ini kena cepat2 buat appointment nii, nak makan lagi...ari tu..teruja sangat nak tenguk kedai shami2...

Kali nii nak pesan, makan banyak2..
hee...hee..hee..

AZ jangan kecik ati aaa...kami dekat jer, nak gi lagi...bye...

Wslm

shami2 berkata...

Salam AZ...

Ok ker makan kambing hari tu ada tindak balas dakkk...hehhehe..risau..ni nak tau eksperimen ..tuh herba pak ngah sesuai ke tidak...sbb sebelum ni mana yg ada BP kronik bleh makan...

Aikkk Az,..sampai dapur dia duk snap..sib baik periuk belanga berkilat...dapur tu pun berkilat..hahahah
Apaperpun nanti nak minta izin down load masuk dalam blog shami nak simpan...hehehhe

Terima kasih jugak kerna akhirnya dapat kita semua bersua...kan

MohdArshad berkata...

Salam AZ.. semoga uhkwah berpanjangan....ada lagi sorang dari 3 dara pinggitan tak hadir.

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

kak sidah jemput tu bermakna macam az jemputlah juga. Insya Allah nanti kita plan semula yer.

Kalau umi ada hari tu sure lagi meriaah.

Ayah Zain berkata...

salam kak sidah,

itula pasal, bila idea datang seronok mengarang, bila idea tak mai, apa ke benda nak dikarang. semua tak menjadi

Ayah Zain berkata...

Salam Syima,

hehehh, terima kasih datang. AZ amat berbangga dengan kedatangan syima berdua.

Ayah Zain berkata...

salam ina,

ooooooo. Anak kak ina duduk blok mana? Lelaki ke pompuan?

Ayah Zain berkata...

salam Rozali,

yer ke Rozali makan sikit. hahahha saya jeling2 kat sebelah ....... Mesti selera u memuncak dengan adanya ratu dua orang tu.

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

tak apa kak su. Kak su dekat kat Rawang tu. Lain kali kalau pergi jangan lupa jemput umi umairah sekali.

Ayah Zain berkata...

salam syima,

yang rupawan itu ialah syima dan taj. Siapa lagi mawar yang ada masa tu.

rezeki berkata...

salam az

syukur , meriah

bertambah lagi usia dan semoga sentiasa diberkati Allah

Ayah Zain berkata...

salam syami,

ok jer. tak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku. Alhamdulillah.

ooooooo ada pakai herba, padanlah sedap semacam terutama kuahnya itu. Macam nak mintak tapau jer hari tuh

Ayah Zain berkata...

Salam Hj,

siapa yang dimaksudkan itu? Hanis ker? Hanis kata dia ada kenduri arwh di kampung jadi dia tak boleh datang

shami2 berkata...

Salam Az...

Aduaiii awat tak cakap nak tapau...
hihihi
AZ lenkali kita pakat2..book 1 kambing...kita panggang hehe

kak tun BHS dah rasa camnar kan2 kak tun...
awat diam lakkk dia....masuklah cepat...hihihi

Bleh bawa balik tulang belulang dia sekali..sedap tulang dah panggang dibuat sup...tuh

Psst nanti kita nak usha CL mai makan risau narr dia ngan BP dia tu...kita dah masukkan herba...pemilik2 BP semua ok jer...bila makan...

taj berkata...

Salam AZ....

AZ...hepi bezday...n tenkui2...wa caya lu bro..nampak hapi sgt ptg tuh...:)

atukkk: nyammmpahhh ngan atuk...
alaaaa buat malu2 kucing pulak...rugilah makan sikit...abaikan je ratu/rupawan di depan tuh...

syima: ko pun malu gak ngan atukkk yg kacak tuh...ko rugi ah...aku yg untung

taj: kalu ada kambing, dah tak pandang lain dah...itulah taj yg kambingholic...wakakaa

taj berkata...

Salam AZ,,,,

lagi sorang 3 dara pingitan tuh...adalah tikah bukan hanis ya...

itulah jawapan bagi Haji Arshad..hehhe

afeezz berkata...

salam az : alahai, bukannya sengaja takmo pi.m dah janji ngan orang lain dulu.... next time klu ade rezeki...

Ayah Zain berkata...

salam Shami2

nak balun sekok kambing? oooooo mama mia. mahu senoning giler tu. Ok shami2 punya pasal no problem

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

alhamdulillah. Midah-mudah dipermudahkan segala urusan

Ayah Zain berkata...

salam taj,

yer ke nampak hepi. Tengok Taj datang ngan shima, mestilah az hepi.

oooooooo tikah yer. Ingatkan hanis.

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

alahai, tak ada janji pun ngan sapa-sapa pun tak mahu datang. saja jer tu

PINATBATE berkata...

Seronoknya..mudah-mudahan ukhuwwah berpanjangan

Ayah Zain berkata...

salam pinat

insya allah. moga berpanjangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...