Sabtu, 3 Julai 2010

Majlis Kesyukuran

030710
Alhamdulilah dengan izin Allah majlis kesyukuran pelajar tingkatan dua berjaya dilaksanakan di surau maktab pada pada pagi tadi.
Majlis ini dianjurkan sendiri oleh pelajar tersebut dengan diketuai oleh Penghulu Tingkatan 2 beserta AJKnya dan dipantau oleh guru penyelarasnya. Memang hasrat kami agar semua majlis rasmi maktab dikendaikan sendiri oleh pelajar dengan bimbingan atau pantauan daripada guru-guru. Kami percaya pelajar tersebut mempunyai bakat kepimpimpan sendiri dan di sinilah bakat kepimpinan tersebut di disemai, dipupuk, dibaja dan dijaga agar membesar dengan umur mereka. Mereka adalah pemimpin generasi akan datang.

Majlis dimulakan tepat pukul 9.30 pagi 3 Julai 2010 dengan Solat Sunat Dhuha, Sujud Syukur, Bacaan Yassin,ucapan Pengetua, Timbalan Pengetua HEP dan HEA, serta ucapan Penghulu Tingkatan 2. Tidak ketinggalan sebagai selingan ialah persembahan nasyid turut menyerian majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan Salam Jamiah dan seterusnya ialah majlis yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Menjamu Selera.

Majlis ini diadakan kerana kejayaan mereka yang begitu memberangsangkan dalam Peperiksaan Semester 1 yang lalu dimana 116 daripada 146 pelajar mendapat Purata Nilai Gred  (PNG/GPA) melebihi 3.00. Di antara mereka itu 43 orang mendapat PNG 3.50 ke atas. Paling menggembirakan pelajar tersebut ialah tiada seorangpun pelajar yang mendapat PNG di bawah 2.00 kerana PNG paling rendah ialah 2.45. Mengikut data batch ke 8 ini menunjukan prestasi yang paling baik sekali berbanding dengan batch sebelumnya.


Bacaan yassin : Pelajar Putera Ting. 2

Bacaan Yassin : Puteri

Makan Time : ada paramusaji tu
bagus betul budak-budak ni

Puteri sedang mengambil hidangan
nyum-nyum
mama su, nak rasa donut ni sedap tau
ermmmmmmm sedapnya nasi ayam ni
mama nadz mai ler jemput sekali
bersopan sekali
para guru sedang menjamu selera
CM - paramusaji tu puteri tingkatan 2

5 ulasan:

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

Terima kasih jemput mama nadz makan..dan anak yang menjemput tu pun comel..sampaikan salam mama nadz kat putera tu..pesankan dia..supaya score 4 flat!!!
Alhamdulillah ..satu majlis yang amat berbahagia hati..amin

Ayah Zain berkata...

alaikum salam mama nadz,

hehhe,macammana naksmapaikan tu, depa tak tahu siapa heheh.

memang bebudak tu teruja dengan majlis sebegini. kita bagi support jer

kak su berkata...

Salam Ayah Zain

Kenapa pelawa mama su makan...

Ini yang buat mama su sedih menggenangkan budak2 kat maktab nii..

Anak akak kat K.Klawang tuu sangggup nak puasa sebab kalau budak2 yang puasa dapat lauk ayam utk berbuka, air pun colour lain... sian dia...sambil menyelam dia minum air laa...insyaallah pahala dikejar, perut pun diisi... huk..huk... budak-budak...


Tahniah kepada anak2 didik AZ, doakan anak2 akak pun berjaya yaa..


Wslm

Ayah Zain berkata...

salam kak su

hehhe.

alhamdulillah. mereka tu pandai sebenarnya tetapi tak serius belajar

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

masyaAllah..
hebatnya adik2 f2!!!Alhamdulillah
inilah yg kita nk,sapa lg yg nak naikkan imej ISLAM kalo bkn antum

moga2 kjyan antum dan antunna diberkati..
dan ana sangat suka mengingatkan
firman Allah dalam surah Muhammad:7

'barangsiapa yg menolong agama Allah,nescaya Aku akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu'

p/s:doakan kjyan ana di matrik ni..4flat!!!insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...