200710
Tiba-tiba aku terlayan pulak tag daripada Sinomosa. Waduh waduh, golo den. Apolak eden yang ditag. mano den ghoti tag mengetag ni Syima oiiiii. Beto la budak sekor ni.
Ok tidak mengapa az sporting. az cobak dapatkan tujuh fakta.
Fakta pertama :
Aku dilahirkan pada tahun Malaya merdeka daripada British pada tahun 1957. Maknanya umur az u all dah tahu kan. Ala apa nak sorok-sorok. az baru jer masuk 35 tahun. kikikik
Fakta kedua.
Satu kisah semasa aku menyertai Outbound School (OBS) di Lumut pada tahun 1987. Ada satu sesi bermalam di hutan Lumut. Masya Allah. Aku ni bukannya jenis yang berani macam Rozali. Ya Allah ya Tuhanku Kau ampunilah dosa-dosaku. Bukannya semalam tetapi dua malam. Kata orang sekarang Pakej 3 hari 2 malam. Apa yang aku nak buat sorang-sorang ni. Yang paling menyeramkan ialah pada waktu malam. Nak pasang kemah tak berapa reti . Pasang2, runtuh, pasang runtuh. Kemahnya bukan macam kemah sekarang cuma sekeping kanvas. Pandailah kau nak hidup......... huhuhu
Fakta ketiga
Fakta ketiga
Kata orang kereta ini macam orang juga. Kereta ni sangat sensitif. Jangan cakap sembarangan dengan kereta kita. Nanti dia merajuk. Aku pernah sekali terlepas cakap dengan kereta aku ni. Tak mahallah cuma Proton Saga Megavalve. Kereta ni dah berisia 15 tahun ketika itu. Maka semasa memandu bersama isteri, sahaja aku cakap. Jom kita beli kereta baru. Kereta ni kita juallah. U all nak tahu apa berlaku.Semasa itu aku sedang mengekori sebuah lori ....... Tiba-tiba lori itu menekan brek kecemasan, ya Allah, rupanya ada satu kancil hendak membelok ke kanan jalan tanpa memberikan signal. Mangkok hayun punya kancil. Nasib baik aku ini jenis pemandu cekap. Aku dapat menekan brek kecemasan aku. Namun, memang udah ditakdirkan, sedang elok aku melepaskan brek, kereta di belakang merempuh kereta aku. Apa sudah jadi? Kereta aku disondol daripada belakang dan kereta aku yang beberapa sentimeter sahaja terus terperuk di bawah lori itu. Maknanya, belakang kena, depan pun kenak. Aku tersepit ditengah-tengah. Dah sifatnya lori, lori itu tidak terjejas sedikit pun. Hasilnya bahagian depan kereta aku remuk dan di belakang lagi tak boleh cerita lah. Alhamdulillah, kami tidak mengalami apa-apa kecederaan. Habis RM3K untuk merepair dan mengecat semula. huhuhuh.
Fakta keempat
Aku penghidap diabetis melitus non insulin.Sudah 23 tahun aku menghidapinya. Tapi tiap-tiap hari makan ubat. Kalau tak makan paras gula akan naik mendadak. pernah menjalani pembedahan kerana menghidap bisul raja/curbuncle kerana implikasi kencing manis. Lebih sebulan merana kerana kesan bedahan yang dikorek oleh doktor sebesar telur ayam. Terima kasih kepada isteriku yang budiman kerana merawat dan mencuci luka di bahagian belakang badan.
Fakta kelima
Aku orang Malaysia. Mak aiiiii. Semua orang Malaysia. Mula la tu hehheh.
Giniiii: Aku lahir di Alor Star Kedah. Dibesarkan di Negeri Sepuluh tolak satu. Belajar di Selangor. Kerja di Negeri Johor. Berkahwin dengan orang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bila bersara nanti nak menetap di Melaka.
Fakta Keenam
Aku anak ketiga daripada sembilan adik beradik. Aku anak lelaki yang sulung. Semasa bapa aku meninggal dunia masih ada 3 orang lagi adik perempuan aku yang belum berkahwin. Maka akulah yang menjadi wali kepada mereka. Alhamdulillah ketiga-tiga adik perenpuan aku dah berkahwin. Aku yang menikahkan mereka. Alhamdulillah. Tidak ada masalah. Bila tangan digoncang, bertanya kepada saksi kiri kanan ....... sah? saksi kata sah, maka doa pun dibaca. ............
Fakta ketujuh.
Mak oiiiiiii sampai gak nombor tujuh. Bab ni tak sodap dengar . Masa tu umur aku 16 tahun. Tahun 1974. Muda remaja. Tahap memberontak memang tinggi. Suatu petang berlaku insiden yang tak dijangka. Kerana sakit hati dan tidak tertahan kerna di dera oleh bapak, az nekat terjun ke dalam perigi yang dalamnya lebih 15m. Paras permukan air dalam perigi ketika itu lebih 3m daripada permukaan tanah/bumi (air telaga daripada permukaan 3 meter... tinggi tu) . Zaman dulu-dulu pergi orang kampong memang begitu. Dalam. Nasib baiklah az ni pandai berenang kalu idak dalam lama az berhenti jadi orang. (nanti boleh cerita dalam n3 ni ............ tunggu!!!)
Nak Tag siapa?
Az nak tag Cikgu Mas, Umi Humairah, Mama Ju, Pinabate, Syami2, Kak Hajah zainab, Ayahanda, CL, Rosli, Rozali dan siapa sahaja yang berminat. jangan malu dn segan arrrrrrr.
Nak Tag siapa?
Az nak tag Cikgu Mas, Umi Humairah, Mama Ju, Pinabate, Syami2, Kak Hajah zainab, Ayahanda, CL, Rosli, Rozali dan siapa sahaja yang berminat. jangan malu dn segan arrrrrrr.
15 ulasan:
Assalamualaikum AZ
waaaa
sekarang dah pandai tag mengetag orang
siapa yang ajarrr
tentu syima
walau macamanapun t/kasih
Wassalam
salam az : lor... awat hang pi terjun dalam perigi tuh???
Salam AZ...
Wah pandai AZ mencobak..kalau saya mencobak..silap2 ditimpak balak..hehehehh...
Az pengalaman hidup indah untuk dikenang....boleh jadi pengajaran pada kawan2 kan..khususnya untuk yg lebih muda...
Saya tunggu n3 terjun perigi tuh...suspen tullah...
Aikk shami pun masuk senarai kaaaaa...
Salam Ayah Zain
Menarik cerita 1Malaysia dlm Fakta ke 5 tu. Nampaknya, supaya lebih lengkap, kena berusaha mencari bisan di negeri-negeri yg belum masuk list. Kot kena Sabah dgn Sarawak, jauhlah sikit.
Salam AZ,
Cayalah AZ sporting layan tag saya hihi
Nak duduk Melaka eks?? Kenapa??
salam az
layan tag takpe
jgn suruh layan thumb tag hehehe
karang berlubang
salam AZ
AZ layan tag syima ni dulu sebab tak nak keluarkan N3 AZ makan lamb ke?
Hebatnya riwayat hiduo dia...berliku dan menarik buat novel....
Kenapa pilih Melaka? Ada besan kat situ ke?
Tkasih tag mama. tAPI mama tak pandai macam AZ...
salam Rozali,
hehhe, dah syima la, siapa lagi
salam afeez,
ada ler sebabnya. Tunggulah sebab musababnya
salam shami,
yup, mesti buat tu
salam temuk,
hahha, bab cari menantu biarlah anak-anak yang cari sendiri
salam syima,
sebab, sebabnya kan, kan, hehheh, sebabnya nak duduk kat melaka la
salam rezeki,
thumb tag? itu memnag nak kena la
salam mamaju,
layan tag ni. mesti menarik giler tu
saya pun kena tag jugak..?
larikkkk.........................
Catat Ulasan