090710
Hari ini ialah 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rajab 1431.
Bermakna malam ni akan penuhlah masjid dan surau meraikan
kedatangan Malam Israk dan Mikraj
iaiyu di mana berlaku malam perjalanan Rasullah Nabi Muhammad SAW ke Masjid Aqsa dan
di mikrajkan ke langit. Mikraj itu merujuk kepada perjananan Nabi Muhammad SAW merentasi 7 laipsan langit sehingga baginda samapi ke Sidarul Muntaha. Peristiwa ini berlaku hanya pada satu malam. Satu hadiah yang didapati daripada Allah untuk Nabi Muhammad dan umatnya ialah Solat Fardhu 5 kali sehari dan semalam.
Alhamdulillah. Terlalu banyak nikmat Allah yang dianugerahkan Allah kepada umat Muhammad SAW dan nikmat mana satukah yang mahu kamu dustakan.
Terdapat dua pengajaran penting pengajaran penting peristiwa ini iaitu
1. Solat adalah anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW yang diperolehi terus daripada Allah berbanding dengan Zakat dan puasa. Bermakna Solat itu adalah hadiah Allah kepada hambaNya untuk untuk menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.
2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (QS: Al-Israa:17:1)
p/s : Kemana menghilangnya teman-temanku, penat aku menunggu menziarahi rumah baruku. Mungkin sibuk dengan urusan masing-masing. Namun hatiku terubat juga dengan kehadiran pak itam dan shami2. Terima kasih kepada kalian berdua.
16 ulasan:
Salam Az....
Setiap tahun pasti datang tarikh ini..betapa banyaknya hikmah yang Allah berikan kepada kita hambanya...
selagi ada hayat semoga kita senantiasa meningkatkan keimanan kita padaNYa...
Assalamualaikum AZ
mula mula tak berani nak masuk
takut2 salah rumah
rupa rumah AZ yg baru
awat tak habaq
ada rumah baru
Wassalam
Assallamualaikum AZ,
Bila Az bertanya adakah mama telah melawat rumah baru AZ, mama yang lurus bendul ni,,tertanya-tanya juga..bila yang Az ada buat N3 tentang rumah baru atau ada paparkan rumah baru? atau tersilap message kerana mama belum pernah ke daerah sana...
Bila mama nadz ziarah blog..rupa-rupanya rumah ini telah dibarukan..blog ini design baru..cantik dan nostalgia lah.
N3 kali ini saling mengingati kita tentang Israk dan mikraj. Terima kasih
salam Shami2
Terima kasih shami2, anda pelawat pertama. Insya Allah, az akan ke Kedai kambing panggang pak ngah helmi nanti. Rasa-rasanya macam 17 Julai kalau panjang umr la.
salam rozali
hahahha, pandai gurau yer. Tunggu juga mana la atok tak mai mai lagi. Alhamdulillah sampai juga.
salam mama nadz,
hahahhaha, lurus bendul yer, tak mengapa asalkan sampai juga.
Terima kasih naa.
AZ masih menunggu orang makkah, rosli, kak syidah, mamaju, afeez, umi (takziah umi yer, dan yang lain-lain terutama CM, Hanis, Datin, ayahanda dan yang tak tersebut kat sini. Marilah seri2kan umah az ni
Salam AZ,
Cantik rumah baru Az..mcm2 ada!!Ada lampu,frame gambar dan yg paling antik skali...telefon tu..cantik!!
AZ,awaq gambar Az takde kat frame tu..hehehh
Terima kasih atas catatan ni...semoga kita menjadi hambanya yg sentiasa taat dan bersyukur dgn apa yg dikurniakan..
Wassalam
salam from Kl
cantiknyer....rumah ayah zain...ni suke tengok
waslm
salam Azima
terima kasih atas penghargaan. Gambar az? huhuhu
az baru balik daripada majlis israk mikraj. duajam lebih penceramah tu cerita pasal israk mikraj ni
salam CL
ma kasih datang. Sampai juga CL umah az ni. Bagia rasa di hati hehehhe
swalam az,
ni akak dah sampai rumah baru az, cantik yer, berapa ribu buat rumah ni az..hehehe..kenape buat rumah baru ni az...
az, nanti kalau pegi tempat shami, beritau yer kita g sama2. Anak akak dah lama ajak,abg z pun memang suka kambing panggang tu, jgn lupa yer...calling2.
salam kak sidah
entahlah, mula2 cuba. lepas tu nak balik rumah lama, template nya dah tak ada. huhuhu
tak berapa selesalah template ni.
ok. kalu jadi pada 17 julai nanti az nak ke sana
Salam ziarah az. Selamat bergunbira bersama rumah baru, baru dibina. Sebagai satu cahaya utk menyambut bulan baru yang akan datang.
Kelebihan siapa yang berpuasa pada hari ini adalah ganjaranya seperti berpuasa 60 tahun.
Semoga az cepat sembuh.
Wasalam.
salam az,
wah wah wah...buat umah baru pulak dia...ada house-warming ke!! ceria..cantik...
az..rupanyer az ada restoren kat paris yer...hehehe, nanti kak nab tunjukkan..
salam MI,
Beruntunglah mereka dapat berpuasa pada hari ini ter.
Terima kasih atas doa MI itu
salam kak nab,
iyer ker. Untung arr az kalau betul2 az yang punya reztoran tu.
house warming? ada, mesti ada, yang datang meninggalkan tapak inilah house warmingnya. alam maya bukan? heheheh
Catat Ulasan