Sabtu, 24 Julai 2010

peterseli , panci dan lemari es

240710
Salam Ceria. Hari ini terdapat satu info yang aku ingin berkongsi dengan para pembaca CHHM yang aku dapat daripada emelku. Sayangnya info ini dalam Bahasa Indonesia justeru ada beberapa istilah yang aku sendiri tidak mengerti. Mari kita baca info ini:

Bertahun-tahun berlalu dan ginjal kita menyaring darah dengan membuang garam, racun dan yang tidak diinginkan memasuki tubuh kita. Seiring berjalannya waktu, terjadi akumulasi garam dan hal ini memerlukan perawatan pembersihan.

Bagaimana kita akan melakukan ini?
Sangat mudah, pertama-tama ambil seikat peterseli dan cucilah sampai bersih
Kemudian dipotong dalam potongan-potongan kecil dan masukkan ke dalam panci lalu tuangkan air bersih dan didihkan selama sepuluh menit dan biarkan dingin dan kemudian saring dan tuangkan dalam botol yang
bersih dan simpan di dalam lemari es hingga dingin. Minum satu gelas setiap hari dan Anda akan melihat semua akumulasi garam dan racun lain yang keluar dari ginjal Anda dengan buang air kecil. Anda juga akan melihat perbedaan yang tidak pernah rasakan sebelumnya.

Peterseli dikenal sebagai pengobatan terbaik untuk membersihkan ginjal dan itu ALAMI!

Silahkan disebarkan ke semua teman-teman Anda!

Info ini menerangkan kepada kita cara termurah membersihkan buah pinggang kita, hanya memerlukan seikat peterseli yang dididihkan ke dalam periok (panci) dan di dinginkan dalam peti sejuk (lemari es).

Yang menjadi masalah ialah peterseli. Apa itu peterseli? Uncle google menterjemahkannya sebagai parsley sahaja. Ada yang kata sebagai daun sup, ada yang kata sebagai daun ketumbar, namun apakah yang sebenarnya parsli itu? Sekiranya Datin, CM, Kak Su, Kak nab, Kak syida, umi umairah dan yang lain-lain tahu bolehlah memberitahu agar  kita dapat berkongsi bersama.


Daun Parsley

Berikut ialah hasil dapatan aku daripada wikipedia berkaitan dengan parsley

Pokok Pasli (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.Kegunaan : Daun pasli kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

14 ulasan:

kak su berkata...

Salam AZ

Akak cadangkan kita rebus jer dua2 daun tuu..minggu ni pasli next week daun ketumbar bukan daun ketum tau....

(Anak AZ, Ammar dah balik ker??)

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

hhehe kak su memang best.buat pa nak susah mikir yer.

amal balik hari ini. dia balik naik bas.

makmuda berkata...

salam AZ,

saya mahasimuda ;D sekarang nak jadi makmuda je ;) baik pesanan ini. ayah saya menghidap sakit ginjal selama 8tahun sebelum kembali padaNYA..saya nak cuba amalkan, muga tak terkena sakit ayah..
bapa mertua org pontian..hari ni nak kesana mengambil durian2 yg dah runtuh dan jugak cempedak :) durian saya tak makan. cempedak saya suka :)

aznaz berkata...

salam ayah zain



satu information yang amat berguna untuk kita semua...mekasih atas paparan nih ayah zain


waslam

Ayah Zain berkata...

salam makmuda,

tak suka makan durian yer. hehhe sama lah kita. namun kalau di hantar ke rumah az, boleh az buat tempoyak. az suka makan gulai pucuk ubi yang dipotong halus dan dicampur dengan tempoyak. best siot

Ayah Zain berkata...

salam CL,

CL elok amalkan parsley ni sebab ia boleh menstabilkan tekanan darah tinggi

rezeki berkata...

salam az

daun ni adik beradik dgn daun sop ya

afeezz berkata...

salam AZ : wah3... sudah menjadi indon nampak AZ kite ni. cakap pon suda serupa org seberang

shami2 berkata...

salam Az..

Ya banyak manfaatnya daun pokok tu..elok kita amalkan...

Unknown berkata...

salam AZ ...

ummi pun tak tahu daun tu ,n setuju dgn cadangan kak su tu ....

bagus gak info ni ..tk

Ayah Zain berkata...

salam CR,

tak tahulah sama ada adik beradik sepupu atau bau-bau bacang

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

yer ke. bisa di atur pak

Ayah Zain berkata...

salam shami2,

shami tahu tu peterseli tu

Ayah Zain berkata...

salam umi,

az tanya kat pasar, penjual sayur pun x tahu apa tu parsley. ada yang kata hanya di jual di pasaraya besar macam jusco

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...