Khamis, 15 Julai 2010

seketika di restoran cina muslim

150710


Restoran al-Munawarah
Restoran Cina Muslim di Shah Alam

Restoran ini menyediakan pelbagai menu masakan cina. Ia diusahakan oleh pengusaha cina yang beragama Islam. Restoran ini begitu kondusif, bersih dan di bahagian atasnya terdapat kawasan yang lebih ekslusif namun kami memilih untuk makan di tingkat bawah sahaja.Aku ke restoran ini bersama kawan lama dan isterinya untuk menikmati makan malam. Beliau mencadangkan aku mencuba makanan cina sebuah restoran di Shah Alam. Dia kata memang betul betul ho liaw.

Apabila meneliti menu yang diberikan oleh pelayan aku tidak tahu hendak memilih. Pelbagai menu yang begitu asing bagi aku. Kawan aku memilih meehoon goreng sahaja sementara isterinya memilih nasi berserta ikan cendawan. ermmmmmmmm. Pililh punya pilih, fikir punya fikir aku memilih kungfu wantan mee
Kungfu wantan mee
tengok tu mee wantannya yang berceranggah macam orang berkungfu, keras tetapi ranggup.
nak makan macam mana ni.
maka aku membalik-balik mee tersebut ke sos yang panas dan hasilnya
not bad
barulah boleh makan hehhe
slurpppppppp, memang sedaplah kak su


15 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

kat Beijing semua masakan cina ! alahai tak sesuei dengan tekak ni...ade orang laju je !

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

aduiiiii
nekmatnya mee kungfu
tapi saya lebih suka mihun

Wassalam

afeezz berkata...

salam az : bole le az belanja kami di sini nnt

Ayah Zain berkata...

salam SAK,

abih kat sana , U makan apa? Kan sedap masakan china di Beijing tu

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

yup memnag sedap bangat.

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

yer ker. yer ler tu

kak su berkata...

Salam AZ

Laa...akak pun gi ke situ pada hari kedua. Buat spek kat kedai Ustaz Amin selang 3 pintu kot...

Kami pun first gi situ...order 2 2 menu asasnya kicap...tak reti gak..

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

yer ker. wat x habaq kalu idak boleh makan sekali.

مسافر اسلام berkata...

Salam az...tgk macm sedap la. Pedas tak?

aznaz berkata...

salam ayah zain...


ahhh nampak sedap jer mee kungfu tuh..heheheheh


wasalm

Ayah Zain berkata...

salam MI,

tak pedas langsung. kena minta cili kalau nak pedas

Ayah Zain berkata...

salam CL,

yup, memang sedap.

rezeki berkata...

salam az

rasanya towkey dan restoran ni pernah keluar kat tv

mee tai chi ada tak hehehe

mama ju berkata...

Salam AZ

Saya ada baca cerita restoran ni kat akhbar...saya dah simpan...rupanya ada org lain dah ke sana dulu...

Baca kisah al munawarah tu memang menarik....

shami2 berkata...

Salam Az...

Aduiaii lepas makan mee tu sure boleh berkungfu...heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...