190710
Sesungguhnya PDKM telah banyak menemukan aku dengan insan-insan yang berhati luhur. Kali ini aku menerjah kediaman kak su di Bandar Puncak Alam. Kak Su ini selalu menjengah aku di alam maya dan sering meninggalkan jejaknya di Ceriakan Hari-harimu.
Kebetulan hari Sabtu yang lalu 17 Julai 2010 aku menjemput Putera Bongsu di UiTM Puncak Alam. Sudah terlanjur ke sana aku mengambil kesempatan menziarahi Kak Su sekeluarga. Kedatangan aku disambut mesra oleh Kak Su berserta suami kesayanganya.
Perjalanan aku ke rumahnya tidak menghadapi masalah kerana jurupandu aku begitu cekap mengenalpasti kediaman kak su ini di Bandar Puncak Alam ini.
ini dia kediaman kak su
besar, teguh begitu mempersonakan
ruang yang begitu kondusif
lengkap dengan dipan untuk kak su beristirehat
Kak Su jangan marah ar az skodeng ni
ruang hijau yang begitu melembutkan jiwa
kellas gitu
Tidak terasa langsung masa berlalu kerana bual mesra dengan suami kak su yang peramah. Borak punya borak lebih dua jam kami bersembang dengan kak su dan sumainya. Kami terpaksa minta diri kerana selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Rawang kerana ada temu janji di Restoran Pak Ngah Helmi.
12 ulasan:
salam AZ....
rupa2nya rumah kak su tak jauh ler dr rumah ummi..
salam umi,
yer ker. Az rasa macam jauh jer. Ada short cut ke Puncak Alam ke Kota Damansara tu.
salam AZ
Az ada skodeng gambar su tak? Ingin nak tgk dia....gambar kita dia selalu tgk...gambar dia mana nak cari...!
Su jangan marah...nanti bila senang mama telefon.
Assalamualaikum AZ
taniah
mengeratkan ukhwah
taniah juga untuk mrszian
kerana spoting
Wassalam
salam AZ,
dah ramai kenalan melalui pdkm kan..semoga persahabatan berpanjangan ...
Salam Mama Ju,
mestila ada gambar kak su yang manis.
hehheh.
Salam Rozali,
alhamdulillah. Semoga persahabatan kita terus berpanjangan
Salam Kak Sidah,
yup. Semoga tali silatulrahjim ini berkekalan hendaknya.
Salam AZ n Mrs
Ya Allah!! Malunya...awat hang masukkan dlm blog CCHM nii...
Alhamdulillah, ini semua pinjaman dariNya.
Harapan kami sekeluarga AZ dan sekeluarga jangan serik datang lagi. Kali nii akak akan pastikan garamnya cukup...huk..huk...malunya
Pada rakan yang lain pun sudi2lah jenguk ya...
Wslm
Salam kak su,
lor awat yang malu. Ni Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kunjugan kami dan menjamu dengan juadah yang lazat .
Mama Ju nak tngok kak su ni. Boleh kan?
Salam Az...
Ukhwah dijalin...ingatan kan berkekalan..
dari dunia sampai akhirat....kiriman doa sentiasa diharapkan..
selagi hidup maupun dah tiada..mudah-mudahan hidup kita saling tolong menolong...penuh dengan keberkatan keredhaan dari Allah sentiasa berpanjangan
Salam Syami2
Terima kasih yang tidak terhingga drpd az kepada syami2
Catat Ulasan