290710
Apabila kita berzikir iaitu menyebut nama Allah, apakah yang dapat kita rasakan? Adakah hati kita bergetar? Adakah timbuk semasa rasa atau perasan semasa kita menyebut nama Allah? Atau kita tidak merasai apa-apa. Hanya sekadar menyebutnya sahaja.
Sebenarnya semasa berzikir bukan banyaknya hitungan yang perlu kita capai. Bukan kuantiti yang diperlukan tetapi kualiti zikir itu. Tujuan berzikir ialah untuk mengingat Allah dan bukan banyaknya kiraan sebutan Allah itu.
Tiada saranan yang meminta kita berzikir sebanyak 3 kali, 33 kali, 100 kali, atau bilangan lainnya, tetapi Al Qur'an menganjurkan lebih dari itu :
Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. (QS : Al Ahzab [33] : 41).
Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. (QS : An Nisaa' [4]:103)
Ayat-ayat tersebut tidak menganjurkan kita mengira tetapi sebanyak-banyaknya dan setiap saat. Oleh itu marilah kita berzikir dan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya tanpa mengira hitungannya. Kita sebutlah sebanyak mana yang kita mampu.
16 ulasan:
salam AZ,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar .....berzikir sambil2 berfikir semuga mnjadi pasak kehidupan yg diredai dan direstuiNYA..amin.
trimakasih atas pelawaan zikir ini
Salam Az....
Ingatlah Allah ...setiap masa...ya kalau kita betul2 kusyuk..zikir itu mampu...membuat kita menangis sendu sorang diri...kala tangan diangkat ...jiwa diserah sebulatnya pada Allah...getaran tu boleh terasa keseluruh urat saraf....
Sebab tu kusyuk zikir mampu mengundang pelbagai..pekara istimewa dalam diri kita..tak leh di amalkan tanpa ilmu..nanti rosak..aqidah kita...
Salam az..
lagi...info..
gunalah jari jemari sendiri untuk berzikir...kerana ia ibarat kita mengasah pisau menjadi tajam...syaitan akan takut...tangan2 yg selalu digunakan kala berzikir bak scanner..boleh kesan ..berbagai pekara mistik bila tersentuh pada badan yg ada benda tu..boleh kesan benda2 mistik dalam rumah dll...
Jari2 yang digunakan untuk berzikir juga akan menjadi saksi diakhirat nanti...mudah2 zikir sentiasa tidak kering dari lidah kita ...insyallah Allah bersama kita sentiasa
Salam Ayah Zain
Peringatan & saranan yg pastinya boleh menggugah orang yg lalai. Terima kasih. Dlm ceramah ada ustaz menyatakan, walau semasa memandu kereta atau buat gardening, sepatutnya sempat kita berzikir.
Salam AZ...
Suatu peringatan yg sangat wajar kerna sudah lumrah manuasia kekadang terlupa, terlalai, tergelincir & jatuh ke dlm kecuaian terutama skali ketika diuji Allah dgn kesenangan, kemewahan dsb. Tapi muslim yg taat kpd Tuhannya segera beringat dan sedar dan segera kembali kpd Tuhan nya dgn meminta ampun. Berzikir membesarkan Yg Maha Esa, mengingatNya tanpa jemu membawa mereka yg lupa ke landasan yg betulserta kembali semula pada perlindungan Tuhannya yg disertai dgn hati yg takut dan sentiasa memohon keampunanNya.
WalLahu a'lam
Salam Az, terima kasih ingatan ini
Assalamualaikum AZ
moga zikir kita diterima oleh Allah
Insyaallah
Wassalam
Salam AZ,
zikir maknanya ingat tapi kita selalu dilalaikan supaya tak ingat. syukur pada hati2 yg sentiasa ingat dan mengingatkan.
salam ain,
insya allah. ingat mengingati akan menjadikan kita sentiasa ingat kepada siapa yang mencipta kita
salam syami,
insya allah akan cuba dilakukan menggunakan jari jemari ku itu
salam temuk
insya allah, berusaha untuk mengingati allah dengan zikir. kadangkala lalai n leka
salam aki,
bernas betul pandangan aki. bila kita terleka dan ada yang mengingati kita akan terus mengingati allah semula.
salam aki,
bernas betul pandangan aki. bila kita terleka dan ada yang mengingati kita akan terus mengingati allah semula.
salam kamato,
anda di alu2kan.
salam rozali,
insya allah. semoga kita sentiasa meningati allah
salam mak muda,
moga kita tidak terus terleka
Catat Ulasan