Sabtu, 31 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru (1)

310710
Hari ini tercatat satu sejarah di tempat kerjaku.
Berlangsung majlis pernikahan seorang guru di Surau Sekolah dan seterusnya majlis perkahwinan dilangsungkan di Dewan Sekolah. Tentunya majlis pernikahan ini disaksikan oleh pelajar-pelajar yang juga merupakan satu bentuk pembelajaran tidak formal dalam bab munakahat.
Di sini pelajar boleh menggunakan teori di kelas dengan amali yang sebenarnya, Tentunya peristiwa ini akan menjadi satu lagi saat manis bagi pelajar dan terutamanya kepada pengantin itu sendiri.

Jam 9.00 pagi rombongan pengantin lelaki sampai di surau dan diikuti dengan kehadiran pengantin perempuan dan akhirnya jurunikah daripada kampong berdekatan sekolah datang untuk menyempurnakan majlis pernikahan tersebut.

Majlis pernikahan tamat pada pukul 10.00 pagi dan seterusnya majlis perkahwinan diadakan pula di dewan sekolah . Mempelai di iringi dengan pasukan kompang sekolah dan disambut oleh  3 orang pahlawan menunggu mempelai di foyer dewan menghadiahkan persembahan pencak silat kepada kedua mempelai yang cantik jelita dan tampan bergaya. Majlis diserikan lagi  dengan tarian zapin selamat datang oleh puteri putera sekolah di bawah bimbingan guru penasihat kelab kebudayaan.

Lagi bermakna  katering j disediakan oleh rakan-rakan guru dan pasukan kenderat pula diuruskan oleh pelajar-pelajar tingkatan dua yang kacak dan jelita melayan tetamu yang tiba menjamu selera. Membanggakan juga jurubasuh pinggan   disempurnakan oleh pelajar-pelajar secera bergotong royong.


Selamat Pengantin Baru kepada Guru Bahasa Melayu kami. Semoga anda berbahagia hingga ke akhir hayat yang bakal  diceriakan dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucu kalian nanti. Insya Allah.

sebagaian pelajar yang menyaksikan majlis pernikahan di surau

hantaran dan balasan di letakan beriringan simbolik kesefahaman dan kebahagian

Jurunikah mendapatkan persetujuan pengantin perempuan (Cikgu BM)
udah setuju kena tandatangan

aku terima nikah.......... sah? sah amin
hanya sekali lafaz tu CL

penyerahan hantaran RMxxxxx.xx

yer bang .............

tak yah malu-malu
yang haram sudah  menjadi halal

ibu pengantin perempuan berpesan kepada anak kesayangan agar menjadi isteri yang solehah.......


ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan anak-anak muridnya

bergambar kenangan dengan boss

18 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

tahniah diucapkan kepada kedua mempelai itu...tahniah kepada AZ yang menguruskannya...rasanya ini pertama kali lihat majlis pernikahan diadakan di sekolah...majlis berjalan lancar & proses P & P berjalan serentak...

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

az tak uruskan mempelai tu. AZ datang meraikan sahaja. Bagi AZ ini adalah kali kedua. Kali pertama kira-kira 23 tahun yang lalu. di mana kawan az kawin di dewan sekolah. yang itu memang betul2 dirancang sebagai amali pernikahan

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

tahniah kerana sek AZ berjaya mengendalikan majlis ini...kali pertama kak nab tau...hebat sungguh.

kepada mempelai...selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Ayah Zain berkata...

salam Kak Nab,

Alhamdulillah. Sekalung tahniah kepada ustaz-ustaz yang mengendalikan majlis pernikahan tersebut. Berkat kerjasama semua pihak, majlis tersebut berjaya dijalankan dengan lancar.

Ummi Humaira berkata...

salam AZ...

ummi pun kali pertama tahu majlis nikah di sekolah , lepas ni jadi ikutan ler kpd bakal2 pengantin dr kalangan kaum pendidik ....

ok gak tu

Atikah berkata...

Salam Az,

kali pertama saya dengar buat majlis kawin kat sekolah...pastinya menjadi kenangan manis buat mempelai dan juga seluaruh warga sekolah....

Tahniah buat kedua pengantin...

Ayah Zain berkata...

salam umi,

kalau majlis perkahwinan kat dewan sekolah ni dah masuk kali ke-3 katanya. Nikah kali ke 2.

Ayah Zain berkata...

salam Atikah

yer ker. Alhamdulillah. nampak tadi memeng tak ada masalah. Tak tahu lah kalau ada sebab az lepas bersanding tadi terus balik. Ingat nak balik kg, tak jadi pulak

Kak Sidah berkata...

salam az,

good idea jugak kan..boleh jimat belanja sewa dewan, boleh jadikan contoh kat kl ni..

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

pertama kali saya tahu, akad diadakan di sekolah

selamat pengatin baru buat dua mempelai

Wassalam

Aida Ali berkata...

Hari ini dalam sejarah tu. Mesti meriah kan

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

sesuatu yang baru ni
Baguskan...sebagai pelajaran
..majlis yang merentasi kurikulum.
Tahniah buat pasangan tu..buat AZ juga kerana memaparkan sesuatu yang baru

afeezz berkata...

salam AZ : bile la turn sy plak??

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

kalau kat Melaka, sewa Dewan Bistari memakan sewa hingga RM3K tu. Semalam sewa dewan, boss kasi RM0.00 sahaja

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

yer ker. Tak lama lagi akan jadi trend lah tu. heheheh

Ayah Zain berkata...

salam A Aida.

alhamdulillah. Memnag meriah sakan

Ayah Zain berkata...

salam Nadz,

Insya Allah. Alhamdulillah.

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

u punya turn? U sendiri mahu ingat la. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...