Jumaat, 23 Julai 2010

Telekung & jalan becak

230710
Tiba-tiba aku teringat satu kisah lucu semasa aku bergelar mahasiswa tahun pertama di IPTA. Semuanya ini gara-gara seorang peserta kursus di hari  terakhir kursus tidak berminat untuk cepat-cepat kembali ke rumah kerana telekung isterinya sedang di basuh. Yang lucunya seorang peserta wanita (anak gadis pulak tuh)  tidak faham dan bertanya apa kena mengena telekong itu.

Kisahnya begini. Aku ketika itu aku berada di tahun satu di IPTA.  Umur baru 19 tahun. Dalam masa yang terdapat beberapa orang bekas ustaz lepasan Diploma Kolej Islam Malaya yang menyambung ijazah pertama. Mereka secara automatiik berada di Tahun kedua. Mereka memangggil kami  budak-budak. Ada aku kisah dengan gelaran itu? Justeru kawan-kawan kami memanggil mereka mahasitua. Ada mereka kisah juga hehhehe

Semestinya mahasiwa tahun pertama wajib tinggal di asrama termasuklah si mahasitua itu. 
 Walaupun dah berumur lebih 40 tahun   wajib tinggal di asrama ketika itu. Kebetulan di blok (sebenarnya aras) kami itu ada beberapa orang mahasiswa yang telah berumur dan berkeluarga. Kami panggil mereka mahasitua. padan muka kerana panggil kami budak hingusan.

Mahasitua ini pantang bila ada cuti ataupun cuti hujung minggu. Kadangkala mereka ini membodek pensyarah supaya kelas hari jumat digantikan dengan hari lain, kadang kala terpaksa digantikan pada waktu malam. Maka dapat lama sikit berada di rumah, duduk bersama anak dan isteri tercinta.  Ini semuanya gara-gara mereka hendak balik ke rumah. katanya nak bayar hutang. Hendak di pos hutang itu  lambat sampai  atau rengkasnya tidak boleh di pos langsung, lagipun perkhidmatan cureer tiada lagi masa itu. Justeru terpaksa mereka  balik untuk hantar bekalan. Mereka kata resen hehehhe. begitulah setiap minggu.

Namun pada suatu hari, di satu petang Jumaat  kami dapati ada beberapa orang mahasitua berada di asrama. Mereka tidak balik berhujung minggu. jadi kami  pun bertanya kepada mereka.

Aik minggu ni tidak balik ke? ada yang bertanya tidak hantar resen ke minggu ini. Ada yang menambah itu dan ini. Kami dapati mahasitua ini hanya tersenyum. Depa kata kau orang apa tahu. Kamu belum kawin lagi. Tak payah bertanya banyak.

Kami mendesak. Mengapa kekanda semua itu tidak balik kampung menemui anak isteri........

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata. Minggu ini hujan teruk lah. Lebat sangat. Jalan becak. Lecak sungguh.  Berair. Nak jalan pun  susah. Jadi mereka mengambil keputusan balik pada cuti minggu hadapan sahaja. Minggu hadapan tidak hujan. jalan kering. Mudah sikit nak lalu. Kami percayalah apa yang dijelaskan oleh mahasitua itu. Kebetulan mahasitua itu berasal daripada Kelantan. Ada logiknya kerana pada masa itu musim tengkujuh. Bulan Disember. Jadi kami percaya bulat-bulat. Kami tidak mengerti, rupanya ada udang balik mee daripada penjelasan tu.

Kemudian kami bertanya pulak kepada seorang lagi mahasitua. Mahasitua ini daripada utara. Justeru kami bertanya kenapa tak balik. Negeri utara Semenjung kering. Tiada hujan. Jalan tidak becak atau lecak.

Dengan selamba sahaja mahasitua tu berkata. Memang kering. Tidak ada hujan yang turun. Jadi ketika ini  isterinya mengambil kesempatan untuk membasuh dan menyidai serta menjemur telekong. Jadi untuk menghormati isterinya itu, dia tak balik kampung.

Ada seorang mahasiwa bertanya, dia tak faham apa kena mengena telekong di basuh dengan tidak balik kampung. Masa itulah dia kata, kamu budak-budak apa tahu. Chit mangkok tingkat mangkok hayun betul pakcik si mahasitua tu. Namun ada di antara kami yang dapat menangkap si telekong itu. kikikikkik

salam ceria

19 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

hahahahahha...pandai AZ berceriter norr..

sonata anak kancil berkata...

ini cara orang dulu menyampaikan sesuatu - banyak berkias2....bijak guna bahasa ....bandingkan sekarang? tatau la ade ke tidak seperti mereka ini...lihatlah budak2 remaja sekarang...tak tahu segan langsung!

shami2 berkata...

Salam Az...

hihi..berkiasan ...lambat narr nak faham. tuh..hahahhah cakap terus jerlah senang sikit..heheheh

afeezz berkata...

salam az : hahahaha.... saya paham.. saya paham...

taj berkata...

Salam Az...


hhehehe saya pun faham...skrg la, dulu lambat jugak, puas duk mengerut kening nak paham...
apa bendalah depa cakap nih...
antara ayat depa mahasiswa/wi yg dah berumahtangga nih...:
mgu ni kaunter ditutup...heheheh paham tak? tak paham!!! ada aku kisah...

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Sy pun faham..hihi

mahasimuda berkata...

pandai org dulu2 berkias2. suka. dah hilang lah cara gitu pada zaman sekarang yg ckp express to the point smpai tkde segan silu.. cara lama jugak yg indah :)

pertamakali saya mengkomen kerana suka pada kiasan mahasitua :)

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

orang lama bercerita
misti ada makna yg tersirat

Wassalam

JHaZKiTaRo berkata...

salam ukhwah.. blog hopping.. ada masa, jemput ziarah blog hamba jika berminat nak baca TRAVELOGUES IN 45 COUNTRIES.. :)

Ayah Zain berkata...

Salam kak nab,

disengajakan hehehh

Ayah Zain berkata...

salam sonata

betul tu. mereka kalau bergurau memang berlapek

Ayah Zain berkata...

salam shami2

yer ke tak faham tu

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

afeez kalau bab maccam ni memnag cepat faham hehehhe

Ayah Zain berkata...

salam taj,

ooo kaunter ditutup biasanya dikalangan orang pompuan hehhe. Kalau lelaki yang famous ialah telekong

Ayah Zain berkata...

salam syima

wah. tak mengaku kalah dengan afeez yer afeez juga yer, cepat faham

Ayah Zain berkata...

salam mahasimuda,

terima kasih datang menjejakkan kaki yer. Tinggalkan jejak lagi lah lain kali

Ayah Zain berkata...

salam mahasimuda,

terima kasih datang menjejakkan kaki yer. Tinggalkan jejak lagi lah lain kali

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

yup, tidak syak lagi

Ayah Zain berkata...

salam JHaZKiTaRo


ma kasih mai umah az. az selalu g umah jhaz tinggal lagi as a silentreader aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...